Bab 10

96 2 0
                                    

Masih memandang wajah sesama sendiri, Haniha dan Janis berdiri kaku di hadapan meja bulat dan botol kaca yang terjatuh dari meja itu.

     "Hani...? Apa yang kita perlu buat sekarang?" Mata Haniha dipandang Janis dengan rasa ketakutan.

     "Aku... Aku pun tak tahu. Dan... apa yang aku tahu, ada asap hitam keluar dari botol kaca tu tadi."

     Kali ini, Janis mengenggam tangan Haniha dengan erat. Air matanya mula mengalir di saat melihat apa yang akan terjadi kepada Haniha seterusnya.

     "Janis? Kenapa menangis ni? Aku minta maaf. Aku tak sengaja jatuhkan botol tadi." Pujuk Haniha.

     "Bukan... bukan sebab botol. Tapi... tapi kau akan dalan bahaya nanti Haniha. Kau telah diburu oleh penjahat yang mahukan sesuatu dari kau." Jelas Janis yang hanya melihat sedikit sahaja apa yang akan terjadi kepada sahabatnya itu.

     "Apa maksud kau?"

     Janis masih mendiamkan diri, pada waktu tersebut Permaisuri Deliahulia masuk ke dalam bilik di mana mereka berdua berada. Permaisuri menghampiri Haniha dengan wajah yang kasihan. Pipi remaja perempuan itu diusapnya lembut.

     "Permaisuri...?" Sepatah keluar dari mulut Haniha.

     "Ya anakku? Ada apa?"

     "Saya tidak sengaja telah menjatuhkan botol kaca yang berada di atas meja tadi."

     Meja bulat ditunjuk olehnya dengan bergetar-getar. Wajah permaisuri tidak dipandang dek kerana takut dimarahi lagi. Tidak pun mungkin akan dibuang kerajaan.

     Apa yang hanya difikir oleh Haniha hanyalah cara untuk mengelakkan daripada keluar dari kerajaan ini. Dia masih mahu meneruskan niatnya di situ. Walaupun banyak halangan baginya, dia masih akan meneruskannya.

     "Apa?! Apa yang terjadi?" Soal Permaisuri Deliahulia dengan lembut.

     Walau segarang manapun Permaisuri Deliahulia ingin menyoal Haniha, baginda tahu Haniha akan membohonginya. Kali ini, permaisuri menyoal dengan rasa bersabar dan lembut.

     "Saya... saya tak sengaja jatuhkan botol kaca tu. Saya tahu saya tak dapat kawal kemarahan saya. Saya tahu... saya tolak Janis yang berdiri di sebelah meja bulat tu. Sampaikan... sampaikan botol kaca tu jatuh ke lantai. Saya... saya tak sengaja. Dan... ada... ada asap hitam keluar dari botol tu."

     Jelas Haniha yang masih tergagap-gagap ingin menjelaskan semua perkara yang terjadi dalam bilik itu.

     Wajah Permaisuri Deliahulia jelas kelihatan sangat kaget. Dadanya disentuh di kala denyutan jantungnya berdegup kencang. Pembantu istana yang berdiri di sebelahnya pantas mendapatkan permaisuri yang hendak pitam. Wajah permaisuri bertukar pucat. Bibirnya seperti hendak menyatakan sesuatu sebelum jatuh ke lantai. Semua pengawal dan pembantu istana berpusu-pusu menghampiri permaisuri yang sudah pengsan.

     Permaisuri Deliahulia dibawa ke biliknya oleh pengawal peribadinya, Kalil. Kali ini, Kalil yang berhadapan dengan Haniha dan memberitahu apa isi kandungan di dalam botol kaca yang pecah.

     "Maafkan saya... saya tahu saya bersalah. Bagaimana keadaan permaisuri, abang Kalil?"

      Wajah muda Kalil yang masih berusia 25 tahun dipandang Haniha. Dia tahu Kalil akan memarahinya. Dia hanya akur sahaja dengan apa yang mungkin akan berlaku. Dia rela dihukum asalkan niatnya untuk mencari ibu selesai. Asalkan dia dapat bertemu kembali dengan ibunya walaupun hanya sekejap. Sesaat... seminit... mahupun sejam.

     "Kau tahu apa yang kau dah lepaskan?" Soal sinis Kalil sambil tersenyum senget.

     Mata Kalil yang tajam memandang Haniha membuatkannya takut untuk bersuara. Kepala Haniha digeleng perlahan. Air matanya yang sudah lama disimpan akhirnya menitis satu demi satu. Rasa bersalahnya terhadap permaisuri tidak dapat dia lupakan. Walaupun baru dua tahun Kalil berkhidmat sebagai pengawal peribadi Permaisuri Deliahulia, tanggungjawabnya terhadap permaisuri lebih penting dari nyawanya sendiri.

     "Kau tak tahu benda apa yang tersembunyi dalam botol tu?"

     Kalil menyoal kembali dan terus menjelaskan segala perkara yang Haniha dan Janis belum tahu.

     "Kau datang di kerajaan ini sebagai pejuang untuk menghapuskan Polustoir dan waris Zwendy, bukannya menambahkan lagi beban terhadap permaisuri. SEBELUM INI, KAU DAH BAGI POLUTOIR UNTUK JEJAK KERAJAAN INI DAN SEKALIGUS NAK AMBIL KAU DARI KERAJAAN INI! KALI INI KAU DAH JATUHKAN BOTOL KACA YANG TERPERANGKAPNYA ZWENDY DI DALAM! Sekarang, kau nampak? Kau nampak apa yang terjadi? Kau lepaskan kuasa hitam yang akan menjatuhkan kerajaan ini dan menakluki segala kerajaan yang berada di dunia ini. Dan... KAU DAH BAGI KUASA PALING JAHAT JEJAK KAU! POLUSTOIR NAKKAN KAU HANIHA! Sekarang, nyawa kau sangat-sangat dalam bahaya. Aku tak tahu apa yang kau tengah fikir sekarang, tapi aku bagi peringatan dekat kau. Selagi kau berkeras nak cari ibu kau yang berada di tempat Polustoir, aku dan permaisuri tidak dapat nak tolong kau. Sebab kau sendiri yang hendak mencelakakan diri kau disebabkan kepentingan kau sendiri..."

     Tangisan Haniha semakin kuat di saat Kalil meninggikan suara terhadapnya.

     "Satu lagi... apa yang kau kata dekat permaisuri tadi, semuanya terbalik. Sebenarnya kau yang pentingkan diri, bukan permaisuri."

     Kalil menyambung kembali apa yang dikatakan olehnya sebelum pergi dari bilik bawah tanah meninggalkan Haniha dan Janis yang masih berdiri kaku.

     "Apa yang aku perlu buat Janis?"

     "Aku rasa, kau perlu lupakan hasrat untuk mencari ibu kau. Kau dengar sendiri apa yang abang Kalil katakan tadi? Kalau kau berkeras..."

     "Ya! Ya! Itu aku tahu. Tapi dengan apa yang aku buat sebelum ni dah membangkitkan kedua-dua kuasa jahat. Dan... Ya! Aku masih tetap dengan pendirian aku, aku akan mencari ibu aku. Tapi, aku akan membantu kerajaan dalam mencari jalan dalam menghapuskan Zwendy dan Polustoir. Aku yang perlu bertanggungjawab."

     Selepas Haniha berjanji ke atas dirinya bahawa dia kekall mencari Feriana, sekaligus mencari jalan untuk menghapuskan dua kuasa hitam yang jahil, lengan Janis dicapai dengan kasar dan mereka berdua keluar dari istana kerana tempoh untuk mereka dihukum telah dibatalkan.

     Sebagai seorang yang telah dilantik untuk dijadikan pejuang perlu bertanggungjawab dalam tugas yang sudah diberikan. Bermula dari hari ini, Haniha Feliasia bertekad untuk menembus segala kesalahannya dalam meloloskan kuasa jahat dengan mencari akal dalam memusnahkan kuasa tersebut daripada merampas takhta di Kerajaan Dahliakediawan.


Dahliakediawan : New FaceWhere stories live. Discover now