Part 15 : Lakonan

4.2K 304 9
                                    

                  

Aku rasa kisah ini sebenarnya yang korang nak tahu kan? Teruskan.

Kini, aku dah tahu kisah sebenar, since Suraya dah ceritakan kat aku apa yang terjadi sebenarnya pada malam itu. Malam yang mereka disuruh untuk melakonkan kembali apa yang mereka lakukan pada malam itu.

Nak dipendekkan cerita, sewaktu sampai ke Library, Atikah dah sedar sepenuhnya menjadi dirinya. Means, 'benda' itu dah terkeluar daripada badannya. Nak dipendekkan cerita lagi, kesepuluh mereka pun melakonkan semula apa yang mereka lakukan pada malam itu, sambil diperhatikan oleh Ustaz dan AJK Masjid Kampung. TAPI! Hanya ada satu, SATU sahaja benda yang mereka tak boleh nak lakonkan. Ustaz cuba untuk menyakinkan mereka, akan tetapi akibat takut yang teramat, Ustaz suruh mereka berhenti. Mungkin fikir Ustaz, dia tidak mahu memaksa mereka. Lalu para Ustaz cuba berkompromi dengan 'benda' itu.

Setelah lama berbincang, akhirnya Ustaz menyuruh seorang demi seorang menuju ke rak terakhir di sudut Library tersebut untuk bertemu dengan 'benda' itu, sambil memohon maaf. Pada mulanya, semua bertegas tidak mahu lakukan. Takut sekiranya mereka pula yang dirasuk. Tetapi Ustaz meyakinkan sekali lagi, tiada apa yang terjadi.

Mahu tidak mahu, terpaksa mereka ikut kehendak Ustaz. Itupun setelah berbincang sesama mereka, mereka ingin cepat-cepat tamatkan semua ini. Tidak sanggup lagi asyik berada dalam ketakutan. Ditemani oleh Ustaz, seorang demi seorang menuju ke arah rak yang ditunjukkan oleh Ustaz, untuk memohon maaf. Masing-masing berjalan dengan mata memandang ke bawah. Takut sekiranya mereka dapat melihat 'benda' itu. Kemudian, setelah semuanya selesai, mereka semua dibawa keluar dari Library, dan dibawa oleh PK HEM menuju ke bilik warden untuk menunggu kehadiran ibu bapa untuk mengambil mereka.

(Aku tahu ada kekurangan dalam cerita ni. Tapi macam yang aku cakapkan, aku nak pendekkan cerita. Segala persoalan itu simpan sahaja lah dalam hati ye)

Ok. Apa yang sebenarnya SATU benda yang mereka tak boleh nak lakonkan tu?

Sekarang aku cuma flashback balik apa yang terjadi sebelum kena ganggu, part yang mana Atikah nampak 'benda' itu.

"Sedang ketawa mereka tiada lagi menunjukkan tanda-tanda ingin berhenti, tiba-tiba sahaja ketawa Atikah terhenti... Mata hitam Atikah tepat memerhatikan rak buku di sudut library itu. Gelap.... Semakin diperhatikan dengan tajam, semakin jelas bayangan gelap itu muncul."

Ok. Sekarang ini kita flashback lagi.

"Ros menyerahkan lampu suluh yang dipegang olehnya kepada Suraya... Lepas baca je buku tu, kesemua mereka gelak besar. Bagi mereka,buku tu macam tak masuk akal..."

Ok. Point yang aku cuba nak sampaikan adalah, pada malam tu, ada satu part yang diorang taknak ceritakan. Part itu adalah...

"Lepas baca je buku tu, kesemua mereka gelak besar. Bagi mereka,buku tu macam tak masuk akal..."

Sebenarnya, time part mereka ketawa, Atikah ada menyebut something yang memang semua orang tak sangkakan. Which is...

"Kalau betul la ada hantu library ni, muncul la, aku nak tengok. hahaha,"

Disebabkan ayat itu sahaja, bala yang menimpa mereka. 

See..?

Aku terkejut bila dapat tahu hal yang sebenar ni. Tapi ada lagi yang mengejutkan aku.

"Kata Ustaz, 'benda' tu ada kat tiga tempat dalam Library tu. Satu, kat rak buku yang ada dihujung Library sekali. Kedua, 'dia' ada dekat kaunter. Terakhir, 'dia' ada dekat bilik TV." ujar Suraya.

Okay. Sekarang aku dah paham kenapa Ustaz pesan sebelum masuk Library kena bagi salam. Kaunter Library ada berhadapan dengan pintu masuk sahaja.

Mengejutkan, bukan? Sebenarnya kes ni bermula apabila salah seorang daripada mereka mulutnya lahaiii memang tak boleh nak kawal. Jadi, bukanlah sebab 'benda' itu jahat atau apa, tapi sebab dia sendiri. Dia sendiri yang cabar. Terima la kesannya.

So, misteri lakonan tidak dapat lakukan; telah terungkai.

Mesti korang fikir setakat ini je kan? Oh tak. Ada lagi. Tiba-tiba aku teringat sesuatu...

THE LIBRARYWhere stories live. Discover now