Bab 6

118 6 0
                                    

Loceng sekolah beralun menandakan masuk waktu rehat. Haniha berjalan sendiri menuju ke kantin sekolah. Makanan tengah hari diberi satu persatu oleh mak cik kantin yang sudah lelah payah menyediakannya.

     Selesai mengambil makanan, Haniha menghampiri tempat duduk Janis kerana Janis sahaja kawan sekelasnya yang dia kenali di situ.

     "Hai Janis?" Sapa Haniha.

     Namun, sapaan Haniha disabut dengan jeritan oleh Janis. Dengan wajah yang ketakutan, Janis mengangkat pinggan mangkuknya dan menjauhkan diri daripada Haniha.

     Kenapa dengan Janis? Kenapa setiap kali aku nak dekat dengan dia, dia perangai macam tu sekali

     Pelik Haniha memandang perlakuan Janis sebentar tadi.

     Makanan yang berada dihadapannya dijamah dengan seleranya. Selesai sahaja Haniha menikmati hidangan tengah harinya itu, dengan langkah yang pantas dia menuju ke tandas untuk membuang air kecil. Tanpa sengaja, lengannya terlanggar seseorang. Di saat genting ini juga dia terpaksa berlanggar dengan pelajar di situ. Dengan pantas, dia meminta maaf dan berlalu pergi.

     "Sorry."

     "Tak apa. Kau..." 

     Belum sempat remaja perempuan tersebut menjawab maafnya, Haniha tiada di hadapannya.

     "Tak apalah, dia macam ada benda nak buat. Emergency nampaknya." 

     Remaja perempuan itu bercakap seorang diri selepas melihat Haniha tergesa-gesa pergi ke tandas.

     "Geisha! Sinilah!" 

     Kedengaran Farisha seperti memanggil seseorang. Dan pelajar yang dipanggilnya itu remaja perempuan yang tidak sengaja terlanggar Haniha sebentar tadi.

     "Sorry, Farisha. Aku terlanggar seseorang tadi sebab tu lambat datang." 

     Geisha meminta maaf atas kelewatannya itu dengan nada suara yang lembut dan sopan. Sangat berbeza dengan Farisha yang kasar.

     "Mana orang yang langgar kau tadi?" 

     Kepala Farisha diangkat sedikit ke sebelah kanan sambil memandang koridor yang sibuk dengan pelbagai pelajar.

     "Tak apalah, lagipun dia macam ada emergency nak dibuat. Tak perlulah cari dia. Terlanggar je pun." Pujuk Geisha.

     Farisha hanya akur dengan pujukan Geisha. Suaranya yang ayu membuatkan Farisha rasa lemah dengannya. Gayanya yang lemah lembut juga membuatkan banyak lelaki di sekolah itu tertawan.

     Selesai sahaja sesi persekolahan, seperti biasa Haniha kembali ke asramanya dan memikirkan rancangannya untuk mencari di mana keberadaan ibunya.

     "Bila ummi ceritakan masa tu, ibu tiba-tiba hilang di tempat pokok besar tempat dia selalu petik bunga segar. Farisha pun bagitahu perkara yang sama macam mana ummi ceritakan." 
         
     Haniha memikirkan kembali dan mengumpul segala cerita yag diketahui olehnya.
         
     Tapi... pokok besar tu nak cari dekat mana? 
         
     Difikirnya beberapa kali di mana dia mahu mencari pokok yang besar itu. 
         
     Demi mencari maklumat secara kebenaran, dia keluar ke pekan untuk bergaul dengan orang kampung Kerajaan Dahliakediawan. Haniha berharap maklumat yang akan didapatinya daripada penduduk di pekan mampu membantunya mencari di mana keberadaan ibunya.
         
     T-shirt merah jambu dipakainya bersama seluar jeans putih. Kot yang tergatung di hadapan pintu dicapai dan dipakai memandangkan suhu di pekan dikatakan sangat rendah dari biasa.
         
     Haniha berjalan kaki menuju ke pekan secara bersendirian. Dia tidak mahu menyusahkan Farisha dan Trevad untuk menemaninya ke pekan. Memandangkan projek kelas Farisha belum sempurna, dia perlu menghabiskan projeknya tepat pada waktunya iaitu esok. Teman sebiliknya pula dari selepas kembali dari sekolah lagi sudah tiada dalam bilik. Terlalu sibuk bergembira bersama rakannya.
         
     "Aku nak mula dari mana?" 
         
     Soalnya sendiri selepas tiba di hadapan jalan masuk ke pekan Kerajaan Dahliakediawan. Kelihatan pasar di pekan begitu meriah dengan jual beli antara penduduk.
         
     Haniha juga mahu membeli barang keperluannya memandangkan sudah tiba di pekan itu. Harta yang banyak peninggalan ayah dan ibunya di bank Kerajaan Dahliakediawan mampu menampung kehidupannya sendiri. Dia menggunakan wang itu dengan berhemah.
         
     Pelbagai barang kegunaan harian di jual di pasar pekan. Para penjual yang mudah mesra dengan pembeli membuatkan Haniha berani menyoal soalan mengenai ibu dan ayahnya.
         
     "Mak cik ada dengar desas-desus mengenai kehilangan Feriana?"  
         
     Haniha menyoal mak cik yang memandangnya sambil memilih bungkusan kerepek kentang yang mempunyai banyak perisa.
         
     "Mak cik ada dengar juga mengenai kehilangan Feriana ni. Apa yang mak cik dengar, Feriana ni hilang sebab dia diculik oleh kuasa jahat. Kuasa yang mengelapkan kerajaan ni." 
         
     Jelas mak cik tersebut sambil berbisik ke telinganya.
         
     "Siapa yang menculik tu mak cik? Bukan Dewa Zwendy dah ditangkap?" 
         
     Semakin aneh Haniha di saat mak cik kerepek itu menjawab. Setahunya Dewa Zwendy sudah terkurung dan hanya dia yang mahukan kuasa ibunya.
         
     "Dari mana cik tahu mengenai Dewa Zwendy?"
         
     "Saya dengar pelajar lain cerita."
         
     Mak cik itu mengangguk mengerti, dia terus menjawab soalan yang diajukan oleh Haniha sebentar tadi.
         
     "Sebenarnya, bukan Dewa Zwendy yang berkuasa sepenuhnya terhadap kuasa kegelapan, tapi Polustoir yang berkuasa sepenuhnya, kuasa yang sukar untuk dihapuskan."
         
     "Polustoir? Mak cik, saya beli dua perisa ni." 
         
     Haniha menyerahkan wang kepada mak cik kerepek dengan berbalas kerepek yang telah dibelinya.
         
     Semakin Haniha cuba mengingati siapa Polustoir, semakin kusut pemikirannya. Setahunya, Farisha belum pernah menceritakan mengenai kewujudan Polustoir.
         
     Selesai membeli barang di pekan, dia bergegas kembali ke asrama memandangkan hari sudah senja. Jika dia kembali ke asrama pada waktu malam, mungkin wardan akan mencurigai sesuatu. Haniha tidak mahu sesiapa pun tahu akan niatnya untuk kembali ke kerajaan ini, walaupun kawan. Jika seseorang tahu akan niatnya, mungkin keberadaannya di situ akan tergugat.
         
     Perpustakaan Eorldion tertulis di bahagian papan bangunan kecil. Haniha masuk ke dalam perpustakaan itu untuk mencari sejarah mengenai kerajaan di mana kebenaran perlu dicari.
         
     Satu persatu buku tebal yang menceritakan sejarah kerajaan itu dibacanya. Namun, langsung tiada mengenai Polustoir yang mempunyai kuasa hitam yang amat kuat.
         
     Siapa Polustoir ni? Kenapa ibu yang menjadi sasaran kuasa hitam ni
         
     Masih dengan wajah yang hairan Haniha yakin dia mampu mencari siapa Polustoir.

     Dengan tekun Haniha mencari setiap maklumat mengenai Polustoir, dia dikejutkan dengan kedatangan sepasang kekasih yang sentiasa bersama.

     Adui, kenapa lah dua orang manusia ni datang. Saat-saat ni lah korang nak ganggu aku. 

     Keluh Haniha dengan resah. Buku yang bertimbun di depannya pantas dikemas.

     "Hani... kau buat apa dekat sini?" 

     Soal Farisha yang baru tiba di tempat duduk Haniha.

     "Aku... aku tengah baca buku lah kan? Takkan nak cuci baju dekat sini kan?" 

     Haniha menjawab dengan gagap seperti menyembunyikan sesuatu.

     "Okay..." Farisha yang semakin curiga dengan perlakuan Haniha.

     Akibat terlalu ingin tahu apa yang dirahsiakan oleh Haniha, tangan gadis yang resah itu terus dicapai Farisha dengan pantas tanpa berdolak-dalih lagi.

     "Apa? Macam mana kau tahu mengenai Polustoir?" 

     Farisha menyoal dengan serius dan masih belum sedar dari membaca fikiran Haniha, matanya terbeliak memandang wajah Haniha yang ketakutan.

     Kali ini Haniha tidak boleh menyimpan apa-apa rahsia lagi terhadap Farisha. Dia menceritakan semua dari mana dia mendapat tahu ibunya diculik oleh Polustoir.

     Setahu Farisha, penduduk di Kerajaan Dahliakediawan tidak patut menyebut mahupun memikirkan mengenai Polustoir kerana Polustoir boleh merasai sesiapa sahaja yang bercakap mengenainya. Oleh sebab itu, Farisha tidak mahu Haniha mengetahui mengenai Polustoir. Farisha tahu jika Haniha tahu mengenai ibunya itu, dia akan sedaya upaya untuk mencari kebenaran itu.

Dahliakediawan : New FaceWhere stories live. Discover now