Part 6 : 1998 (I)

7.6K 384 54
                                    

Pagi - pagi lagi didalam Dewan Kasyuari riuh-rendah dengan sembang-paling-kencang oleh pelajar-pelajar perempuan. Lagi riuh daripada hari kebiasaan. Lagi riuh daripada pasar tani yang ada makcik-makcik kepoh. Aku tak suka sebenarnya keadaan yang bising macam tu. Tapi hari ni aku tak boleh nak cakap lelebih, sebab aku pun 2x5 dengan yang lain. Buat bising juga HAHAHA.

Macam biasa hari Ahad (sekolah Pantai Timur la katakan) , mesti ada perhimpunan pagi. Asal dengar perkataan perhimpunan aje mesti mulut aku menguap. Mengantuk giler kot. Macam sekarang ni. Ye lah, apa taknya. Dah semalam tidur 3 jam je. Oh ya, Alhamdulillah, semalam sepanjang aku tidur, aku tak kena gangguan apa-apa pun. Lena sangat tidur sampaikan aku terbangun pukul 6.45 pagi. YA! 6.45 pagi okay. Tak guna punya Syud. Saja nak bangunkan aku lewat-lewat macamtu. Haremjadah hasrat nak siapkan kerja biologi masa Subuh tu, dalam mimpi je la. Terpaksa la bawak kerja biologi tu masuk dalam dewan pagi ni.

Bising-bising pagi ni, tak lain dan tak bukan pasal isu semalam la. Masing-masing berbisik dengan member sebelah sampaikan budak kat seat row dua dari belakang pun boleh dengar. Bisik lah sangat tu. Nak kata serius tak seriusnya hal histeria tu, sampaikan Pengetua sekolah pun berucap sepatah-dua kata beliau dengan ayat " Bonda rasa sangat risau dengan kes ini ye anak-anak", untuk berulang-ulang kalinya. 'Bonda' itu adalah panggilan kata ganti nama diri Pengetua tersebut. Mungkin juga Bonda rasa kaget, kerana beliau baru sahaja menjawat jawatan Pengetua di sekolah ini selama hampir 7 bulan, tup-tup anak murid sekolahnya kena rasuk, histeria. Pastu tak tahu macamana cara nk handle kes ni. Bak dialog sinetron petang - petang kat tv3, (watak mak - mak biasanya) duk sebut 'aku bingung sihh... Aku bingung'. Mungkin la, mungkin. Tak mengapa Bonda, jika kes ini adalah yang pertama terjadi dalam hidupmu, hidupku jua begitu. Sekapal titanic la kita ye. Hehehe

Aku cuba pantaskan bercerita.

Hari ini library sekolah ditutup. Kalau library buka pun, aku rasa tiada siapa yang berani masuk ke situ, selepas mengetahui adanya 'penghuni'. Dalam P&P time (Planning & Preparation) tiada apa yang berjalan lancar. Memang hari ini bersekolah, tapi tak belajar pun. Dengan guru cemerlang tahap skema pun ambil part bercerita pasal kes histeria ni. Tak payah cakap la dengan cikgu-yang-mudah-ajak-lepak. Lagi sakan budak-budak ini melayan. Lagi suka berborak daripada belajar.

Apa yang aku tahu, budak 10 orang yang ada kena mengena dengan kes semalam tu bakal dibawa pulang oleh ibu bapa masing-masing hari ini. Dan diorang tak masuk kelas pun, kena kuarantin stay kat bilik sakit. Siap ada warden lagi berjaga dalam bilik sakit tu. Tak nak bagi sesiapa pun datang ganggu diorang. Ala, warden tu apedehal, guru pendidikan muzik je pun. Budak-budak sekolah ini bukan jenis seniman nak belajar muzik bagai. Exam muzik pun tak macam exam. Tapi si Atikah tu, dengar-dengar (tak pasti dengar daripada siapa), 'benda'tu masih melekat kat badan dia. Eiieeewww.

Selepas waktu rehat, Encik Nas, guru matematik kelas aku, dah masuk. On time pulak tu. Budak- budak ni pun buka lah buku teks matematik. Typical student acah-acah nak belajar. Tiba-tiba...

" Seronok bual-bual pasal histeria pagi ni semua? Hahaha" kata En. Nas sambil ketawa-ketawa.

Jadahnya tetiba ketawa. Seram ni.

"Cikgu, cikgu tahu apa-apa tak pasal kes ni? Share la share laa~" ketua kelas dah merengek, menjalankan tugas nak mengelat daripada belajar.

Hampir sekelas budak duk merengek gaya yang sama macam ketua kelas buat, termasuklah aku. Gara-gara; nak mengelat daripada belajar. Motip sangat wehhh.

" Haaaa...ye lah. Cikgu nak bercerita la ni," ujar En. Nas. Bersorak satu kelas.

"Tapi sebelum itu, awak tahu tak dari mana 'benda' tu datang?" tanya En. Nas.

"Tak..."

"Tak tahu.."

"Entah.."

Lebih kurang macamtu la jawapan yang berbeza daripada semua orang. Ada juga yang decide tak nak kata apa-apa,hanya sekadar menggeleng kepala.

" Apa lah kamu ni. Gossip kencang dari pagi tapi hal ni pun tak tahu,"

Ohhh, rupanya ada kisah tersembunyi di sebalik peninggalan 'benda' tu dalam library.

Maka bermula lah kisah penceritaan En. Nas.

**************************************

Pada sekitar zaman 1997, sekolah asrama ini baru sahaja dirasmikan, dan bermula lah persekolahan bagi pelajar perempuan batch pertama. Kesemua mereka adalah pelajar Tingkatan 4. Sepanjang tahun tersebut, tiada apa-apa masalah yang dihadapi oleh para guru dan anak murid disekolah itu, sehinggalah pelajar tersebut mula memasuki Tingkatan 5.

Sebagai sekolah yang baru dibuka, sudah semestinya Pengetua ingin merebut peluang untuk meletakkan nama sekolah ini di ranking yang paling cemerlang seantaro sekolah-sekolah SBP mahupun MRSM. Makanya, Pengetua sentiasa mengerahkan pelajar Form 5 ini untuk terus belajar biar pandai dan dapat result yang gah sewaktu SPM nanti. Kelas tambahan siang malam. Tak cukup dengan itu, Pengetua siap tawarkan hadiah lumayan lagi, jika sesiapa yang berjaya dapat straight A dalam SPM, maka Pengetua akan bagi RM800 setiap seorang. Siapa tak nak duit beb. (okay perkataan beb tu hanya aku sahaja yang tulis, tidak terkeluar daripada mulut En. Nas pun)

Dipendekkan cerita.... SPM 1998 akhirnya tiba. Waktu itu, daripada 4 blok asrama di sekolah, hanya 2 blok asrama yang digunakan oleh pelajar Form 5, memandangkan hanya mereka sahaja di sekolah. Pelajar Form 4 pulang ke rumah kerana cuti sekolah akhir tahun telah pun bermula.

Tanpa disedari oleh mana-mana pihak, terdapat 5 orang pelajar ini, berlari-lari anak menuju ke library yang terletak di blok akademik. Waktu itu jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Seminggu sahaja lagi SPM bakal bermula.

Tapi mereka ke sana bukan untuk study.

Library berkeadaan gelap. Waktu itu hanya 6 rak buku yang diperbuat daripada kayu didalam library itu, termasuk dua buah meja kayu ala-ala meja guru, berfungsi sebagai kaunter pinjaman/pemulangan buku. Dengan berbekalkan lampu suluh kecil, mereka duduk bersila di lantai library tersebut. Hanya ini sahaja cara mereka untuk cemerlang dalam SPM nanti. Tiada siapa yang mampu menolong mereka lagi.

Dengan lekasnya salah seorang daripada mereka mengeluarkan barang utama dari begnya. Lalu diletakkan di tengah-tengah antara mereka. Manakala seorang lagi cuba hidupkan api dari mancis dan seterusnya dihulurkan api itu kearah tali pendek di kepala lilin. Setelah memastikan api tersebut benar-benar berdiri membakar sekeliling lilin itu, kemudian lilin dilekatkan di tengah-tengah bersama barang tersebut.

Permainan Spirit of The Coin bermula!

*B.E.R.S.A.M.B.U.N.G*

THE LIBRARYWhere stories live. Discover now