Part 12 : Alumni

5.2K 327 2
                                    

16 September 2010. 

*Sakinah POV*

'Tadi aku nampak Tina Diva tu bawak handphone. Tak boleh jadi ni! Aku kena bagitahu PK HEM yang dia bawak handphone. Main masa hujung minggu dalam dorm tu boleh la. Tapi ini melampau. Main facebook masa P&P la, masa prep la, pastu geng-geng dia yang lain join. Dekat seminggu dah. Kesabaran aku dah terhad ini. Aku kena jumpa PK HEM waktu rehat ni juga!'

Lalu sewaktu rehat bermula, aku segera melangkah kaki menuju ke pejabat PK HEM. Kalau boleh aku nak PK HEM buat spotcheck prep petang ni jugak. Biar padan muka dengan Tina Diva and the geng kalau handphone kena rampas. Hehehe Aku dah mula sengih kejahatan.

Sampainya aku di depan bilik PK HEM, aku dapati beliau sedang on call dengan seseorang. Melihat daripada kerutan muka beliau, ternyata seperti sedang berbincang mengenai hal yang serius. Tanpa terfikir apa-apa, aku cuba mengetuk pintu bilik beliau, mana tahu kot-kot dia bagi masuk bilik.

Tok!Tok!Tok!

Aku berjaya mengalih perhatian PK HEM. Dengan pantas PK HEM berpaling ke arah muka pintu beliau. Segera memberi signal tangan 'masuk' kepada aku. Lalu aku memulas tombol pintu dan tanpa menunggu arahan seterusnya daripada PK HEM, aku terus duduk di kerusi hadapan meja beliau. Aku rasa dia tak kisah sebab aku selalu je jumpa dia untuk kes-kes tertentu. Mesti dia dah paham dengan niat aku ini.

Pada dasarnya, aku tidak mahu masuk campur urusan beliau yang sedang ber on-call dengan seseorang, tapi perbualan PK HEM agak menarik perhatian aku untuk mendengar apa yang dibincangkan itu.

"Tak boleh ke datang sekolah ini..."

"Ambil masa sekejap je pun, tak lama. Ini pun sebab kamu dan kawan-kawan juga..."

"Tak contact dengan kawan-kawan kamu yang dulu? Cuba la pujuk..."

"Tak apa lah kalau begitu. Saya tak paksa. Lupakan sahaja lah. In Sha Allah ada jalan penyelesaian yang lain..."

"Waalaikumsalam,"

Itu antara dialog yang sempat aku dengar sipi-sipi daripada PK HEM sebab dia cakap dengan nada perlahan. Sejurus PK HEM meletakkan ganggang telefon, terus pandangannya ke arah aku.

"Haaa, Sakinah. Apa hal lagi ni? Ada budak nak balik ke hujung minggu ini?" tanya PK HEM.

"Eh, tak ada lah cikgu. Saya datang ni sebab nak mengadu, ada student bawak handphone main masa P&P," jawab aku.

"Ermm, buat masa ini saya memang tak boleh nak handle dengan masalah-masalah pelajar ini. Kes yang hari tu pun dah pening kepala saya dibuatnya. Biarkan la dulu masalah handphone tu. Minggu depan saya akan keluarkan notis pulang bermalam. Masa tu siapa nak balik rumah parents pergi la balik. Kalau tak nak balik, stay je," ujar PK HEM. Nampak stressnya.

"Cikgu, kalau tak keberatan, boleh saya nak tanya soalan?" tanya aku. Cuba nak mengorek rahsia on-call tadi.

"Apa dia yang awak nak tahu tu?" tanya PK HEM balik.

"Siapa yang cikgu on-call tadi? Pelajar yang dah pindah sekolah ke, sampaikan cikgu suruh dia datang kat sekolah ni lagi?" tanya aku sambil cuba memberi senyuman manis-tapi-ingin-tahu-kisah-sebenar.

"Ohh, pasal tu. Yang on-call tadi alumni kamu. Haih, entah lah. Serabut betul pikiran saya dengan perangai alumni kamu ni. Harapnya kamu semua yang ada kat sekolah masa ni jangan lah buat masalah yang boleh menyusahkan orang pada masa hadapan ye,"

"Boleh saya tahu, diorang ada buat apa cikgu?"

"Kamu tahu kisah budak kena rasuk sebab bising dalam library tu kan?"

THE LIBRARYWhere stories live. Discover now