Bab 19

71 3 0
                                    

Pagar kayu besar terbuka luas di hadapan mereka. Mulut Danial ternganga memandang sekujur tubuh wanita yang berkening garang memandang mereka.

     "Apa kamu semua buat di sini?"

     Soal wanita yang berbaju jubah hitam.

     "Kami ke mari mahu berjumpa dengan ketua suku kamu, Polustoir."

     Jawab Khalil dengan berani.

     Mata Khalil memandang tepat ke arah wanita itu. Wajah gerun lelaki yang tiba dengan kepulan asap hitam membuatkan Haniha bersembunyi di belakang Khalil. Tangan Khalil mengenggam erat tangan Haniha seperti tidak mahu melepaskannya.

     "Ibu aku ke tu?"

     Mata Haniha beralih memandang sekujur tubuh wanita yang lemah seperti meminta tolong ingin dilepaskan.

     Tanpa sedar, kesemua mereka dikaburi pandangan dengan asap hitam mengelilingi kawasan. Setiap seorang batuk tidak henti-henti kerana tiada ruang untuk bernafas kecuali Haniha yang mula melepaskan genggaman Khalil dan menuju ke arah wanita yang dipandangnya tadi.

     "Haniha! HANIHA! HANIHA FELIASIA!"

     Jeritan Khalil tidak guna lagi. Haniha semakin hilang dalam asap hitam.

     Ruangan yang terkumpulnya mereka dipecahkan dengan ketawa Polustoir yang tidak semena-mena. Tubuh Geisha menjadi semakin lemah akibat asap yang banyak. Dia perlukan air yang secukupnya untuk menyeimbangkan kuasa tumbuhannya itu. Darah keluar dari batuk Geisha membuatkan dia pengsan di atas riba Farisha. Danial juga tidak dapat membantu sesiapa memandangkan dia juga sangat lemah.

     "Trevad, Scienty kamu berdua tolong jaga mereka yang pengsan. Keluar dari tempat ini. Aku nak cari Haniha dan Janis."

     "Baik. Kau jaga diri kau baik-baik. Kau tahu Polustoir sangat berkuasa."

     Scienty sempat memberi pesanan terlebih dahulu sebelum mendukung Geisha yang sudah tersembam di atas lantai.

     POLUSTOIR! Kau tak akan terlepas dari aku. Selagi aku masih hidup di atas muka bumi ini, selagi itu aku akan jaga Haniha dari kau. Aku bersumpah di hadapan Permaisuri Deliahulia akan menjaga Haniha dan pulang ke Dahliakediawan dengan rupa yang elok tanpa cacat cela.

     "Kau dah terlepas dari kegelapan aku! Khalil Franklin Revis!"

     Nama Khalil disebut Polustoir dengan senyuman di wajah. Badannya masih tidak kelihatan. Terapung-apung di awangan memang itu yang sering dilakukan Polustoir. Menghilangkan diri dalam kepulan asap membuatkan Khalil semakin geram dengan perbuatan itu.

     "Kalau kau betul pemerintah yang berkuasa dalam seluruh kerajaan, kau munculkan diri kau! Jangan jadi pengecut dengan menghilangkan diri!"

     Masih dengan gelak ketawanya, Polustoir tidak teragak-agak melepaskan serangan asap hitam menuju tepat ke arah belakang Khalil.

     Tidak sempat Khalil mengelakkan serangan hendap dari belakang. Mulutnya mula mengeluarkan cecair merah disebabkan hentakan kuat.

     Dadanya sakit, kepalanya mula pusing, tetapi kerana sumpahnya Khalil terpaksa menyelamatkan Feriana, Janis dan terutama sekali Haniha.

     "Kau terlalu lemah untuk berlawan dengan aku. Kau anak seorang raja yang berada di bawah kaki aku. Dan sekarang kau tertunduk lemah di BAWAH KAKI AKU!"

     Jeritan Polustoir yang memecahkan setiap ruangan telah membangkitkan semangat Khalil untuk terus berlawan. Walaupun dia hanyalah seorang pemuda yang baru mengenali dunia, namun dia bukan seorang hamba yang lemah boleh dipijak dengan senang.

     "Baik. Aku akan turun dan berhadapan dengan kau sehingga kau mampu berdiri kembali menghadap aku dengan kedua belah kaki kau."

     Polustoir turun ke bawah dengan tenang. Dia mahu Khalil berlawan dengannya sehingga pemuda yang mencabarnya itu menemui ajal.

     "Kalau kau kalah, aku akan ambil Feriana dan Haniha untuk masuk ke dalam puak aku. Dan kau dengan permaisuri bodoh tu tak perlu cari mereka berdua lagi."

     Polustoir berani menyatakan janjinya di hadapan Khalil yang berusaha bangkit dari terus terduduk. Darah keluar dari mulut dan hidung diusap beberapa kali. Dan akhirnya dia mampu berdiri sambil menekan dadanya yang sakit.

     "Tapi, kalau kau kalah... Feriana, Haniha dan Janis akan aku bawa balik. Dan kau tiada hak lagi untuk merebut dan menggunakan kuasa kau mencelakakan setiap penduduk yang tidak bersalah.

     Polustoir mengangguk beberapa kali kerana dia sangat yakin bahawa Khalil akan mati dalam pertempuran ini.

     Sixth Sense Khalil kembali berfungsi di saat Polustoir hilang dari pandangannya kerana ingin menyerang hendap dari arah belakang. Permainan kotor Polsutoir bermula lagi.

     Namun, kali ini Khalil mampu menghalang dan membalasnya dengan tumbukan padu ke arah muka Polustoir.

     Polsutoir kelihatan sedang terganggu walaupun Khalil langsung tidak melakukan apa-apa serangan terhadapnya. Matanya tidak lagi tertumpu ke arah Khalil tetapi menuju ke arah rantai kristal Haniha yang bercahaya merah menyala.

     Haniha tersedar dari pengsan. Wajah Khalil yang memandangnya kelihatan samar-samar sahaja. Ini lah peluang Khalil untuk mendekati Haniha dan memusnahkan kristal yang menjadi rebutan Polustoir.

     Tubuh Haniha diangkatnha sedikit agar rantai kristal yang berada di leher anak gadis itu dapat digapai. Tanpa semena-mena Khalil cuba untuk menghancurkan kristal sebelum Feriana sempat menghentikan perbuatan Khalil.

     "JANGAN! JANGAN HANCURKAN KRISTAL ITU!"

     Jeritan Feriana menghentikan Khalil berbuat sedemikian.

Dahliakediawan : New FaceWhere stories live. Discover now