Bab 9

103 3 0
                                    

Ketibaan Haniha dan Janis di asrama mereka mengejutkan semua pihak yang berkumpul di ruangan tetamu. Semua memandang mereka sambil berbisik antara satu sama lain. Tiada yang terkecuali.

     "Hani? Kenapa mereka memandang kita macam nak makan kita?"

     Janis bersembunyi di belakang Haniha. Pertanyaannya tadi hanya di balas Haniha dengan gelengan kepala. Farisha dan Trevad yang duduk di sofa pantas bangkit dan menghampiri Haniha dan Janis yang berdiri kaku di hadapan semua orang.

     "Mana kamu berdua pergi? Semua orang risau. Permaisuri Deliahulia panggil kamu berdua untuk berhadapan dengannya di istana." Jelas Farisha sejurus bertanyakan khabar mereka berdua.

     "Risau? Kenapa nak risau? Aku dengan Janis baru pergi satu hari? Kenapa semua nak ambil berat pula?"

     "Satu hari kau kata? Hoi! Kamu berdua dah hilang seminggu tahu?!" Trevad bersuara lantang.

     "Apa?! Seminggu?" Itu sahaja yang keluar dari mulut Janis dengan wajah yang hairan.

     "Dah. Dah... Hani, Janis baik kamu berdua pergi berjumpa permaisuri. Baginda permaisuri paling risau akan keadaan kamu. Terutamanya kamu Haniha."

     Bahu Haniha ditepuk Janis dari belakang. Haniha memberikan isyarat setuju dan mereka berdua pamit pergi ke istana Permaisuri Deliahulia.

     Dua remaja berdiri kaku di hadapan pintu masuk istana besar. Seorang demi seorang menolak diri untuk masuk dahulu ke dalam istana.

     "Kau masuk dulu Haniha... Permaisuri risaukan kau."

     Janis menolak tubuh Haniha ke hadapan sehingga pintu utama istana terbuka akibat keberatan tubuh Haniha menimpanya. Satu persatu langkah kaki Haniha dan Janis berjalan menuju ke arah permaisuri yang masih menikmati teh minum petang.

     "Permaisuri?" Itu sahaja yang keluar dari mulut Haniha.

     Permaisuri Deliahulia berhenti daripada minum dan meletakkan cawan yang dihiasi dengan bunga ros di atas meja. Wajah Haniha dan Janis dipandangnya dengan ketat. Tiada senyum, tiada juga marah.

     "Ke mana kamu berdua pergi selama seminggu ini?"

     Akhirnya Permaisuri Deliahulia menyoal Haniha dan Janis. Baginda mahu kedua-dua remaja itu berlaku jujur ke atasnya.

     "Kami... Kami pergi bersiar-siar di pekan sahaja. Salah ke permaisuri?"

     Terketar-ketar Haniha menjawab soalan permaisuri itu tadi. Dengan secara tiba-tiba, suasana sepi dipecahkan dengan suara ketawa permaisuri.

     "Kenapa permaisuri? Apa... Apa yang kelakar?"

     Masih dengan gementarnya, Haniha memberanikan diri menyoal perlakuan Permaisuri Deliahulia. Haniha berharap agar permaisuri percaya dengan alasannya tidak balik selama seminggu. Dia tidak mahu permaisuri tahu niat sebenarnya dan sesuatu yang Cerry sudah hadiahkan kepadanya.

     "Jawapan kamu kelakar."

     Masih dengan lawak pelik, permaisuri ketawa berdekah-dekah. Pusing kepala Haniha melihat permaisuri. Janis pula terkebil-kebil memandang perlakuan Permaisuri Deliahulia yang tidak pernah dia tahu.

     "Kamu menipu saya?! Katakan yang sebenar Haniha."

     Riak ketawa permaisuri terus bertukar serius. Suaranya lantang di saat menyoal Haniha kembali. Kali ini, Haniha terpaksa menyatakan kebenaran.

     "Kami... Kami ke tempat Cerry."

     Selebihnya, dia mahu merahsiakan terhadap permaisuri.

     "Kenapa? Kenapa kamu berjumpa Cerry? Kamu tahu nyawa kamu dalam bahaya sekarang. Kamu tidak pernah fikirkan diri kamu? Apa yang penting sangat kamu mahu berjumpa dengan Cerry? Kamu tahu Cerry membunuh ayah kamu?"

     "Tak! Cerry bukan bunuh ayah. Tapi ayah sendiri mengorbankan nyawa dia untuk selamatkan saya dan ibu. Saya berjumpa dengan Cerry sebab saya nak mencari ibu saya yang lama hilang. Saya nak berhadapan sendiri dengan Polustoir."

     Tidak tahan Haniha mendengar apa yang dikatakan oleh Permaisuri Deliahulia.

     "TIDAK! AKU TIDAK MEMBENARKAN KAMU MENCARI IBU KAMU! Kamu tahu ini semua membahayakan diri kamu. Polustoir tidak akan...."

     Sebelum sempat Permaisuri Deliahulia menghabiskan kata-katanya, Haniha pantas menjawabnya dengan penuh perasaan marah. Hatinya sakit di saat permaisuri menyatakan semua perkara akan membahayakan dirinya.

     "KENAPA?! Kenapa permaisuri menghalang saya mencari orang yang mengandungkan saya? Kenapa selama bertahun-tahun permaisuri tidak pernah ada langkah untuk mencari ibu saya? Kalau permaisuri tahu ibu diculik Polustoir, kenapa permaisuri tiak bangkit menghadap Polustoir? Permaisuri fikir kita selamatkan diri sendiri tidak fikirkan keselamatan orang yang hilang akan menyelesaikan masalah?"

     Panjang lebar Haniha menjawab Permaisuri Deliahulia yang menghalangnya untuk mencari kelibat ibunya.

     "PENGAWAL! MASUKKAN HANIHA DAN JANIS KE DALAM BILIK BAWAH TANAH! SEKARANG!"

     Permaisuri Deliahulia mengarahkan empat orang pengawal untuk meletakkan Haniha dan Janis ke bilik bawah tanah. Baginda mahu Haniha berfikri panjang sebelum kembali menyelesaikan misinya. Baginda tidak mahu Haniha berhadapan secara terus dengan Polustoir tanpa berfikir langkah-langkah yang sesuai.

     "Tidak Haniha... Semua yang dikatakan oleh kamu tidak benar. Saya pemerintah kerajaan ini tidak pernah memikirkan diri sendiri. Setiap hari saya dan pejuang kerajaan ini memikirkan langkah yang terbaik untuk mengembalikan ibu kamu. Kamu tidak tahu telah banyak pejuang kerajaan ini terkorban di saat berhadapan dengan Polustoir. Dan... Cerry, dia juga sudah terkorban di saat berhadapan dengan Polustoir. Sekarang, kerajaan ini dalam bahaya kerana saya tahu Cerry yang dijumpai oleh kami sebenarnya Polustoir yang mencari jejak waris Feriana."

     Pembantu di istana hanya mendengar segala butir bicara permaisuri. Keluhannya didengari oleh Permaisuri Deliahulia yang kusut bahawa kerajaan itu akan datangnya satu kuasa hitam yang amat kejam dari abangnya dulu.

     Kuasa yang paling sukar untuk dihapuskan melainkan seorang sahaja yang mampu menghapuskan kuasa itu, wanita yang hilang jejaknya iaitu Feriana.

     "Kenapa kau cakap kasar dengan permaisuri?" Janis memarahi Haniha yang masih dalam keadaan marah.

     "KENAPA KAU PEDULI ORANG YANG TAK PERNAH NAK FIKIR TENTANG PENDUDUK DIA?!"

     "Tapi, baginda permaisuri kita...Kau patut hormat permaisuri."

     "AKU TAK AKAN HORMAT DIA KALAU IBU AKU BELUM DIJUMPAI!"

     Haniha menjerit ke arah Janis dengan perasaan marah. Tubuh gempal Janis ditolaknya sehingga meja bulat di blakang Janis tergerak. Botol kaca yang berada di atas meja berguling di atas meja dan...

     Tanpa diduga, botol pecah di atas lantai. Haniha dan Janis saling memandang antara satu sama lain. Di saat botol itu jatuh, muncul satu kepulan asap hitam di hadapan mereka berdua dan terus lenyap tanpa diketahui apa bendanya itu.

     Akibat perasaan marah menyelebungi diri Haniha, satu lagi kuasa hitam telah terlepas dari istana bawah tanah. Dan sasaran utama dua kuasa hitam itu ialah Haniha, pewaris tunggal Feriana.

Dahliakediawan : New FaceWhere stories live. Discover now