Bab 5

130 6 0
                                    

Pintu bilik Haniha diketuk seseorang dari luar. Haniha bangkit dari katilnya dan membuka daun pintu dengan lambat. Sejurus sahaja pintu dibuka, Farisha berdiri dihadapan Haniha dengan senyuman.
         
     Farisha? Apa dia buat dekat sini
         
     Bisik Haniha sendiri.
         
     "Aku nak ceritakan mengenai ayah dan ibu kau. Kan aku dah janji nak cerita tadi." 
         
     Farisha menjelaskan kedatangannya di bilik Haniha dengan senyuman.
         
     Mendengar penjelasan Farisha, Haniha pantas mengalihkan pandangannya daripada Farisha. Dia tidak mahu Farisha secara terus menerus membaca fikirannya.
         
     "Jangan risau, aku takkan baca fikiran kau."
         
     "Masuklah, roomate aku keluar sekejap tadi."
         
     "Kau nak aku mula dari mana?" 
         
     Soal Farisha yang tidak tahu mahu memulakan sesi penceritaannya dari mana dahulu.
         
     "Dari mula." Jawab Haniha pendek.
         
     "Tapi, apa yang aku ceritakan ini tak semestinya betul seratus peratus. Aku dengar dari penduduk di sini."
         
     Haniha mengangguk faham. Dia juga tidak mahu mempercayai penduduk di situ secara bulat-bulat.
         
     "Okay, dulu Kerajaan Dahliakediawan sukar untuk dimasuki oleh kuasa jahat, walau sekuat mana pun kuasa jahat itu mahu memusnahkan kerajaan ini. Pemerintahan Permaisuri Deliahulia sangat berkuasa berbanding pemerintahan Dewa Zwendy. Dewa Zwendy ni pula merupakan saudara kepada Permaisuri Deliahulia. Sebelumnya, Deliahulia dan Zwendy menggunakan keupayaan atau kuasa mereka ke arah yang baik. Tidak mahu mencelakakan orang lain, malah menolong penduduk yang tertindas. Dan sewaktu itu, Dewa Hisny memerintah kerajaan ini iaitu ayah kepada Deliahulia dan Zwendy. Namun, setiap kebaikan tak mungkin akan kekal lama jikalau ada sikap tamak dan dengki dalam diri..."

          Imbas kembali...
         
     Semasa pemerintahan Dewa Hisny, majlis pertabalan pemerintah baru akan dilanjutkan pada waktu malam di mana kejadian yang tidak diduga akan berlaku. Di mana kesetiaan dan semangat dalam mempertahankan keluarga hancur disebabkan sikap sendiri.
         
     "DEWA! INI TIDAK ADIL! SAYA ABANG PALING SULUNG! TAPI?! KENAPA DELIAHULIA YANG DITABALKAN SEBAGAI PEMERINTAH? DAN KENAPA DIA YANG MENGGANTIKAN DEWA?!" 
           
     Jerit Zwendy yang tidak puas hati dengan pemilihan itu.
           
     "ZWENDY! Jangan kau menderhaka di depan aku. Aku memilih Deliahulia kerana aku tahu persis macam mana Deliahulia. Dan aku tahu kamu bukannya mahu betul-betul menolong penduduk di sini tapi kamu mahukan kerajaan ini sahaja." 
         
     Balas Dewa Hisny dengan rupanya yang semakin uzur.
         
    "Zwendy, kau terimalah hakikat bahawa aku sudah dipilih oleh Kerajaan Dahliakediawan untuk memerintah dan melindungi kerajaan ini. Janganlah kau bersikap kasar terhadap Dewa, abangku." Pujuk rayu Deliahulia.
         
      "Huh! Abang? Mulai dari sekarang, hubungan kekeluargaan kita terputus. AKU BUKAN LAGI DARI KERAJAAN DAHLIAKEDIAWAN! AKU KELUAR DARI KERAJAAN BODOH INI! Dan kau Deliahulia, aku akan hancurkan kerajaan kau seperti mana kau menghancurkan impianku selama ini."
         
     Tanpa pengetahuan Dewa Hisny dan Deliahulia, rupa-rupanya dari dulu lagi Zwendy mahu memerintah Kerajaan Dahliakediawan. Zwendy sudah lama mengumpul pengikutnya yang taat menggunakan kuasa mereka ke arah kejahatan.
         
     Selepas 10 tahun Permaisuri Deliahulia memerintah kerajaan ini, pemerintahan Dewa Zwendy tiba-tiba kembali menganggu ketenteraman Kerajaan Dahliakediawan.
         
     Sekujur tubuh Dewa Zwendy muncul dari kepulan asap hitam di depan Permaisuri Deliahulia.
         
     "Zwendy?" 
         
     Terkejut Permaisuri Deliahulia di saat kedatangan pemerintah yang mencuba untuk menjatuhkannya.
         
     "Ya adikku... abangmu sudah kembali..." 
         
     Jawabnya sambil menghampiri Permaisuri Deliahulia dengan senyuman.
         
     "Tidak! Aku tak pernah ada abang sekejam kau. Aku tak ada abang. ABANG AKU SUDAH LAMA MATI!" 
         
     Jerit Permaisuri Deliahulia ke arah Dewa Zwendy.
         
     "Eh... dari tadi kau cerita pasal Permaisuri Deliahulia dengan Dewa Zwendy? Mananya pasal ibu dan ayah aku?" 
         
     Haniha memotong cerita Farisha di pertengahan jalan.
         
     Farisha hanya mengeluh dengan Haniha yang tidak sabar menunggu.
         
     "Sabarlah, aku mulakan cerita Permaisuri dengan abang dia sebab kisah ibu dan ayah kau ada kaitan dengan mereka." Jelas Farisha.
         
     "Okay, teruskan..."
         
     Dan Farisha meneruskan kisahnya tadi.

Dahliakediawan : New FaceWhere stories live. Discover now