Bab 198-Terkapar Dihalaman Rumah

2.5K 28 0
                                    

SYAM tersentak. Dari gerak gerinya saya menduga. Syam memang tidak senang dengan katakata datuk itu. Tidak hairanlah, bila dia mempamerkan reaksi dengan menjeling tajam ke arah saya dan datuk. Sesungguhnya, saya kurang senang dengan reaksi yang diperlihatkan oleh Syam itu. "Apa sebab saya tak boleh balik?" Soal Syam garang. Demi untuk keselamatan kamu." "Iya," angguk datuk. Syam gigit bibir dengan sepasang mata tertumpu ke wajah datuk, penuh dengan tanda tanya dan persoalan yang tidak terpecahkan.

DEDAUN

ANGIN yang bertiup berguguran dedaun tua, melayang-layang di udara sebelum tersadai di bumi. Peluh yang meruap di pangkal kening dan dahi segera saya kesat dengan telapak tangan. Syam yang duduk di tanah segera melunjurkan sepasang kakinya. Dan saya larikan perhatian dari batang tubuh Syam kepada tanah milik arwah isterinya. Saya terkejut, pemukaan tanah sudah tidak merekah lagi, tidak bergelombang, tidak ada barisan ulat-ulat pemakan bangkai dan anai-anai beralun. Semuanya seperti biasa. "Ulat dan anai-anai semuanya sudah masuk ke dalam rumah," demikian datuk membuat kesimpulan. Ertinya semua milik saya akan hilang, pakcik." "Tak beraninak cakap, kita berusaha dan berdoa, selebihnya kita serahkan kepada Allah. "Kamu , datuk meneruskan kata-kata. "Mesti apa Pakcik?" Sanggah Syam. "Ikut kami ke rumah, cuma dengan cara itu saja kamu selamat." "Sebabnya Pakcik?" "Jangan tanya sebabnya, kalau kamu sayangkan nyawa sayangkan harta benda arwah isteri kamu, ikut cakapku." Datuk memperlihatkan sikap tegasnya, mukanya mula kemerah-merahan.

"Eehhhhh...., Syam tergagap". "Aku mahu keputusan dari kamu. Mahu atau tidak, itu saja yang aku mahu," atuk minta kepastian. Tidak ada jawapan pasti dari Syam. Dia memperlihatkan protes dengan menumbuk bumi sebanyak dua kali berturut-turut. Tidak ada tindak balas dari datuk, barangkali dia (Datuk) malas melawan karenah Syam yang dianggapnya terlalu mengikut perasaan. "Mari Tamar, biarkan dia di situ." Datuk segera menarik tangan saya. Syam pun kami tinggalkan melayani perasaannya. "Memang pelik, datuknya yang banyak bertolak ansur dan bertimbang rasa dengan Syam, secara mendadak menjadi sebaliknya. Barangkali, datuk sudah menghidu sesuatu yang kurang baik, kalau karenah Syam dilayani. Apa yang berlaku sungguh mengecewakan Syam. Barang-barang kemas milik arwah isterinya tenggelam dalam timbunan anai-anai dan ulat-ulat makan bangkai. Lagi sekali Syam rebah dan pengsan di pangkuan datuk. Dan lagi sekali rawatan kecemasan terpaksa dilakukan hingga Syam pulih. Keadaan sekeliling bertambah cemas, ulat-ulat makan bangkai dan anai-anai kian bertambah. Beberapa bahagian lantai yang tadi, tidak didekati ulat-ulat pemakan bangkai dan anai-anai mula didatangi oleh serangga tersebut. "Sebelum keadaan menjadi lebih teruk, kita mesti tinggalkan rumah ini," sepasang mata datuk merayap ke setiap sudut dan ruang dalam rumah. Terpamer sekilas kecemasan di wajah datuk. Kerana belum merasa pulih, Syam tidak ambil kisah dengan apa yang datuk katakan. "Kita bawa dia keluar dari rumah ini, Tamar." "Baik tuk," jawab saya pendek. "Ikut jalan kita datang tadi," arah datuk lagi. Saya anggukkan kepala. Tanpa membuang masa, saya dan datuk terus memapah Syam turun dari perut rumah. Berhati-hati kami memijak anak tangga dan seterusnya menuju ke kaki lima rumah yang diturap dengan simen.

KHAYAL

"SEKARANG, kita ikut jalan tadi hingga sampai ke kawasan tanah sempadan, elakkan dari terkena ulat dan anai-anai." "Baik Tuk." "Mulakan sekarang." Langkah untuk sebuah perjalanan yang penuh cabaran pun bermula. Syukur, kami selamat sampai ke kawasan tanah sempadan. Kerana keadaan Syam tidak pulih sepenuhnya, (dia seperti orang khayal) datuk terpaksa melakukan rawatan untuk memulihkan semangat dan keyakinan diri. Setelah dibacakan beberapa potong ayat, lalu dihembuskan ke mukanya barulah keadaan Syam berubah. Dia kelihatan seperti orang baru bangun dari tidur. Termagu-magu, lupakan dengan semua perkara yang pernah dilalumya. "Di mana saya pakcik?" "Di tanah orang, tanah yang bersempadan dengan tanah arwah bini kamu," jelas datuk. "Hahhhh . " mulut Syam terlopong. "Jangan bimbang kita selamat di sini," saya cuba memujuk. "Hantarkan saya balik, pakcik.

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Jilid 15 )(COMPLETE)Where stories live. Discover now