Bab 8

123 4 0
                                    

Haniha dan Janis tiba di hadapan rumah usang, berdindingkan kayu yang repuh dan atap rumahnya yang berbunyi kuat akibat dipukul angin.

     Janis seperti teragak-agak dengan niat Haniha mahu berjumpa dengan pemusnah kuasa hitam iaitu Cerry. Lain dari kawan barunya itu belum betul-betul lagi mengenali siapa Cerry dan tidak tahu apa akibatnya.

     Semua penduduk di Kerajaan Dahliakediawan mengenali Cerry sebagai seorang wanita mampu berhubung dengan kuasa hitam melalui jampi serapah yang dibacanya. Walaupun dia tidak mempunyai kelebihan seperti penduduk lain, tapi dia mampu mengalahkan setiap orang yang berniat mahu mencelakakan penduduk kerajaan ini.

     Pintu utama rumah milik Cerry terbuka dengan sendirinya. Tiada orang yang membukanya dari dalam mahupun di luar. Suasana yang cukup seram di sekitar rumah tersebut membuatkan Janis kecut perut untuk mengikut Haniha masuk ke dalam.

     Dengan berani Haniha masuk ke dalam sambil menarik lengan Janis untuk masuk bersama. Rumah Cerry kosong, seperti rumah terbiar tiada orang yang duduk di rumah ini. Namun, dengan niat mahukan kebenaran, Haniha tetap mahu mencari Cerry.

     Kedatangan Haniha dan Janis disambut dengan sekumpulan kelawar yang tiba-tiba muncul dari dalam rumah. Janis menekup mukanya dengan tangan, Haniha pula tidak mengendahkan kedatangan kelawar itu dek kerana tertarik dengan beberapa perkakas lama di rumah itu.

     "Janis, kau tak apa-apa? Jangan risau, kelawar dah pergi."

     Haniha risau akan keadaan Janis yang dari tadinya menekup wajahnua dengan tangan.

     "Kau betul ke nak masuk ke dalam lagi? Aku dah tak rasalah Cerry masih hidup. I don't think so."

     Dengan cara ini sahaja Janis mampu memujuk Haniha untuk kembali ke asrama mereka. Namun, Haniha tetap berdegil mahu berjumpa dengan seseorang yang mungkin akan wujud.

     Angin tiba-tiba bertiup dengan kencang tidak seperti tadi, daun berguguran, semakin kuat atap berbunyi membuatkan Janis semakin takut untuk masuk ke dalam lagi. Cahaya putih yang bersinar menyakitkan mata Haniha. Di sebalik sinaran yang muncul, wujudnya seorang wanita yang berusia. Bukan nenek tua, bukan juga wanita muda. Tapi, wanita yang umurnya dalam lingkungan 30-an.

     Terkebil-kebil mata Haniha memandang wanita yang tiba-tiba muncul di hadapan dia dan Janis. Wajah Haniha dipandang wanita itu tanpa berkelip mata. Tongkat hitam yang berukir muka harimau digenggam dengan erat. Kekagetan pada riak muka wanita itu kelihatan sekali.

     "Siapa kamu? Kenapa kamu ke mari?"

     Wanita yang tiba-tiba muncul itu menyoal keberadaan Haniha dan Janis di situ.

     "Saya Haniha dan ini Janis. Kami ke mari mahu berjumpa dengan Cerry, seseorang yang boleh berhubung dengan kuasa hitam."

     Wanita itu pantas memalingkan mukanya ke arah kiri. Dipandangnya kembali wajah Haniha dan kali ini suara ketawanya menyelubungi seluruh ruangan rumah Cerry. Tiada benda yang lawak membuatkan wanita itu ketawa. Haniha dan Janis hanya mampu memandang antara satu sama lain sahaja.

     "Kenapa dia ketawa? Apa yang lucu sangat dengan muka kau?" bisik Janis yang masih ketakutan dengan perlakuan wanita itu.

     "Entahlah Janis. Tiba-tiba muncul, tiba-tiba pula ketawa. Pelik aku tengok dia ni. Ini kan rumah Cerry, kenapa dia muncul pula."

     "Anak-anakku... Ini aku Cerry. Kenapa kamu mahu berjumpa denganku?"

     Wanita yang mengaku dirinya 'Cerry' bersuara lantang. Riak wajahnya bertukar serius, mata Haniha dipandang dan pandangannya beralih ke rantai yang dipakai oleh Haniha.

Dahliakediawan : New FaceWhere stories live. Discover now