Part 5 : Penampakan

7.3K 381 6
                                    

THE GHOST OF THE LIBRARY.

Ya, itu tajuk buku yang dijumpai oleh Sarah di rak buku berhampiran tempat mereka berkumpul.

Cerita Tina Diva terhenti ditengah jalan. Serta-merta perhatian mereka beralih ke arah buku yang dipegang oleh Ain. Terasa air liur tersekat di kerongkong. Dan kemudian masing-masing mula berpandangan antara satu sama lain.

"So...nak try baca tak?" tanya Ain.

Keadaan kembali sepi. 1 saat. 2 saat. 3 saat.
"Ermm..aku nak baca," ujar Junaida memecah kesunyian itu.

Mata Junaida beralih ke arah member yang lain, cuba untuk mendapatkan persetujuan. Fatin, Mila, Laila, Atikah, Sofia, Ros, Suraya, Sarah dan Ain saling berbalas mata seolah-olah mengatakan 'kau nak ke tak nak baca buku tu? Kalau kau nak, aku okay je'. Mungkin mengikut firasat masing-masing, kesemua mereka bersetuju untuk membacanya, memandangkan mata mereka masih segar meskipun pada awal pagi yang gelap itu.

Ros menyerahkan lampu suluh yang dipegang olehnya sepanjang dia bercerita tentang Tina Diva tadi kepada Suraya. Kebetulan Suraya berada disebelah Ain, maka dia ditugaskan untuk menyuluh kearah buku itu yang akan dibaca oleh Ain.

Masing-masing duduk berhimpit sesama sendiri. Kalau boleh tak nak ada ruang seinci pom diantara mereka. Ain pun mula menyelak muka surat depan dan memulakan kisah tersebut.

Lepas baca je buku tu, kesemua mereka gelak besar. Bagi mereka,buku tu...

******************************

"Kejap..kejap..! Kenapa diorang gelak? Buku tu cerita hantu ke cerita lawak?" tanya Kim.

"Ish Kak Kim ni. Kalau orang tahu dah lama orang cerita buku tu pasal apa. Apalah..." keluh Rahmah. Mungkin terasa Kim telah memecahkan mood keseraman yang dia cipta.

"Tak de lah. Takkan kau tak tahu cerita buku tu pasal apa derr?" tanya Kim untuk kali kedua.

"Tak tahu lah Kak Kim. Ain tak cerita pom. Dah tanya tapi Ain buat derrkk je," ujar Rahmah. Terasa nada kecewa disitu.

"Eh, apa-apalah. Nanti esok-esok kita tanya budak librarian buku tu pasal apa. Sambung cerita balik Rahmah," aku mula bersuara. Tak sabar nak dengar cerita dalam library tu.

"Baik, Kak Nia! Okay, orang sambung cerita. Lepas baca je buku tu...."

**********************************

Lepas baca je buku tu, kesemua mereka gelak besar. Bagi mereka,buku tu macam tak masuk akal. Ada ke hantu dalam library. Hantu mana yang rajin baca buku kan. Biasa kita tahu hantu duk kat tandas, hutan, bilik-bilik yang dah lama tak berpenghuni atau mana-mana yang jauh daripada manusia.

Sedang ketawa mereka tiada lagi menunjukkan tanda-tanda ingin berhenti, tiba-tiba sahaja ketawa Atikah terhenti. Mereka yang lain tidak menyedari perubahan sikap Atikah. Apa yang menyebabkan dia berhenti ketawa?

Mata hitam Atikah tepat memerhatikan rak buku di sudut library itu. Gelap. Tapi didalam kegelapan itu, dia masih dapat perhatikan sesuatu yang lagi gelap daripada suasana disitu. Semakin diperhatikan dengan tajam, semakin jelas bayangan gelap itu muncul.

Dengupan jantung yang laju mula beroperasi buat kali ke berapa pun dia tidak pasti untuk satu malam tersebut. 'Please la, jangan la muncul seperti apa yang aku bayangkan. Harap-harap mata ini tersalah pandang' hati Atikah berbicara sendiri.

Tapi ternyata kata hatinya tidak dimakbulkan.

Perlahan-lahan bayangan hitam tersebut memperlihatkan kelibat dirinya. Dimulai dengan tangan, kemudian bahu, dan kemudian bentuk kepala. Atikah mula terasa peluh mengalir di pipi meskipun dia berada di kawasan berair-cond. Kepala ingin dialihkan,tidak sanggup untuk terus melihat makhluk yang dilihatnya, tetapi dia terasa tidak terdaya. Seperti seseorang telah mengunci pergerakan lehernya.

Dan tiba satu saat, bayangan tersebut memunculkan wajahnya. Atikah tergamam.

PAP! Atikah terkejut kerana tangan Mila menyentuh bahunya. Automatik kepalanya terus refleks berpusing ke arah Mila disebelahnya.

"Kau dah kenapa ni Tikah? Lain macam je," kata Mila.

Atikah mula tergagap-gagap. Baru dia sedar ketika itu semua orang memerhatikan tingkah lakunya. Atikah tidak berani mengatakan dia baru terlihat kelibat yang menakutkan di sudut library itu. Takut sekiranya itu hanya imaginasinya. Takut sekiranya mereka mungkin tidak mempercayainya. Takut sekiranya benda itu memang wujud! Atikah buntu dan terus membeku.

"Tikah, aku nak tanya soalan. Tapi kau cuma perlu angguk atau geleng sahaja. Paham?" tanya Fatin.

Atikah mengangguk-angguk.

"Kau nampak benda eh?"

Atikah mengangguk-angguk lagi.

Laila, Junaida, Ros, Sofia mula berpegangan tangan. Yang lain cuma mampu menunduk dan memejamkan mata. Takut sekiranya mereka turut terlihat benda yang sama. Atikah sudah mula merembeskan air mata. Mengapa hanya dia yang mengalami kejadian yang menakutkan tadi?

Masing-masing terasa lemah kaki untuk berdiri. Mereka tidak terdaya untuk keluar daripada library itu. Semua telah dimanipulasi oleh perasaan takut yang teramat. Terkumat-kamit dibibir masing-masing membacakan surah yang boleh diingati ketika itu.

"Kita kena baca Al-Mulk. Sekarang!" Sarah bersuara tegas.

Hanya itu sahaja jalan keluar yang mampu dipikirkan oleh Sarah pada ketika itu. Al-Mulk, yang dirasakan mungkin boleh menyelamatkan mereka daripada segala gangguan syaitan. Kerana bacaan Al-Mulk menjadi kewajiban bagi pelajar asrama untuk membacanya pada pukul 11 malam. Mungkin mereka terbawa-bawa dengan pesanan Ustazah yang selalu berpesan kepada anak muridnya supaya membaca surah Al-Mulk sebelum tidur dan tanpa mereka ketahui sebab dan alasan, mereka membacanya dengan harapan dapat menjadi pendinding bagi mereka daripada segala gangguan hantu dan jin. Walhal Al-Mulk diharuskan baca kerana surah tersebut dapat menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.

Akal mereka tidak mampu berfikir waras; apa yang betul dan apa yang salah. Al-Mulk dibaca secara laju, bacaan mereka kedengaran tidak tepat huruf serta bunyinya, dan hukum bacaan yang melayang entah-ke-mana. Tiada siapa yang boleh menjadi juri Tilawah Al-Quran pada waktu itu. Apa yang difikirkan hanyalah ingin menamatkan bacaan Al-Mulk tersebut.

Atikah pula; tidak pernah berpaling lagi ke arah rak tersebut. Sumpah dia tak nak berpaling lagi.

Setelah bacaan Al-Mulk diakhiri, mereka tidur sambil berpegangan tangan dan berdoa agar mereka tidak diganggu lagi.

************************************

"The enddddd!!!" ujar Rahmah sambil bertepuk tangan. Seronok betul dapat jadi tukang bercerita.

"Camtu je ke. Ermmm" aku berkata dengan penuh kecewa.

"Nak macam mana lagi. Macam tu je la," Rahmah dah ku lihat ternguap-guap sambil terkeluar air mata.

"Dah-dah pergi masuk tidur semua. Esok assembly," Syud mula menjalankan tugas beliau sebagai ketua dorm. Dah macam mak-mak dah.

Aku masih tidak berpuas hati dengan cerita tadi. Masih ada yang tidak lengkap. Masih ada kekurangannya. Cerita yang sungguh tidak aku kagumi! Sedang aku berfikir, mata aku mula terancap pada buku biologi yang aku buka sedari awal cerita tadi.

"Ahh sudah...omwork tak siap la pulak. Adushhh" aku berbisik perlahan kepada diri sendiri sambil memukul kepala dengan pen dijari.

Masing-masing aku tengok dah beredar ke katil untuk tidur. Tinggal aku sesorang kat meja study tu.

"Dah dah la Nia. Kau sambung je la buat waktu Subuh esok," Syud melaung dari katilnya.

Aku tak terkata apa. Pikir-pikir mungkin betul jugak kata Syud. Gila ke apa nak buat omwork sesorang masa semua orang tengah tidur. Kang ada pulak aku terserempak dengan 'benda' yang menyamar jadi orang yang aku kenal. Nauzubillah min zalik! Mohon mulut jangan cepat sangat celupar yeee.

Cepat-cepat aku kemas barang aku hodoh-hodoh atas meja tu. Terus melompat ke arah katil Kim yang dah pun bercantum dengan katil Syud.

Ya Allah, mohon-mohon aku tidak diganggu. Aminnnnn.

THE LIBRARYOnde as histórias ganham vida. Descobre agora