Bab 200-Berakhirnya Sebuah Kutukan

2.3K 27 1
                                    

DI saat saya terjaga malam, kira-kira pukul dua. Perlahan-lahan saya buka pintu bilik, saya dapati datuk sedang melakukan sembahyang tahajud di ruang rumah. Setelah daun pintu bilik dirapatkan, terdengar dengkur Andi Kamarool. Syam tidak berdengkur tetapi, saya yakin dia tidur dengan nyenyak sekali. Syukur, saya tidak mengalami sebarang kejadian, tidak diingini sepanjang malam.

PATUH

BEGITULAH, semua syarat dan nasihat yang dianjurkan oleh Kiai Musroh dipatuhi oleh, Datuk dan Haji Basilam tetap mengawasinya. Kalau ada yang salah dibetulkan, kalau ada yang terlupa diingatkan. Pokoknya, sama ada Syam, Haji Basilam, datuk malah saya dan Andi Kamarool berusaha mahu membebaskan Syam dari kehidupannya yang serba tidak kena. Dalam erti kata lain, hidupnya terseksa dan tertekan. Sudah diputuskan oleh Haji Basilam dan datuk, saya dan Andi Kamarool diberikan tugas, setiap pagi mesti menemani Syam pergi ke rumah arwah isterinya. Sebelum pergi, saya diwajibkan mengerak-gerakkan otot-otot sendi serta memanaskan badan dengan melakukan senaman silat bersamaAndi Kamarool. Bila badan sudah berpeluh dan tubuh terasa segar, barulah boleh menemani Syam. (Tugas ini dilakukan setelah membaca yassin pada sebelah malamnya di masjid). Andainya, ada perkaraperkara baru atau tambahan yang mesti kami lakukan, Pak Kiai Musroh akan memberitahu datuk atau Haji Basilam untuk disampaikan kepada kami berdua (Saya dan Andi Kamarool) tanpa pengetahuan Syam. Pagi pertama mendatangi rumah arwah isteri Syam, ternyata tidak terdapat sebarang perubahan. Ulat-ulat pemakan bangkai dan anai-anai masih banyak. Tidak ada tanda-tanda akan berkurangan. Malah anai-anai yang melata di lantai nampak agresif sekali, bersedia menyerang kami, andainya terpijak lantai yang dikuasainya. Pagi yang kedua, keadaannya seperti pagi yang pertama. Pagi yang ketiga terdapat sedikit perubahan, jumlah serangga mula berkurangan, tidak ganas seperti pagi-pagi sebelumnya. Serangga yang menjijikkan itu bagaikan muncul dari perut bumi atau datang bersama hembusan angin. Pagi Keempat dan kelima jumlahnya bertambah susut. Pada pagi keenam, jumlahnya boleh dihitung dan pada pagi yang ketujuh serangga tersebut tidak kelihatan langsung. Hilang entah ke mana. Seolah-olah hukuman itu telah berakhir untuk keluarga Syam. Keikhlasan dan niat baik dihati Syam, agaknya diberkati oleh Allah, maka ulatulat pemakan bangkai dan anai-anai terus lenyap. Pada sebelah petang hari yang ketujuh, Kiai Musroh mengajak kami semua meninjau keadaan sekitarkawasan rumah arwah isteri Syam. Terbayang kepuasan di wajah Pak Kiai Musroh dan dia yakin dengan kuasa Allah, kejadian yang menakjubkan itu tidak akan hadir lagi dalam hidup Syam. "Jangan kamu lupa atau lalai membahagi-bahagikan harta bekas isteri kamu seperti yang telah diputuskan," Kiai Musroh renung muka Syam, dibawah sinaz matahari petang yang kian meredup. Syam tunduk merenung tanah. "Sesungguhnya, apa yang kita lihat mungkin merupakan gambaran nyata hukuman bagi seseorang yang sangat kedekut atau enggan menyumbangkan sedikit hartanya untuk beramal ke

jalan Allah," Haji Basilam bersuara tenang. "Entahlah, Wallah hu alam. Itu semuanya kerja Allah yang maha mengetahui dan maha kuasa. Tetapi, kamu semua nampak, keadaan rumah ini sudah seperti sediakala." "Iya, Pak Kiai," jawab kami serentak. "Jadikan semuanya ini sebagai pedoman. Ingatlah, Allah itu maha benar dengan segala janjijanjiNya. Apa juga yang dikehendakinya akan nyata terjadi didepan mata kita selaku makhluk ciptaanNYA," kata kiai Musroh sambil mengajak kami semua meninggalkan kawasan halaman rumah arwah isteri Syam. "Bila semua syarat sudah ditunaikan, bolehkah saya tinggal di situ," sambil melangkah Syam kemukakan pertanyaan. "Sudah tentu boleh, tapi " Kiai Musroh berpaling ke arah Haji Basilam. "Tapi dengan syarat, kamu mesti bergaul dengan orang-orang kampung, selalu berjemaah di masjid. Rajin bersedekah ke jalan Allah," sambung Kiai Musroh. "Lagi?" Datang lagi pertanyaan dari Syam. "Buangkan semua barang-barang yang digunakan oleh bekas isteri kamu sebagai tempat pemujaan. Kalau kamu takut melakukannya, minta tolong pada orang lain." "Pada siapa Pak Kiai," Syam bagaikan tidak sabar. "Dengan dua orang ini," jari telunjuk Kiai Musroh menuding ke arah datuk dan Haji Basilam. "Dengan izin Allah, kami bersedia membantunya," datuk meluahkan sebuah ikrar. "Tolong dan bantu dia sebelum kamu balik ke tempat asal kamu," sudah jelas kata-kata yang dituturkan oleh Kiai Musroh untuk Datuk. Buktinya, sambil bercakap Kiai Musroh terus menepuk bahu datuk berkali-kali. "InsyaAllah...." janji datuk yang disambut dengan ceria oleh kawan-kawan dikelilingnya.

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Jilid 15 )(COMPLETE)Where stories live. Discover now