Bab 15

76 2 0
                                    

Selepas beberapa jam perjalanan dari bandar ke Hutan Jerica, akhirnya sembilan pejuang dalam menjalankan misi pencarian Feriana dan Polustoir tiba di jalan hadapan hutan itu.

     "Baiklah, kita sekarang dah tiba di Hutan Jerica. Kita akan bermalam selama sehari di sini. Aku tahu dan aku dapat rasakan Polustoir pernah ke sini bersama Feriana." Jelas Khalil yang menggunakan deria sixth sense miliknya.

     Kesemua mereka meletakkan beg sandang ke bawah untuk berehat sebentar. Pokok besar di dalam hutan dijadikan sebagai penyandar di belakang badan. Ada yang terbaring dan meletakkan beg di kepala sebagai bantal. Dan ada yang makan sambil berbual akibat kelaparan.

     Haniha pula membaringkan kepalanya di atas paha Janis yang masih mendiamkan diri dari tadi. Wajahnya yang bersahaja dan termenung sendiri membuatkan Haniha hanya mampu terdiam sahaja.

    "Haniha! Datang ke sini. Kau sudah hampir dengan aku. Aku akan tunjuk diriku kepada kamu." Kedengaran suara garau seorang lelaki sedang memanggil Haniha dari kepulan asap yang bercahaya di hadapannya.

     Namun, Haniha langsung tidak berganjak dari tempat di mana Haniha berdiri. Wajah lelaki yang sedang memanggilnya dari seberang semakin pantas menghampirinya. Semakin dekat. Semakin dekat. Dan, hanya wajah yang hitam sahaja mendekatinya.

     "TIDAK!" Haniha menjerit dari tidurnya. Hari sudah semakin senja, semua pejuang yang mendirikan khemah memandangnya dengan hairan.

     Farisha yang memandangnya dari tadi terus menghampiri Haniha yang masih terkebil-kebil memandang kawasan sekeliling. Paha Janis yang dijadikan bantal olehnya tidak lagi kelihatan. Dilihat hanyalah dia berbantalkan lantai yang lebih dengan daun yang berguguran.

     "Hani? Kau okay?" Soal Farisha yang risau dengan keadaan Haniha.

     "Aku... aku mimpi benda yang sama. Dia kata kita dah semakin hampir dengan dia. Dia panggil aku Farisha. Dia dekat dengan aku." Jelas Haniha dengan tergesa-gesa.

     Danial yang berada di kawasan perkhemahan, pantas menuju ke arah Haniha yang masih duduk di depan pokok besar. Lengan Haniha terus dicapainya.

     "Kau luka dekat lengan ni. Kalau nak tidur, jangan tidur sebarangan. Masuk khemah. Kalau tidur macam ni, kita tak tahu apa yang ada di lantai ni."

      Lengan Haniha dipegang lembut sambil dia memberi penjelasan. Selesai dia mengubati luka di lengan Haniha, dia kembali ke khemahnya semula.

      "Dia, Danial. Dia boleh mengubati orang." Farisha pantas memberitahu siapa lelaki tersebut sebelum Haniha menyoal.

     "Dahlah, bangun masuk khemah. Betul apa kata Danial. Jangan tidur sini. Baik tidur dalam khemah." Farisha bangkit dari duduk bersama Haniha.

     "Janis mana? Aku baring dekat paha dia tadi?"

     "Janis dah dalam khemah, dari tadi tak bercakap."

     Farisha menjelaskan soalan Haniha. Khemah yang berwarna hijau dihampirinya dan dimasuknya beg sandangnya ke dalam khemah.

     Hari semakin malam, Janis masih belum sedarkan diri. Makan malam mereka sudah disediakan. Scienty, Lerri dan Khalil rancak berbual sambil menjamah makanan yang tersedia. Haniha pula masih risaukan Janis yang belum sedar. Dia risau Janis kelaparan.

     Pada waktu itu juga, loket kristalnya tiba-tiba mengeluarkan cahaya merah. Sama seperti semasa dia bermimpikan Polustoir. Tiba-tiba kawasan dalam khemah menjadi gelap. Satu benda pun tidak kelihatan. Dalam kegelapan itu juga, wajah Janis yang sedang tidur dengan tiba-tiba bertukar ngeri. Kepulan asap hitam menyelebungi Haniha dan makhluk ngeri.

     "TOLONG! ARGG!!! TOLONG!" Jeritan Haniha dari dalam khemah membuatkan semua yang berada di luar terkejut dan terus membuka khemah yang terkunci.

     "Hoi! Apa yang terjerit lagi ni?" Scienty membuka zip khemah dan terus begang dengan Haniha dari tadi buat angkara.

     Tanpa teragak-agak, Haniha terus memeluk Scienty dengan ketakutan. Wajah Janis yang masih memandangnya terus dilihat. Dengan erat bersama tangisan tubuh Scienty dipeluk. Namun, Scienty hanya membiarkan sahaja dan dibawanya keluar dari khemah.

     Di saat Scienty meletakkan Haniha duduk di atas pokok yang tumbang, Haniha melepaskan lengannya dari terus memeluk tubuh sasa Scienty dan kembali termenung dengan tangisan.

    "Kau kenapa terjerit-jerit dari dalam?" Soal Khalil yang risaukan keadaan Haniha.

     "Aku... aku nampak Janis bertukar jadi makhluk pelik. Masa tu juga, loket kristal aku keluarkan cahaya merah. Dan.... dan..."

     "Dah. Dah. Jangan cerita. Tak perlu nak jelaskan. Aku dah sediakan makanan untuk kau. Aku rasa kau lapar tu tengok benda tak betul."

     Khalil menyerahkan pinggan yang berisi makanan kepada Haniha yang masih memeluk tubuhnya dengan erat. Bahu Scienty ditepuk Khalil dari belakang agar membiarkan Haniha dan Farisha bersendirian. Pinggan yang dihulurkan tadi disambut Farisha sambil duduk di sebelah Haniha.

     "Kenapa dengan budak baru tu? Dia memang selalu diganggu ke?" Scienty kembali duduk di atas kayu besar sambil menyoal Khalil mengenai Haniha yang lebih mengenalinya.

     Khalil hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Pinggan plastik yang kosong dibuangnya ke dalam beg plastik yang diletakkan disebelah pondok usang kecil.

     "Haniha, kau makan dulu. Nanti kau rehat duduk depan unggun api. Mungkin kau terlalu berfikirkan ibu kau."

     Haniha mengangguk dan disuap perlahan oleh Farisha ke dalam mulutnya. Lerri yang duduk membaca buku bersendirian di pondok usang memandang Haniha begitu lama membuatkan dia tergelak kecil.

     "Macam-macam hal budak baru tu." Itu sahaja yang keluar dari mulutnya dan matanya terus tertumpu pada buku bacaannya.


Dahliakediawan : New FaceWhere stories live. Discover now