Bab 195-Terkapar Dipangkal Pokok

2.8K 34 0
                                    

"SUBHANALLAH, Allah hu akbar." Itu yang terkeluar dari kelopak bibir Datuk. Dia yakin benar, pandangannya memang tidak salah lagi. Pengusung jenazah itu bergerak serta terangkat separas pinggangnya. "Ini semua permainan syaitan," rungut datuk sambil meludah sebelah kiri. Dan dia terus mempersetankan tentang pengusung jenazah tersebut. Perjalanan diteruskan, setiap lima atau enam minit, datuk akan menoleh ke belakang, ternyata pengusung jenazah itu masih mengekorinya. Datuk mengambil keputusan nekad, tidak mahu menoleh ke belakang lagi dan dia sanggup menerima sebarang risiko dari tindakkannya itu. Bila sampai di gigi jalan besar yang keadaannya tidak sesamar keadaan di kawasan perkubu'ran,

barulah datuk menoleh ke belakang untuk mempastikan apakah pengusung jenazah itu masih mengekorinya. Sungguh mengejutkan, pengusung jenazah misteri itu ghaib entah ke mana. "Ke manapula menghilangnya?" Hati kecil datuk bergolak. Dahinya berkerut. "Lupakan saja, banyak perkara lain yang mesti aku fikirkan," datuk membuat keputusan nekad. Dan di tepi jalan itu juga, tugas Pak Imam sebagai kepala jalan segera berakhir.

Anak buah ketuakampung berpecah dari barisan membawa haluan dan matlamat masingmasing. Ada yang terus pulang ke rumah, ada pula yang menuju ke kedai. "Kalau begitu, kami minta diri, pulang dulu. Lagi pun hari dah dekat maghrib," serentak Pak Imam dan ketua kampung bersuara. "Silakan," jawab Haji Basilam. Mereka pun segera beredar. Tinggallah datuk, Haji Basilam dan Syam di situ dengan wajah yang nampak agak resah. "Macamana dengan kamu Syam? Nak balik ke rumah atau nak ikut kami," datuk mengajukan pertanyaan kepada Syam yang tercegat ditepi jalan, mendonggakkan muka ke langit melihat gumpulan awan yang bergerak ke arah barat daya. Tiada jawapan yang diluahkan oleh Syam. Dia nampak resah semacam. Tindakannya itu kurang disenangi oleh Haji Basilam. Kalau dia memberi jawapansegera, ertinya Haji Basilam tidak perlu berada lama di sini. Boleh pulang terus ke rumah. "Macammana Syam, beri keputusan cepat, kami tak boleh lama-lama disini," Haji Basilam terus mendesak. Syam masih macam tadi, masih membisu dan merenung awan di dada langit. Mungkin kerana waktu maghrib sudah hampir atau tidak mahu melayani kerenah Syam, Haji Basilam dan datuk mengambil keputusan yang mengejutkan. Mereka terus meninggalkan Syam sendirian disitu. "Budak tu memang pelik," kata Haji Basilam. "Biarkan dia," sahut datuk sambil mempercepatkan langkah.

BAWAH

SEMASA datuk dan Haji Basilam melintasi bawah pokok besar, mereka terdengar suara jeritan dari Syam. Langkah terpaksa diberhentikan dan serentak mereka menoleh ke belakang. Datuk danHaji Basilam mengalami kejutan besar. Sambil menjerit Syam menerkam ke arah mereka, ditangan kanannya terhunus sebilah keris berluk tujuh. "Dari mana dia dapat keris tu?" Dalam keadaan yang kelam-kabut itu, Haji Basilam masih sempat mengajukan pertanyaan. "Itu tak penting, apa yang penting selamatkan diri kamu," balas datuk sambil mencari tempat yang difikirkan selamat untuk berlindung. Syam yang bagaikan dirasuk hantu terus menerpa ke arah datuk dan Haji Basilam. Dengan tangkas datuk melompat ke kanan, Haji Basilam melompat ke kiri. Syam terlajak ke depan dan kaki kirinya tersepakkan akar pokok besar yang berselirat di muka bumi. Akibatnya, Syam tersungkur ditanah tetapi, secepat kilat dia bangun. Berdiri tegak dengan sepasang anak mata liar merenung kirikanan. Keris berluk tujuh tergenggam erat dalam tangannya. "Kamu, jeritnya dengan wajah geram. Sepasang biji mata yang kemerah-merahan tertumbuk ke wajah datuk. Memang tidak salah dugaan Haji Basilam, Syam menjadikan datuk sebagai sasaran utamanya. Serangan yang bertalu-talu, memaksa datuk mengelak dan berlindung di balik pokok besar.

Seboleh-bolehnya, datuk tidak mahu bertindak balas, kecuali kalau sudah terdesak. Datuk juga tidak mahu Haji Basilam turun tangan dalam pertarungan ini. "Haji.,, "Kenapa?" "Jaga diri kamu, perhatikan gerak-gerinya kalau-kalau dia menyerang kamu," dalam keadaan yang kelam-kabut itu datuk masih mengingatkan kawan karibnya. "Jangan campur dalam urusan ni, biar aku selesaikan sendiri," tambah datuk sambil merendahkan tubuhnya separas tunggul (yang tingginya kira-kira tiga kaki) bagi mengelakkan serangan Syam yang dibuat secara terkaman terbang bersama dengan tendangan kencang serta tikaman bertubi-tubi. Taktik yang dilakukan oleh datuk berhasil, tendangan yang dilepaskan oleh Syam terkena batang pokok renek. Haji Basilam mengkerutkan dahi kehairanan, walaupun sudah berkali-kali jatuh dan menendang tunggul dan pepokok renek, Syam tidak kelihatan letih, tubuhnya tidak calar-balar. Cuma seluar dan bajunya saja yang koyak rabak. "Hati-hati haji," untuk sekian kalinya datuk mengingatkan Haji Basilam. "Iya, aku faham," jawab Haji Basilam sambil berusaha menjauhkan eliri dari Syam, terutama ketika Syam melakukan serangan atau terjatuh.

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Jilid 15 )(COMPLETE)Where stories live. Discover now