Bab 12

83 3 0
                                    

Pintu bilik diketuk seseorang dari luar. Kelihatan Janis basah kuyup di luar bilik Haniha sambil tersenyum kesejukan.

     "Janis? Apa kau buat ni? Kenapa boleh basah macam ni? Masuk. Masuk. Nanti kau demam pula sebab kesejukan."

     Haniha membawa Janis masuk ke dalam biliknya memandangkan teman biliknya sudah balik bercuti bersama keluarga.

     Selimut tebal dibawa Haniha dan diberikan kepada Janis. Baju pula, Haniha terpaksa balik ke bilik Janis untuk dipakaikan olehnya.

     "Janis, aku pergi bilik kau dulu. Nak ambil beg baju kau. Kalau kau nak pakai baju aku, aku tak tahu muat ke tak."

     Janis membalas dengan anggukan kepala. Dia masih mendiamkan diri. Sepatah perkataan pun belum keluar dari mulutnya.

     Sekembalinya Haniha ke biliknya, dia mendapati kelibat Janis yang duduk di atas katil hilang. Selimut yang diberinya pula dibuang di atas lantai.

     "Mana pula dia hilang ni. Dah lah hari sejuk. Dia pula basah. Nanti demam pula."

     Keluh Haniha sejurus sahaja dia mendapatkan beg pakaian Janis. Beg itu diletaknua di sebelah almari pakaian miliknya. Selimut yang terbuang diambilnya dan disidai di besi sebelah almarinya akibat sudah basah.

     Ketukan pintu telah mengejutkan Haniha yang termenung. Daun pintu dibuka perlahan dan terlihat Khalil sedang berdiri berhadapan dengannya.

     "Apa kau buat sini?"

     "Permaisuri nak jumpa kau. Aku diarah untuk pergi sini jemput kau."

     "Kenapa pula dia nak jumpa aku? Aku tak ada hal lah dengan dia."

     Haniha pantas menutup pintu, namun sempat ditahan Khalil. Pintu terus terbuka luas sejurus Khalil menolak pintu itu dengan kasar.

     "Jangan banyak cakap. Ada hal penting yang permaisuri perlu bagitahu."

     Lengan Haniha ditariknya dengan kasar. Sikap dingin dan kasarnya membuatkan Haniha akur dengan apa yang diarahnya.

     Setibanya dia di istana, genggaman tangan Khalil baru dilepaskan. Permaisuri pula tersenyum di saat bertemu Haniha.

     "Permaisuri? Kenapa nak jumpa saya? Kalau permaisuri masih nak halang saya cari ibu saya, minta maaf permaisuri... saya terpaksa cari. Dan berkaitan hal Zwendy dan Polustoir saya tetap akan mencari jalan untuk menghapuskan mereka."

     Haniha berharap penjelasannya jelas didengari Permaisuri Deliahulia. Sikap keras kepalanya membuatkan permaisuri mengeluh dan tersenyum sendiri.

     "Baiklah Haniha. Kalau kamu masih dengan pendirian kamu mahu mencari ibu kamu. Saya akan setuju. Tetapi dalam pencarian itu, kamu mungkin akan berhadapan dengan Polustoir. Saya tidak akan melepaskan kamu bersendirian. Saya akan tugaskan kamu berjuang dengan Khalil, Farisha, Trevad, Geisha, Danial, Lerri, Janis dan Scienty. Mereka akan menemani kamu."

     Semua mereka yang disebut nama berdiri bersebelahan Haniha. Farisha yang berada di sebelahnya pantas memegang lengan Haniha dan tersenyum gembira. Wajah dingin Haniha bertukar senyuman.

     "Betul ke ni permaisuri?" Soal Haniha hanya inginkan kepastian.

     "Ya. Asalkan kamu setuju dengan apa yang saya mahu. Kamu bukan pergi bersendirian, tetapi kamu ditemani oleh lapan pejuang yang lain."

     "Ya... saya setuju. Terima kasih permaisuri sebab tak menghalang saya dalam menghadapi Polustoir dan mencari ibu."

     Selesai sahaja perbincangan antara permaisuri dan sembilan pejuang mengenai langkah untuk memulakan perjuangan mereka dalam mencari Polustoir, Feriana dan Zwendy, sembilan pejuang itu kembali ke asrama dan rumah mereka untuk bersedia menyediakan barang-barang keperluan sebelum meneruskan perjalanan yang panjang.

     Sedang sibuk Haniha mengemas pintu biliknya diketuk dengan kuat beberapa kali. Dibukanya dengan pantas kerana risau mungkin ada kecemasan. Farisha dan Treva berdiri di hadapan pintu. Wajah cemas Farisha telah mengambarkan sesuatu telah berlaku dan mungkin akan memusnahkan kerajaan ini.

     "Farisha? Trevad? Kenapa? Apa yang terjadi? Kenapa semua pelajar berlari-lari bertempiaran keluar?"

     Haniha melihat semua pelajar yang masih menetap di asrama berlari keluar dari bilik mereka seperti ada sesuatu yang berlaku. Dan sesuatu ini adalah sesuatu yang tak terduga. Peperangan antara Kerajaan Dahliakediawan dan kerajaan Zwendy telah berlaku di luar. Semua pelajar menggunakan kelebihan mereka dalam menempuhi pertempuran bersama tentera Zwendy.

     Kelihatan seorang lelaki terapung di awangan bersama asap hitamnya. Sepertinya dia sedang mencari seseorang dalan pertempuran itu. Permaisuri Deliahulia masih berdiri di antara orang-orang yang berlawan. Tidak diduga, Zwendy melepaskan kepulan asap hitam bercahaya kearah Permaisuri Deliahulia yang masih berdiri dengan sendiri tanpa pengawasan pengawal.

     "PERMAISURI!" Jerit Haniha ke arah Permaisuri Deliahulia yang jatuh terbaring.

     Haniha sempat menyambut tubuh Permaisuri Deliahulia dengan bantuan Farisha dan Trevad bersamanya tadi. Kedengaran Zwendy ketawa kegirangan selepas mencederakan permaisuri. Suara ketawanya memecahkan seluruh Kerajaan Dahliakediawan.

     Dengan beraninya, Haniha menjerit ke arah Zwendy yang terapung. Rasa marahnya tidak dapat dikawal lagi. Dia marahkan dirinya dan dia marah dengan apa yang dilakukan oleh Zwendy. Dia memarahi dirinya kerana telah melepaskan kuasa jahat dan menyebabkan Permaisuri Deliahulia menanggung kesakitan ke atas dirinya.

     "HOI ZWENDY! KALAU KAU MAHUKAN KERAJAAN INI, KAU DATANG KE MARI! AKU YANG AKAN BERHADAPAN DENGAN KAU! BUKANNYA KAU MENCELAKAKAN ORANG YANG TIDAK BERSALAH!"

     Permaisuri Deliahulia dibawa ke tempat yang terlindung oleh Farisha dan Trevad. Zwendy yang mendengar cabaran Haniha pantas turun ke bawah menghadap Haniha.

     "Apa? Kau budak yang baru datang ke kerajaan ini kan? Muka baru... dan aku nak berterima kasih dekat kau sebab dah bebaskan aku dari botol kaca yang sempit tu. Dan sekarang aku boleh bebas mencelakakan orang dan ambil alih pemerintahan kerajaan ini." Jawab Zwendy sambil ketawa.

     Kali ini, rasa amarah Haniha tidak dapat dikawal lagi. Jawapan Zwendy yang seperti memandang renda terhadapnya telah mengeluarkan kelebihan Haniha yang sudah lama tersimpan dalam dirinya. Mata perang Haniha tiba-tiba bertukar merah membara. Tubuhnya yang normal tiba-tiba keluar api merah kuning yang membara. Rasa marahnya sudah sampai ke tahap maksima. Loket kristalnya dari warna putih bertukar ke warna merah.

     Kemarahannya telah mengejutkan seluruh pejuang terutamanya Zwendy. Ini kesalahan paling besar yang telah dilakukan oleh Zwendy kerana telah melepaskan satu kelebihan yang paling kuat, kelebihan yang tidak dapat diperolehi oleh sesiapa pun. Kelebihan yang Hania perolehi mampu mengalahkan kuasa hitam kepunyaan Zwendy.

     Letupan yang kuat oleh Haniha telah menghapuskan Zwendy dan mematikan semua tentera Zwendy. Zwendy yang mahu melarikan diri tidak kesampaian kerana dirinya sudah di tarik oleh kuasa yang berada di dalam loket kristal Haniha. Dia terperangkap di dalam loket itu dan tidak boleh dikeluarkan selama-lamanya.

     Selesai sahaja pertempuran berlaku, dengan tubuh yang lemah, Haniha terjatuh pengsan. Khalil sempat menangkap tubuhnya sebelum terjatuh ke atas rumput. Tubuhnya yang mengeluarkan api telah kembali pada asalnya. Semua pejuang mengelilingi Khalil dan Haniha dengan hairan.

     "Pyrokinesis? Ini ke kelebihan kau Haniha?" Itu sahaja yang mampu dikatakan oleh Khalil.



Dahliakediawan : New FaceWhere stories live. Discover now