Part 7 : 1998 (II)

6.5K 361 9
                                    

Mereka fikir SPM adalah segala-galanya. Yang menjadi pengukur masa depan, yang menjadi titik permulaan bagi segala kejayaan dan yang menjadi terbaik jika mereka cemerlang. Akibat daripada ketamakkan Pengetua yang ingin mencantas kedudukan sekolah cemerlang yang sama selama ini diungguli setiap tahun, akibat daripada ketamakkan wang ratusan daripada Pengetua, tidak lupa juga tekanan daripada ibu bapa yang ingin melihat anak mereka pandai, mereka terpaksa. TERPAKSA! Hanya ini sahaja cara mereka untuk cemerlang dalam SPM nanti. Tiada siapa yang mampu menolong mereka lagi. Sebentar lagi permainan Spirit of The Coin bermula!

Mereka tahu akibat. Mereka tahu dengan siapa mereka berbicara. Cuma mereka tidak tahu apa yang bakal terjadi semasa bermain. Namun mereka tekad.

Sebatang lilin sudah terpasang di tengah-tengah mereka. Betul-betul di atas sehelai kain berwarna merah. Kain itu dilihat sudah pun bertulis dengan huruf-huruf abjad A - Z beserta nombor 0-9. Terdapat perkataan YA dan TIDAK di bahagian bawah abjad-abjad tersebut. Sekeping syiling dikeluarkan dan diletakkan di antara perkataan YA dan TIDAK itu.

Suasana begitu menyeramkan, memandangkan hanya sebatang lilin yang menyinari di antara mereka. Tidak pasti daripada mana mereka belajar jenis permainan ini, tetapi terdapat satu daripada 5 pelajar tersebut seperti telah arif dengan cara dan syaratnya. Tanpa ragu-ragu, jari telunjuknya dihulurkan dekat kearah cahaya lilin, lalu dicucuk jarinya menggunakan jarum peniti.

TAP! Setitik darah yang terkeluar daripada jarinya berjaya dititiskan ke atas syiling yang berada di atas kain merah. Tanpa mengelapkan jarinya, terus ditekupkan jari keatas syiling berdarah itu, diekori 4 lagi sahabatnya. Maka ayat jampi diseru!

Tidak mengetahui bagaimana interaksi antara mereka berlaku, namun permulaan permainan tiada masalah untuk mereka. Mereka bertanyakan dalam Bahasa Melayu, dan dijawab 'benda' itu juga dalam bahasa yang sama. Apa yang ditanyakan? Sudah tentu soalan SPM. Ditangan masing-masing terdapat helaian kertas yang mempunyai soalan-soalan SPM yang kononnya diberitahu oleh guru-guru mereka 'Soalan ini mungkin masuk dalam exam'. MUNGKIN MASUK. Maka inilah kesempatan mereka untuk bertanyakan kesahihan soalan tersebut. Adakah soalan ini akan keluar? Maka dijawab oleh 'benda' itu dengan menarik syiling ke arah perkataan YA, atau TIDAK. Ada juga ditanya soalan subjektif bertanyakan pasal apa, maka syiling tersebut mula bergerak ke arah satu- satu abjad sehingga membentuk sebuah perkataan, seterusnya ayat.

Mereka cuba menyalin soalan apa yang keluar untuk subjek Kimia, Fizik, Sejarah dan lain-lain. Namun tidak sampai untuk mengetahui soalan yang bakal keluar untuk subjek Sejarah, 'benda' itu mengarahkan untuk bertemu kembali pada esok hari, di waktu yang sama, di tempat yang sama. Mahu tidak mahu mereka cuba bersabar, dan berjanji untuk bertemu di esok harinya.

Malam keesokkannya tiba! Juga seperti semalam, masing-masing menyeludup masuk ke library tanpa pengetahuan sesiapa, kecuali mereka berlima. Mengatur permainan sama seperti semalam. Setelah sempurna segalanya, maka bermulalah interaksi antara mereka. Namun malam ini sedikit berbeza. Kerana interaksi mereka kali ini bukan dalam Bahasa Melayu, tetapi Bahasa Inggeris! Agak sedikit terkejut, namun diteruskan jua. Cuba difaham-fahamkan ayat Bahasa Inggeris yang dibina melalui pergerakkan syiling oleh 'benda' tersebut dan sama seperti semalam jua, soalan yang ingin dikorek akhirnya tergantung ditengah jalan. Mereka membuat perjanjian sekali lagi untuk berinteraksi pada esok hari.

Hari keesokkan jua tiba! Mereka berasa teruja, kerana ini adalah kali terakhir mereka akan mengorek soalan-soalan SPM yang bakal keluar, dan pada masa yang sama juga telah membayangi kejayaan di depan mata dengan result fying colours. Subjek yang tinggal untuk dikorek soalannya malam ini hanya lah subjek Additional Mathematic, Ekonomi dan Bahasa Malaysia. Malam ini sama seperti semalam. Ampai kain merah di lantai, pasang lilin, dititis darah ke syiling, dan seru! Mereka membayangkan bagaimana interaksi mereka pada kali ini. Tetapi permainan malam ini dirasakan cukup pelik. Kerana bila bertanyakan soalan, syiling tidak bergerak! Tetap kaku ditempat asal. Cuba ditanya lagi, tetap kaku. Mereka mula berfikir 'benda' itu telah lari, jadi mereka menyeru lagi. Selepas menyeru, mereka bertanya 'Adakah kau disini?', dan akhirnya syiling tersebut bergerak ke arah perkataan YA. Lega, kerana tahu 'benda' itu ada dengan mereka. Tanpa membuang masa, mereka meneruskan niat asal mereka. Tetapi syiling itu tetap tidak bergerak ke arah abjad seperti biasa. Masing-masing berpandangan, apa yang tidak kena kali ini?

Selang seminit kemudian, syiling itu bergerak ke arah abjad, lalu membentuk satu ayat yang berbunyi 'SILA BERTANYA DALAM BAHASA CINA'.

Masing- masing tergamam. Adakah ini prank atau sebetulnya? Jika betul, mana mungkin mereka boleh berbicara dalam bahasa cina. Buntu! Hanya itu yang mereka fikirkan. Mereka merasakan mereka telah dipermainankan. 'Benda' itu sudah tidak mahu lagi menolong mereka. Maka dengan perasaan yang marah, kelima-lima mereka bergegas menyimpan segala perkakas mainan itu, dan dikuburkan barang tersebut di belakang sekolah. Hanya untuk mengelakkan daripada sesiapa terjumpa barang tersebut dan membongkar taktik kotor mereka.

Dengan itu, boleh dikonklusikan, permainan tersebut tidak berhenti dengan cara yang betul!

**************************************

"Maka begitulah ceritanya. Sekian." ujar En. Nas.

"Jadi cikgu, kiranya yang ada kat library atas tu, 'benda' yang diseru oleh student tu ke cikgu?" tanya Nina, budak kelas aku.

"Cikgu tak tahu. Wallahualam. Tapi menurut yang cikgu dengar, macam tu lah. Hahahaha"jawab En. Nas. Cikgu ni suka sangat gelak di akhir-akhir ayat beliau. Seram dengar.

"Tapi boleh je kan 'benda' tu blah je daripada library tu. Ye lah, diorang kan tinggal dalam alam ghaib, boleh sesuka hati gi mana," Saadah mempersoalkan.

"Kamu ni, tak pernah dengar pepatah ke. Datangnya tak diundang pulangnya tak dijemput. Masalahnya bagi kes 5 pelajar ni, datangnya diundang, pulangnya tidak dijemput. Macamana tu? Macam kamu la jemput sedara mara datang rumah, bila sedara nak balik mesti kamu cakap kan 'terima kasih datang. Hati-hati balik'. Ye tak? Takkan la kamu cakap kat sedara 'haaa pergi lah balik. Tak heran aku eh.' Macam tu ke? Tak kannnn? Hehehehe" kata En. Nas sambil menyengih-nyengih.

"Ohh. Kiranya 'benda' tu tak boleh balik tempat asal sebab senior tu tak tutup permainan tu dengan cara elok la ye?" tanya Lala, ketua kelas aku.

"Haaa, pandai pun fikir. Kamu kan selalu main game computer kena kelik 'save' dulu kan baru tekan 'exit', kan? Sebab dah main beratus level kena la save kalau tak sia-sia la kamu main. Jangan nak tipu eh. Saya tahu la sebab saya selalu perhati anak saya main game. Tekan 'save' dulu baru 'exit' hahahhaha."

Ya cikgu ya! Betul lah tu. Masing-masing ketawa malu. Kantoi suka main game computer.

"Agaknya macamana eh cikgu nak tutup game spirit of coin tu? Cikgu tahu caranya?" tanya Temah.

"Haaaaa....saya suka soalan kamu itu" ujar En. Nas sambil menunding jari telunjuknya ke arah Temah.

"Apa kata kamu cuba game tu dulu. Pastu baru cerita kat saya. Hahahahaha " sambung En. Nas.

Loyar buruk dia dah keluar dah. Masing-masing mengeluh kecewa. Kecewa yang cikgu tak tahu apa-apa mengenai permainan itu. Ada juga yang mengeluarkan kata-kata marah 'Ala cikgu ni ape lah suruh anak murid main benda khurafat macamtu'; dengan nada manja mengeletis. Boleh bayangkan tak? Geli telinga aku dengar suara manja-manja ni.

" Hahaha kamu ni jangan ikut apa cikgu cakap. Syirik tu. Jauh-jauhkan la. Minta pada Allah itu cukuplah. Tak perlu minta daripada para Jin dan Syaiton. Allah tengok usaha, bukan kejayaan. Usaha itu lagi afdhal." ujar En. Nas. Dan sibuk-sibuk kemas buku kat meja.

"Dah la. Saya nak habis kelas awal. Saya ada meeting ni. Kamu buat la kerja sekolah yang tak siap minggu lepas. Tahu sangat kamu ni. Bagi sebulan pun tak siap lagi hahaha"

En. Nas laju berjalan kearah pintu kelas tapi tiba-tiba langkahnya terhenti bila Lala bertanya "Cikgu, ada meeting apa cikgu?!"

Dengan berpaling ke arah Lala sambil berjalan keluar kelas, En Nas berkata " Saya ada meeting nak tahu cerita seterusnya pasal senior awak tu hahaha"

Ok. Masing-masing rasa 'hek eleh'. Bila cerita nak habis ni?


THE LIBRARYWhere stories live. Discover now