Part 8 : Unsettled

7.1K 378 27
                                    

Jam menunjukkan pukul 1 tengah hari. Cerita tahun 1998 yang diceritakan oleh En. Nas pagi tadi tiada sambungan sampai kesudah. Tanya Puan Hamidah (cikgu Bahasa Malaysia kelas aku selepas slot subjek Matematik tadi) pun tiada jawapannya. Malah Puan Hamidah pula bertanya pada sekelas " Cuba cerita kat saya apa sebenarnya yang terjadi pada budak-budak tu sampai kena histeria ni?" . Dipendekkan cerita, cikgu tu pun suruh Lala, selaku ketua kelas, untuk menjadi wakil bercerita. Dengan penuh membara, Lala bercerita dengan semangatnya kepada Puan Hamidah apa yang berlaku.

Tapi kadang-kala ceritanya ditokok-tambah, sehingga membuat orang yang mendengarnya marah dan cuba membetulkan cerita dia. Lalu disitu timbul pula satu drama bertegang urat suara. Aku lihat Puan Hamidah sudah melontarkan mata hitamnya ke arah siling kelas dengan satu keluhan berat dari mulutnya, tahulah aku dia sekarang tengah benggang dengan situasi tersebut. Dengan pantas dia meleraikan adegan drama tersebut dan berkata "Saya dah tak nak dengar cerita daripada kamu semua. Baik saya bergossip terus dengan PK HEM kamu!". Disebabkan hal itu, kami sekelas kena buat karangan sekurang-kurangnya 250 patah perkataan dan dihantar pada akhir slot kelas tersebut.

Soal mandi, solat, makan tengah hari, tak payah la aku nak bercerita details. Sekarang waktu prep petang. Petang yang panas terik sebegini yang membuatkan aku membawa diri ke bilik meeting Kelab Geografi. Masuk-masuk je dalam bilik tu, aku nampak Quya, Abing, dengan Wawa dah ada kat belakang, terbaring atas permaidani , betul-betul baring bawah kipas siling. Rilek la, baru pukul 2.35 petang. Biasanya pukul 3 petang baru study.

Lalu aku pun bertegur sapa gitu-gitu je dengan budak bertiga tu. Lepas itu join diorang baring atas permaidani tu. Fuhhhh sejukk siottt.

Selang beberapa minit aku menenangkan kepala aku yang berat akibat panas masa tu, tetiba PONGGGG!! Pintu bilik Geog dirempuh seseorang. Kitorang yang terbaring ni terkejut dibuatnya. Sampai terbangun. Lepas berdiri tegak, nampak muka Kim termengah-mengahnya depan pintu. Masing-masing dah buat muka sebab Kim dah rosakkan susasana aman masa itu. Kalut betul minah tu. Tak habis lagi penat dia, aku nampak kedua-dua tangan dia sibuk duk melambai-lambai menunjukkan isyarat badan yang berbunyi 'meh sini duduk dengan aku, meh sini'.

Kesian punya pasal, aku hulur la botol air aku suruh dia minum dulu, hilangkan rasa penat berlari tu. Lepas dia minum, dia tanya aku.

"Nia, kau ada dengar tak cerita pasal senior kita main spirit of coin tu?"

"Ada je. En. Nas baru je cerita lepas rehat tadi. Kenapa?"

"Ohh. Ingatkan kau tak tahu. Aku baru je nak cerita. Cehhh"

"Hahaha. Simpan je la cerita kau tu kat cucu cicit nanti. Hahaha " aku bantai gelak kat Kim.

"Tapi aku tertanya-tanya jugak la, macamana la rasanya hidup kena kacau dengan benda tu lepas main game tu," ujar Kim.

"Eh, ni cerita apa pulak ni kena kacau lepas main game ni?"

"Aikk. Kata dah tahu. Pasal senior tu lah. Lepas diorang main, diorang kena kacau. Kau tak tahu ke wehh...???" soal Kim. Nada dia lebih kepada sarkastik bagi aku.

"En. Nas cerita sampai budak-budak tu off game lepas kena cakap cina tu je. Kacau-kacau tak de pun,"

"Kesian kat kau eh dapat cerita tergantung. Meh aku sambung cerita En. Nas tu. Hehehehe"

"Macam ni ceritanya. Lepas pada diorang tutup permainan tu, 3 hari sebelum nak exam, 5 senior ni kena ganggu la dengan 'benda' tu, sampaikan diorang tak boleh nak study. Pastu cemana ntah, diorang ni dapatkan perkhidmatan bomoh, untuk kebalkan diri daripada diganggu 'benda' tu. Bomoh tu pun kasi tangkal kat leher masing-masing. Terer tak terer kau, senior-senior yang pakai tangkal tu semua dapat SPM straight 10A. Pastu terus fly study overseas. Thats it. Itu aje" berceritalah Kim dengan tangan yang tak reti nak duduk diam.

"So, itu je la yang terjadi dengan senior tu? Setakat tu je la?" aku tanya.

"Ye, setakat tu. huhuhu"

Aku punya lah mengharapkan cerita yang lagi dasyat. Tapi sikit tu je ceritanya. Aku buat muka kat Kim. Kim buat-buat tak nampak.

Lalu aku pun bangun dari tempat duduk terus menuju ke tingkap bilik itu. Dari celahan-celahan gelas tingkap itu, aku lihat pintu library terbuka. Library sekolah terletak satu aras dengan dengan bilik Kelab Geografi. Pintu Library terletak berhadapan dengan pintu Lab Kimia, yakni Lab itu bersebelahan dengan bilik Geografi ini sahaja. Kemudian aku nampak Ustaz Mat di dalamnya. Aku kecikkan mata hitam aku dan bergerak ke arah kiri sedikit. Aku nampak ada lagi 2 orang yang aku pasti bukan cikgu dari sekolah ini. Setelah diamati, aku baru teringat 2 orang itu adalah ustaz dari AJK masjid kampung, yang datang semalam kat Musalla. Eh, bukankah upacara menghalau 'benda' tersebut dibuat malam tadi? Kenapa datang pula hari ini? Ada yang tak settle lagi ke?

"Kau tengok apa Nia? Dari tadi khusyuk je,"

Oh, Abing rupanya tegur. Terkejut aku.

"Tak de. Aku tengah usha library tu haaa. Apa pasal ustaz kampung tu datang lagi situ? Tak settle lagi ke hal semalam?" aku bertanya kat Abing.

"Oh, adik dorm aku kata hal tu tak settle lagi. 'Benda' tu still duk dalam tu. Tak nak keluar. Ustaz tengah baca-baca la tu," ujar Abing.

"Uishh, mana tahu ni Abing?" jampuk Kim. Entah bila dia join dengar conversation kitorang pun tak tahu la.

"Eh korang ni. Sofia kan adik dorm aku. Lupakah..???" tanya Abing.

"Oohhhh," hanya itu je kami berdua mampu jawab sambil sengih-sengih.

"Pagi tadi la kitorang tanya dia, dia okay ke tak. Sampai pukul 5 pagi kot dia baru balik dorm. Mata Sofia masa tu sembab gila. Banyak nangis kot. Kitorang pun tak nak tanya lebih, takut-takut Sofia tu lemah semangat. Tapi kan, Sofia ada kata diorang tak dapat nak penuhkan hasrat 'benda' tu masa lakonkan balik adegan semalam kat library. Itu pasal 'benda' tu nak stay kat library tu," kata Abing

"Maksud?" aku bertanya.

"Maksudnya, ada satu part yang diorang tak nak lakonkan macam malam Jumaat tu."

"Sofia tak ada cerita ke pasal apa tu?"

"Tak ada. Dia takut. Dia takut kalau dia sebut, 'benda' tu ada kat sebelah dia."

Selesai je Abing sebut ayat last dia tu, semua bulu roma meremang je. Sambil mata ni menjeling ke arah pintu library yang masa tu dah pun dikunci dengan mangga kat luar oleh Ustaz Mat.

Agak-agak kita yang bercerita pasal dia masa ni, 'dia' ada di sebelah kita ke? Erk.....


THE LIBRARYWhere stories live. Discover now