Bab 4

136 8 0
                                    

Seperti biasa, selepas tiga hari Haniha berada di sekolah ini, Haniha duduk bersendirian di tempat duduknya. Sebelah tingkap yang terbuka luas. Kedengaran bunyi burung menyanyi riang di luar, udara yang bersih dan segar serta cahaya matahari yang cerah seperti tidak wujudnya hujan di bumi.

     "Tengah tengok apa?" 

     Seorang remaja  lelaki menghampirinya dengan menanyakan soalan.

     Haniha hanya mendiamkan diri sambil menyumbat earphone miliknya ke telinga. Dia berasa malu hendak bercakap dengan remaja itu. Lebih-lebih lagi lelaki itu baru dijumpainya hari itu. Dia juga risau jika dia tersalah memilih orang untuk dijadikan seorang kawan. Bagi saat ini, dia tidak boleh mempercayai orang seratus peratus.

     "Heh... kenapa nak tutup telinga dengan lagu gila tu?" 

       Perli remaja lelaki itu tanpa memperkenalkan dirinya dulu. Earphone Haniha ditarik kasar olehnya membuatkan Haniha berasa tidak selesa dengan perlakuannya itu.

     Meja dihentak kuat oleh Haniha dengan perasaan yang geram. Mata remaja lelaki  itu dipandang dengan tajam. Namun, di saat Haniha memandang remaja itu, rasa geramnya langsung tidak ada.

     Siapa lelaki ni? Kenapa rasa marah aku hilang tiba-tiba

     Haniha mula hairan dengan keupayaan lelaki itu.

     Remaja lelaki itu hanya memandangnya dengan senyuman. Rambutnya yang panjang dan mengerbang membuatkan Haniha semakin risau untuk bercakap dengannya. Matanya tajam memandang tepat ke arah Haniha.

     "Kau siapa?" 

     Itu sahaja yang keluar dari mulut Haniha. Namun, lelaki itu tidak bercakap sepatah perkataan malah hanya memberi senyuman.

     "Trevad! Apa kau buat dekat dia? Kau tahu dia pelajar baru di sekolah ini. Aku tahu niat kau nak buli dia." 

     Jerit seorang perempuan ke arah lelaki yang bernama 'Trevad'.

     Pandangan Haniha terus beralih ke arah tingkap yang berada di sebelahnya. Dia menjadi semakin hairan dengan apa yang berlaku pada dirinya tadi.

     Remaja perempuan yang menegur lelaki yang bernama 'Trevad' itu tadi terus menghampiri Haniha dengan perlahan. Tanggannya dihulur untuk di sambut oleh Haniha.

     "Aku Farisha. I can really read your mind. By the way, dia Trevad. He can manipulate your emotion. Sebab tu kau hairan kenapa emosi kau tiba-tiba berubahkan?" 

      Farisha ketawa kecil memandang wajah Haniha yang bertambah hairan.

     "What do you mean you can read my mind?" Soal Haniha.

     "Aku ada keupayaan dalam membaca fikiran orang lain melalui pandangan mata dan sentuhan. What about you? Kau siapa pula? Dan kenapa pindah ke sekolah ni?" 

     Farisha menyoalnya kembali dengan pandangan yang pelik.

     Haniha pula mengelakkan matanya daripada terus memandang Farisha. Dia risau Farisha membaca isi hatinya.

     "Jangan risau, sekarang aku tak boleh nak baca minda kau sebab aku tak pandang pun kau. Sentuh pun tak. Kau boleh bagitahu identiti kau. Don't be shy. You can tell me about you. Just, feel free to introduce yourself.

     Pujuk Farisha memandangkan Haniha hanya mendiamkan diri.

     Disebabkan Haniha terlalu malu untuk membuka mulut, dia pantas memandang tepat ke arah mata Farisha. Dia memperkenalkan diri melalui keupayaan yang Farisha ada.

Dahliakediawan : New FaceWhere stories live. Discover now