Part 16 : Ending

5.7K 361 98
                                    

3 bulan sebelumnya

Ada la satu malam, prep malam, aku dengan 4 member yang lain konon nak berstudy kat Library. Prep malam tak ramai sangat nak datang Library. Ramai suka study dalam kelas. Masa tu prep malam dah habis. Tengok jam, dah pukul 11 malam.

Masa tu plan la dengan member aku, taknak la masuk asrama awal. Nak ponteng bacaan al-mulk. Biasa la, bila dah stress otak senang kena hasut dengan setan. Rela weh tak pergi DM. Tapi kitorang tahu, supper DM malam ni cuma kokocrunch dengan air susu je. Tu yang tak semangat nak pergi.

Kitorang lepak je dalam Library tu. Cuma berempat sahaja. Masa tu aku tengah baca surat khabar dekat bahagian ruang membaca yang ada sofa, bersama Abing dengan Syud. Kim masa tu tengah online kat komputer sebelah pintu masuk Library.

Sedar tak sedar, jam dah menunjukkan pukul 11.30 malam. Lewat sangat dah ni. Blok akademik pun dah sunyi. Tiba-tiba aku rasa hati aku tak keruan. Tak tahu la sebab blok ni dah sunyi atau memang ada benda lain dengan kitorang sekarang.

Disebabkan hati aku berdebar-debar, dengan pantas aku ajak member aku balik asrama. Diorang pun sebenarnya dah tak sabar nak balik, sebab seram sangat tinggal kitorang berempat kat blok akademik ni.

Kim cepat-cepat shut down computer, aku dengan yang lain susun balik newspaper atas rak yang disediakan. Nampak dah kemas, semua settle, semua orang terus pecut keluar Library. Pecut punya pasal, kitorang terlupa pulak nak switch off lampu dalam tu. Masa tu dah dekat dengan tangga turun dah.

Nak tak nak, aku la yang kena pergi tutup, sebab aku yang ada kat belakang sekali masa tu. Lalu tanpa pikir apa-apa, aku terus la bukak pintu balik dan switch off lampu. Nasib baik suis lampu kipas kat sebelah pintu masuk je.

Kemudian aku terdengar "Psssttttt.." dan sejurus kemudian aku tercium bau harum.

The End.

THE LIBRARYWhere stories live. Discover now