Part 4 : Kebetulan atau takdir?

7.5K 398 16
                                    

HEM dah halau anak murid dia masuk ke blok asrama. Nak tak nak kena ikutkan jua. Perasaan nak tahu tu terus tertahan dalam jiwa.

Masing-masing dah kembali ke dorm sendiri. Lepas aku tukar baju prep kepada baju tidur, terus aku berlari pergi ke dorm Kim, dengan membawa buku biologi dengan kotak pensil aku. Tak de la jauh mana bilik dia. Tapi tercungap-cungap juga lah aku dibuatnya. Ini lah akibat selalu skip riadah petang. Orang lain bersenam, berjogging kat padang, aku dan geng duk melepak bawah pokok, bergurau senda, kadang-kadang lepak kat DM, sambil-sambil tu 'pau' makanan lebih dengan pakcik-makcik DM masa tea time.

Sampai je aku depan muka pintu dorm Kim, tengok-tengok semua orang duk berhalaqah keliling meja study kat tengah-tengah dorm. 'Cisss....buat meeting tak tunggu aku naaa..'

Apa lagi. Tanpa segan silu aku terus mencelah masuk duduk di antara diorang. Bersiap sedia nak dengar criter H.O.T. daripada budak-budak junior yang lebih tahu bin arif tentang kisah histeria tadi. Duduk bersila la aku senyap-senyap, omwork atas meja terbentang luas, pen ditangan dipegang erat, dan kesemuanya berkumpul di bawah cahaya lampu yang sememangnya menerangi keseluruh ruang dalam dorm tu. Malam ni tak de-nye lights off, dah semua orang dihantui ketakutan. Maklumlah asrama perempuan, semua tak berani.

Sekarang, kesemua...nya ber..sedia. Telinga terus peka, mulut terkunci rapat, dan mata tetap tajam kehadapan, memerhatikan gerak bibir yang bersedia untuk menceritakan segala kisah di sebalik yang terjadi!

"Begini ceritanya....."ujar Rahmah, selaku ketua bercerita a.k.a. adik dorm Kim & Syud.

"Wait..wait...! Sahih ke cerita kau ni? Memang betul kisah sebenarnya? Kau tak buat-buat cerita kan?" Tudiaaa bertalu-talu soalan daripada mulut Kim.

"Betul la Kak Kim. Ni orang sendiri dengar daripada cerita mulut Ain. Dia duk cerita kat DM masa Atikah tu kena bawak ke Musalla sambil nangis-nangis," jawab Rahmah, turut disokong oleh ahli junior yang ada masa tu.

Masa tu jugak la aku baru tahu si Ain tu sekelas dengan Rahmah, dan budak kena histeria tu namanya Atikah. So, nak dengar cerita sebetulnya yang terjadi dalam library Jumaat tu?

Pada malam Jumaat, iaitu hari Khamis pada malamnya. 10 budak form 2 ni bersiap sedia untuk berangkat menuju ke pagar blok asrama, memanjat keluar daripada kawasan asrama setelah tamatnya bacaan surah al-mulk 20 minit yang lalu, yakni pada pukul 11.50 malam. Agenda? Hanyalah semata-mata untuk tidur bermalam di dalam library sekolah, satu-satunya bilik air-cond yang tak berkunci. Biasa la, Malaysia kan panas, nak jugak rasa tidur macam kat Moscow yang suhu paling minimum pon -3 suhu darjah celcius.

Keberangkatan mereka 100% tidak disedari oleh mana-mana pihak. Mereka dah pom merancang plan ni dengan teliti sekali.

Sampai je mereka kat library tu, mereka pom buat bising. Radio dibuka, bernyanyi bersama lagu yang berkumandang, menari bersama mengikut rentak lagu yg diputarkan oleh DJ. Lepas tu, terdengar pula bisikan atau lebih tepat, ada org tengah bercakap kat kaunter pinjaman buku tu. Cepat-cepat menoleh ke kaunter.Tapi tak ada orang pom. Masing-masing berbalas mata. Melihatkan kesemua mereka cukup-cukup berdiri sebelah-menyebelah, diorang tergamam. Siapa yang bercakap kalau bukan mereka? Tapi mereka mengambil keputusan untuk abaikan sahaja. Anggap semua itu halusinasi.

Kemudian mereka kembali membuat bising. Ala, kalau dah berkumpul dalam satu geng, 10 orang pulak tu, nak takut apa, ye tak..?! Mereka ketawa, menari, menyanyi dengan seronoknya.

BUKKKKK!!! Tiba-tiba mereka terdengar pulak buku terjatuh . Seolah-olah bukan terjatuh dengan sendirinya, tetapi seperti dihempas oleh seseorang. Masing-masing mula berdiam diri. Hanya lagu di radio berkumandang. Masing-masing dah buat muka cuak. Jantung tak payah nak kata. Memang dah berdegup kencang.

THE LIBRARYWhere stories live. Discover now