Part 11 : Peraturan

5.5K 346 24
                                    

"Sebenarnya tujuan cikgu menyuruh pelajar mengemas library sebab ingin mencari buku yang bertajuk "The Ghost of Library" itu. Yang bertuahnya, kawan Rahmah yang menjumpai buku tersebut. Tetapi kenapa jumpa buku itu di rak paling belakang sekali, sedangkan waktu si Ain bercerita, buku cerita itu diambil di rak hadapan. Pelik bukan?"

14 September 2010.

Masa itu secara tiba-tiba aku dah tak rasa takut dan seram. Apa yang aku pikirkan sekarang adalah aku nak baca buku tu. NAK BACA! Tidak tahu mana datangnya keberanian itu, aku keluarkan buku The Ghost of Library itu yang berada dicelah buku cerita yang lain, lalu aku duduk bersila diantara rak buku tempat aku kemaskan. Aku pandang sekilas di rak sebelah, ternyata Yaya sudah tiada. Aku tak nak buang masa lagi. Lalu aku selak cover buku itu.

Dalam masa 10 minit aku habis membaca buku itu. Dan, tiada yang menakutkan mengenai kisah itu. Melainkan hanya situasi yang mana dua watak utama dalam kisah itu terdengar bunyi buku jatuh di stor bawah tanah; adalah sama dengan kejadian dalam library ni. Yang lain nya, dua orang itu cuba merungkai misteri disebalik buku yang dijumpai. Terdengar bisikan, bunyi kerusi kena tarik, semua tu macam biasa je la.

Aku menoleh dari cover muka hadapan sampai cover muka belakang. Apa yang seramnya buku ni sampai kena tahan dengan cikgu? Lalu aku toleh kiri kanan. Baru aku sedar suasana sunyi dalam library waktu itu. Semua orang dah balik ke kelas ke? Ketika itu baru aku terasa takut ditinggalkan keseorangan. Bergegas aku bangun dan membetulkan kain baju supaya lebih kemas. Pabila mata menoleh kehadapan kaunter library, baru aku terasa lega aku tidak berseorangan.

Buku cerita itu berjaya diserahkan ke tangan Cikgu Shida. Seterusnya, buku itu akan diserahkan kepada PK HEM. Dan buku itu pula, hanya aku sahaja yang sempat membacanya. Aku tidak memberitahu sesiapapun yang aku jumpa buku tersebut. Cukup la aku melanggar arahan Cikgu Shida supaya tidak membacanya. Jika semua librarians baca buku tu, kesudahnya aku yang kena denda.

******************************

Ok, persoalan mengenai buku tersebut telah terungkai. Tak ada yang seram sangat. No wonder 10 budak tu baca buku tu pastu gelak-gelak.

"Kalau buku dah jumpa, kenapa library tak boleh bukak lagi?" tanya Kim setelah fokus mendengar cerita Rahmah sebentar tadi.

"Alah, kalau bukak pun bukannya Kak Kim nak pergi pun, hahahaha" balas Rahmah.

" Ye tak ye jugak kan. Dulu cerita library tutup sebab nak baca-baca sikit, pastu dengar pulak tutup lagi sebab nak cari buku. Baca-baca, sudah. Jumpa buku, pun sudah. Tapi kenapa masih tak bukak jugak library?" sambung Rahmah.

Masing-masing tertanya-tanya, apa lagi rancangan para guru di sekolah itu yang menyebabkan library sekolah masih lagi tidak dibuka kepada pelajar, sedangkan buku tersebut dijumpai pada minggu lepas lagi. Masih tidak selamatkah?

21 September 2010.

Waktu prep petang, berkumpulnya satu geng di bilik Geografi, yang mana aku, Kim dan Syud mencerita mengenai kisah semalam yang kami dengarkan.

"Eh Abing, si Sofia tu tak cerita apa-apa ke kat kau?" tanya Aini.

"Mana ada. Eh, kalau ada pun pasal minggu lepas, si Laila macam pelik sikit perangai. Pelik dia macam; dia tenung je kat loker bilik dia sampai 30 minit. Ada satu hari tu, dalam pukul 2 pagi dia pernah keluar ke korridor, lepas tu tenung je kat dorm depan lama-lama. Bila tanya kenapa dengan dia, dia jawab tak ada apa-apa. Lepastu yang lain terus mengadu kat PK HEM, then PK HEM bagi budak tu balik rumah." cerita Abing.

"Haaa lepas tu kan, hari sabtu baru ini, Laila tu pergi la ikut mak dia ke sekolah tempat mak dia mengajar. Masa tu ada kem untuk budak darjah 6. Masa kat perhimpunan sekolah, tetiba si Laila tu meracau menjerit-jerit kat tengah perhimpunan itu. Sekarang tak tahu la dia macamana," sambung Abing.

THE LIBRARYWhere stories live. Discover now