Part 10: YES!!!

6.5K 364 50
                                    

Isnin. 13 September 2010.

Hari ini Library masih lagi tutup. Dengar khabar cikgu kerahkan kesemua pengawas perpustakaan mengemas library tersebut, sebab itu arahan daripada Ustaz Mat. Tidak tahu apa motif nak kemaskan library, sedangkan selama ni buku-buku library memang dah susun teratur. Aku pun tak dengar cerita apa-apa pasal tu, dan aku pun dah malas nak amik pusing. Rutin pada pagi itu sama seperti hari-hari sebelumnya. Cikgu pun terus mengajar sebab SPM dah nak dekat.

Prep petang itu, aku malas nak study. Panas betul cuaca petang kali tu. Lalu aku decide nak duduk kat meja Temah. Dengar-dengar dia tak masuk kelas, sebab turun padang tengok budak buat latihan softball. Nyaman duduk kat meja Temah ni, sebab meja dia betul-betul bawah kipas ceiling. Dah alang-alang duk tempat berangin, kepala pulak landing atas meja, lalu akal dan fikiran aku pun turut melayang-layang.

Aku teringat kembali kisah Rahmah semalam. Ada kaitan cerita dia dengan cerita yang Encik Nas ceritakan tu. 5 pelajar. Penganiayaan. Terperangkap.

5 pelajar, mereka yang main game tu.

Penaniayaan itu merujuk kepada pengakhiran game tu.

Terperangkap, maksudnya benda tu memang tak dapat pergi mana-mana.

Bagaimana cara agar dapat halau benda tu daripada sekolah ini, tanpa kena jumpa 5 pelajar tu ye?

Akhirnya prep petang tamat tanpa aku sedari. Sebab lepas aku pikir-pikir pasal hal 'benda' tu, aku terus tidur tak ingat dunia hahaha. Nasib baik Lela duk meja sebelah kejutkan. Aku pun mula berjalan dari kelas ke kelas, mengumpulkan geng-geng aku untuk turut berjalan together-gether menuju ke DM, minum petang la katakan.

On the way ke DM ni, tetiba mata kitorang semua tertangkap pada sebuah kereta polis yang melalui kawasan kuarters guru menuju ke pintu pagar sekolah. Dah kenapa ada kereta polis pulak kan. Nak kata ada pencuri, tak ada pencuri. Lalu disitu tambah lagi gossip baru!

Sampai je DM, cepat-cepat kitorang amik kuih donut yang tersedia dengan air teh o panas, pastu duduk kat meja makan yang selalu kitorang duduk. Masing-masing pikir kenapa ada polis datang. Semua bajet nak jadi macam Detective Conan.

"Aku rasa polis datang sebab nok soal siasat cikgu kenapa ada kes histeria,"

"Polis datang tu sebab nok ronda-ronda kawasan je pong"

"Entah-entah polis datang sebab perogol bersiri tu datang lagi tak,"

Terkedu dengar. Tapi jawapan Fina memang lawak. Korang mesti la tak tahu kan kes perogol bersiri tu. Tak payah la tahu. Cerita tu memang bodoh. Babi pun ada. Kitorang gelak kaw-kaw bila teringat kisah tu. Satu DM dengar kitorang gelak je.

"Aku pulak kang, rasa kang, polis tu datang sebab nok cari papan spirit of coin yang bebudak tu main hahaha" kali ni Aini je yang gelak. Semua orang pandang dia. "Ok guys aku melawak je" dan semua orang gelak.

Lepas semua buat andaian mengarut semata-mata, semua bantai gelak. Macam bodoh je buat semua tu. Memang penangan stress SPM betul.

Sedang kitorang bergelak ketawa, meja kitorang mula didatangi dengan ketua batch kitorang, Nurin.

"Amboi-amboi korang meriahnya. Nak join boleh tak?" sapa Nurin.

"Haaa, boleh boleh silakang duduk," jemput Zack.

"Eh, tadi aku dengar pasal polis-polis. Tahu cerita ke?" Nurin bertanya.

"Pasal apa. Kitorang nampak kereta polis aje. Tapi cerita asal dok tahu la kenapa. Saja jer buat-buat cerita tadi," Syud menerangkan keadaan sebenar.

THE LIBRARYWhere stories live. Discover now