Bab 17

77 2 0
                                    

Baru sejam kelapan pejuang berehat di Hughdif House, hampir setengah daripada penduduk Kerajaan Jasminedekiawan mula kaget dan takut dengan ketibaan mereka. Ada yang memandang mereka sambil berbisik antara satu sama lain. Ada juga yang berlari di saat melihat mereka duduk berehat di anjung rumah.

     "Kenapa penduduk dekat sini pandang kita macam tu sekali?" Soal Geisha yang risau dengan kelakuan penduduk kerajaan itu.

     "Mungkin mereka tak biasa tengok kedatangan orang asing macam kita." Jawab Scienty yang juga hairan.

     Masih dengan apa yang dilihat, kelakuan penduduk kerajaan tersebut membuatkan Khalil tidak senang duduk. Kalau pun mereka tidak suka akan kedatangan pejuang itu di tempat duduk mereka, tidak pergi mereka berkelakuan sedemikian.

     "Encik Hughdif, saya minta maaf kalau saya tanya. Kenapa penduduk sini berkelakuan yang membuatkan kami semua tidak senang duduk? Kalau kami ada berbuat salah terhadap mereka atau melanggar sesuatu di kerajaan ini, kami dengan rela diri akan pergi dari kerajaan ini."

     "Tidak. Kamu semua tidak perlu bergegas pergi dari sini. Berehatlah lebih lama lagi. Mungkin, mereka berasa asing ketika melihat keberadaan kamu semua. Penduduk di kerajaan ini jarang berjumpa dengan orang asing."

     Penjelasan Encik Hughdif membuatkan Khalil mengerutkan dahinya.

     "Encik Khalil, kenapa encik dan kawan encik datang ke kerajaan ini? Minta maaf kalau saya dikatakan menyibuk."

     Hughdif memberanikan diri menyoal kembali Khalil. Mata Khalil langsung tidak dipandangnya. Bahkan wajah Khalil juga tidak dipandang sama sekali sepanjang mereka masuk ke dalam rumah tumpangan itu.

     "Kami semua datang ke sini sebab hendak berehat sahaja. Selepas selesai membuang segala penat lelah kami, kami akan beredar. Perjalanan kami bukan sekejap."

     Hughdif mengangguk faham dan beredar dari pandangan Khalil. Matanya masih tertumpa pada lantai kayu. Sampai di kaunter rumah tumpangan itu juga matanya masih tidak lekang dari memandang bawah. Gerunnya terhadap Khalil tidak terkata.

     Selepas tiga jam mereka berehat di Hughdif House, kesemua pejuang bersiap sedia membersihkan kawasan mereka dan bersedia untuk beredar dari rumah itu. Belum sempat mereka keluar dari pintu utama, kesemua pejuang telah ditahan daripada terus keluar oleh Hughdif.

     Kelakuan tiba-tiba Hughdif terhadap mereka membuatkan Scienty rasa hilang sabar. Belum sempat buku lima Scienty tiba di pipi Hughdif, jeritan dari belakang telah menghentikannya. Semua memandang ke arah di mana seorang lelaki sedang menjerit ke arah Scienty.

     "JANGAN KAU BERANI SENTUH ANAK BUAH AKU!" Jeritnya yang tiba bersama pembantunya yang banyak.

     Wajah lelaki tua itu terus mengukir senyuman sinis. Janggutnya yang putih membuatkan wajahnya digeruni banyak orang. Baju kuning hijau dipakai sebagai warna simbol kumpulan.

     Khalil pula tiba-tiba rasa gelisah. Riak wajahnya jelas kelihatan rasa panik sepanjang memandang kedatangan lelaki tua di hadapan.

     "King Revis?" Itu sahaja yang keluar dari mulut Scienty sejurus membebaskan buku limanya ke bawah.

     Semua terkejut dengan kedatangan King Revis bersama kuncu-kuncunya di rumah tumpangan itu kecuali Haniha yang masih tidak mengenali siapa lelaki tua itu dan Khalil masih dengan riak wajah risaunya itu.

     Kelakuan Haniha yang masih pelik membuatkan King Revis menghampirinya. Haniha memandang tepat ke arah mata lelaki tua itu dan terus tertunduk di saat lelaki tua itu tersenyum ke arahnya.

     "Budak baru?" Soal King Revis kepada Haniha.

     "Ya. Saya Haniha Feliasia." Jawab Haniha pendek. Wajah King Revis langsung tidak dipandangnya lagi.

     "Kenapa terpilih sebagai pejuang? Tak tahu apa bahaya yang mendatang?"

     King Revis menyoal kembali sambil membelai pipi Haniha dengan lembut. Perbuatan yang tidak menyenangkan itu membuatkan Khalil terus menjerit ke arahnya. Haniha pula takut untuk melawan. Farisha yang memegang lengan Haniha terus menerus menarik pergi dari pandangan King Revis dengan perlahan.

     "JANGAN KAU SENTUH DIA!"

     Jeritan Khalil membuatkan semua yang melihat memandang antara satu sama lain. King Revis yang mendengar jeritan ke arah dia terus berdiri tegak dan memusingkan badannya berhadapan dengan Khalil. Tangan ditepuknya beberapa kali bersama gelak gerunnya.

     "Sekarang, kau berani menjerit ke arah aku? Kau fikir kau siapa? Bukan disebabkan Deliahulia kesiankan kau, KAU...!"

     King Revis tidak dapat menghabiskan ayatnya dek kerana Khalil terus memotong apa yang ingin disampaikan oleh lelaki tua itu. Khalil mengetepikan ketakutannya terhadap King Revis dan terus memandang lelaki itu tepat ke arah matanya.

     "Kau jangan babitkan hal itu sekarang. Aku ke sini bukan nak cari gaduh dengan kau, tapi aku datang nak berehat."

     King Revis perlu mendongakkan kepalanya ke atas disebabkan ketinggian tubuh Khalil. Wajah King Revis hanya mengukir dengan sinis.

     "Kau tak sepatutnya berehat di kerajaan ini kalau kau tahu kau akan berhadapan dengan aku."

     King Revis membelakangkan Khalil sebelum dia melepaskan angin hijau ke arah Khalil. Pada masa yang sama loket kristal Haniha mengeluarkan cahaya api merah menyala.

     "KHALIL!" Haniha menjerit dan terus menuju ke arah Khalil berada.

     Angin hijau yang dilepaskan King Revis langsung tidak mengena Khalil. Bara api yang panas telah melindungi Haniha dan Khalil. Di saat api semakin membara, sebahagian rumah tumpangan itu terbakar akibat Haniha. Mata sayu berwarna coklat gelap Haniha bertukar merah menyala. Bukan sahaja King Revis terkejut dengan kelebihan Haniha malah pejuang lain juga tergamam dengan apa yang dilepaskan oleh Haniha.

     "Aku tahu King Revis nak sakitkan aku." Jawab Khalil mahu mengetepikan Haniha daripada pertempurannya bersama King Revis.

     "Apa? Kau langsung tak berterima kasih dekat aku?" Perasaan Haniha yang bertukar normal membuatkan api membara di sekeliling badannya hilang begitu sahaja. Matanya yang merah menyala juga bertukar normal.

     "Mana King Revis?" Soal Khalil yang tidak mendapati jejak King Revis dan kuncunya kerana perlu melayan Haniha di hadapannya.

     King Revis tiba-tiba hilang dari pandangan mereka. Hughdif juga enggan bersuara. Waktu itulah peluang untuk mereka pergi dari kerajaan itu.

Dahliakediawan : New FaceWhere stories live. Discover now