Bab 3

159 9 0
                                    

Sampai sahaja Haniha dan Encik Akmal di Kerajaan Dahliakediawan, kemeriahan antara penduduk di kerajaan itu sungguh mengujakan Haniha. Keadaan sebegitu tidak pernah dialaminya. Kesopanan dan kesantunan setiap penduduk Kerajaan Dahliakediawan telah menawan hatinya. Ada yang berbual sambil tergelak, ada yang bermain syiling di atas meja dan ada juga penduduk yang aneh... seperti ada sesuatu yang dilakukannya.

     "Encik Akmal? Apa dia tengah buat?" 

     Haniha hairan sejurus sahaja melihat seorang wanita yang berusia merenjiskan air ke arah bebola kaca dengan menggunakan benda tajam sambil mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu.

     "Hani... dia sedang buat sesuatu mengenai kuasa jahat yang sukar untuk dihapuskan." 

     Haniha hanya mengangguk faham. Dia tidak mahu menyoal apa-apa perkara lagi. Perjalanan mereka berdua terhenti di hadapan sebuah istana kukuh terbina. Batu bata dijadikan corak dinding untuk istana itu. Warna merah kelabu dijadikan warna pilihan bagi keseluruhan istana yang besar itu. Empat orang pengawal berdiri di luar tanpa senjata dan alat perlindungan. Pagar besar dibukanya hanya menggunakan mata sahaja.

     "Ada remote control ke istana ni Encik Akmal?" 

      Dengan sewenang-wenangnya Haniha menyoal sambil tersenyum.

     Namun, Encik Akmal menggeleng kepala dan tersenyum senget mendengar soalan yang keluar dari mulut remaja itu.

     Eh... tak jawab pula, balas dengan senyum je

     Haniha hanya memandang Encik Akmal dengan hairan.

     Selangkah sahaja mereka masuk ke dalam istana, pandangan Haniha terus beralih kepada seorang wanita yang duduk di kerusi utama. Kerusi di mana seorang pemerintah sahaja yang berhak duduk di situ.

     Ini ke Permaisuri Deliahulia

     Haniha terpaku memandang kawasan sekeliling. Dia tidak pernah melihat suasana yang begitu indah sebegini.

     "Ya anakku Haniha Feliasia. Akulah  Permaisuri Deliahulia, pemerintah Kerajaan Dahliakediawan." 

     Jawab wanita itu dengan yakin. Wajahnya diukir senyuman, kelihatan sangat muda.

     Mudanya muka dia? Kalau betul dia Permaisuri Deliahuli, sepatutnya dia dah tua sekarang

     Lagi hairan Haniha.

    "Anakku, memang aku Permaisuri Deliahulia. Wajahku akan kekal begini sepanjang aku memerintah kerajaan ini. Ini tanggungjawabku, selagi aku belum melepaskan kerajaan ini. Wajahku akan kekal begini."

     "Awak.... awak boleh dengar apa yang saya cakap?" 

     Matanya terbeliak memandang Permaisuri Deliahulia yang seperti ada keupayaan membaca fikirannya.

     "Tidak anakku, aku boleh melihat dari riak wajahmu..." 

     Sebelum dia menyambungkan perbualannya, Permaisuri Deliahulia bangkit dari tempat duduknya dan menghampiri Haniha dengan perlahan.

     "Akmal, kamu boleh pergi."

     Arahnya lagi.

     "Anakku Haniha Feliasia... Selamat kembali ke Kerajaan Dahliakediawan. Kembalinya kamu ke sini bukan sahaja untuk mencari identiti diri kamu, tapi kamu dengan sendirinya telah terpilih untuk menjadi salah seorang pejuang Dahliakediawan."

     "Pejuang? Tapi... saya langsung tiada keupayaan seperti mana ibu dan ayah ada. Dan saya tahu kerajaan ini hanya memerlukan penduduk yang mempunyai keupayaan yang luar biasa."

     Haniha menjelaskan apa yang terlintas di fikirannya kerana mustahil manusia normal sepertinya mempunyai keupayaan lain.

     "Tidak Haniha Feliasia, kamu ada keupayaan lain. Sejak dari lahir lagi kamu sudah dianugerahkan keupayaan itu. Tetapi, aku tidak dapat mengenal pasti keupayaan apa yang kamu ada. Melainkan kamu sendiri tunjukkannya." 

     Senyuman Permaisuri Deliahulia menambahkan lagi kehairanan Haniha.

     "Tapi... saya sendiri pun tak tahu..."

     "Jangan risau anakku, dalam kerajaan ini. Kamu akan diterima di sekolah di mana semua anak-anak yang mempunyai keupayaan luar biasa mengawal dan mencari kuasa mereka."

     Kepalanya diangguk perlahan sebelum datangnya seorang lelaki tua menghampirinya.

     "Tuan Keliopi, tolong tunjukkan arah kepada Haniha Feliasia di mana keberadaan sekolah itu serta tunjukkan di mana dia akan menginap." 

     Permaisuri Deliahulia mengarahkan lelaki itu dengan suara yang lantang dan sopan.

     Haniha mengikuti Tuan Keliopi di belakangnya sebelum menanyakan banyak soalan kepada orang tua itu. Kelihatan orang tua itu sudah lama tinggal dan berkhidmat di istana itu.

     "Tuan, saya nak tanya sesuatu boleh?" 

     Haniha seperti teragak-agak hendak menanyakan soalan.

     Namun, orang tua itu hanya mengangguk tanpa membuka mulutnya. Senyuman dibalas dengan senyuman.

     "Saya nak tanya siapa ibu dengan ayah saya? Mereka berdua pun berkhidmat di bawah Kerajaan Dahliakediawan ke?"

     "Minta maaf cik Haniha Feliasia, saya tidak boleh menjelaskan apa-apa maklumat mengenai Encik Jewleo dan Puan Feriana." 

     Jelas Tuan Keliopi.

     "Kenapa tuan?" Haniha memaksa orang tua itu untuk terus berbicara mengenai ayah dan ibunya.

     Dibalas Tuan Keliopi dengan senyuman sambil menundingkan jarinya ke arah satu bangunan yang berwarna jingga di hadapan mereka berdua. Mulut Haniha terbuka luas kerana melihat keindahan yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Banyak pelajar yang berlari-lari di sekitar panjutan air di tengah-tengah bangunan. Ada yang belajar dan ada yang makan di tempat duduk berhampiran bangunan itu.

     "Cik Haniha Feliasia akan bersekolah di sini dan menginap di asrama sekolah ini."

     "Roselynios. Nama sekolah ni Roselynios?"

     Tuan Keliopi mengangguk. Mereka melangkah masuk ke dalam sekolah yang elit itu. Pejabat yang tertulis 'Pengetua' dimasuki Tuan Keliopi. Haniha hanya menunggu di luar sahaja. Selepas beberapa minit, Tuan Keliopi dan pengetua keluar sambil bersalaman. Haniha hanya memberi senyuman kepada pengetua. Tuan Keliopi dan Haniha berjalan di setiap lorong kelas sehingga di kelas penghujung, akhirnya tiba di kelas Haniha.

     "Nanti asrama cik Haniha Feliasia, Cikgu Raishia akan tunjukkan. Buat macam rumah sendiri sebab ini tempat di mana cik berasal."

     Tuan Keliopi pamit pergi dan meninggalkan Haniha berdiri bersebelahan Cikgu Raishia.

     Tiba-tiba Haniha rasa berdebar walaupun belum melangkah masuk ke dalam kelasnya. Dia risau tidak dapat menyesuaikan diri dengan orang yang baru dijumpainya. Selalunya di sekolah kampungnya dulu, seorang pelajar pun tidak berani berkawan dengannya malah menghampirinya juga sama sekali tidak. Hal ini telah membuatkan Haniha rasa kurang berkeyakinan dengan dirinya.

     "Awak dah sedia masuk kelas?" 

     Soal Cikgu Raishia yang cuba menenangkan Haniha daripada cepat gemuruh.

     Haniha mengangguk dan membuka pintu dengan perlahan. Langkah kakinya yang perlahan masuk ke dalam kelas membuatkan semua pelajar memerhatinya dengan serius dan kemasukan Haniha ke sekolah ini juga telah mengubah segalanya...

Dahliakediawan : New FaceWhere stories live. Discover now