Bab 197-Rahsia 4 Peti Hitam

2.8K 27 0
                                    

PADA mulanya, saya tidak yakin Syam boleh menunaikan kata-katanya itu. "Boleh kami buat," ulang datuk yang meragui kemampuan Syam. "Boleh pakcik," suaranya meninggi, penuh semangat. Saya senyum sinis, mana mungkin dia boleh melakukannya, bisik hati kecil saya sambil menatap batang tubuh Syam dari atas ke bawah berkalikali. "Sekarang pakcik." "Iya, sekarang, jangan bertangguh," kata datuk. Saya terpampan, Syam melaksanakan apa yang dikatanya. Dia berlari pantas atas simen hingga sampai ke bucu dapur rumah. Semasa Syam berlari (atas simen) ulat-ulat pemakan bangkai bermunculan di kiri kanan landasan simen. Ulat-ulat pemakan bangkai yang melompat agak tinggi, jatuh atas permukaan landasan simen yang panas. Ulat-ulat itu menggelepar lalu mati. Sambil berlari, Syam cuba dengan sedaya upaya mengelak dari memijak hangkai-bangkai ulat atas simen. Syam berpatah balik ke arah saya dan datuk. Cukup pantas dia bergerak dan saya kagum dengan kemampuannya yang diluar dugaan. Tiba-tiba sahaja dia sudah terpacak dihadapan kami. "Mari Pakcik." Syam memegang pergelangan tangan kanan datuk. "Ayuh," sahut datuk. Dengan tenang datuk mengangkat kaki kanan, melangkah ke atas permukaan landasan simen. Saya lihat tanah dikiri kanan landasan simen berombak dan merkah. Dari rekahan tanah itu, ulatulat pemakan bangkai menghulurkan kepala. Saya jadi cemas, berat rasa kaki mahu melangkah. "Mari Tamar," Datuk segera menarik tangan kanan, saya tidak ada pilihan dan terpaksa patuh. Atas nasihat datuk, kami terpaksa berlari sambil melompat, agar tidak terkena ulat-ulat yang cuba melompat ke atas landasan simen. Saya merasa lega kerana ulat-ulat pemakan bangkai, mati serta merta bila jatuh atas simen yang panas. Makin hampir ke kawasan rumah, rekahan tanah makin menjadi-jadi. Kepala ulat pemakan bangkai dengan mata yang tertonjol tersembul dalam jumlah beratus-ribu dari rekahan tanah lalu bersatu, berkeliaran dalam barisan yang rapat. bergerak dan meloncat mengikut bunyi atau irama hentakkan kaki kami bertiga. Akhirnya, kami sampai ke kawasan rumah yang bahagian bawah serta bahagian kaki limanya diturap dengan simen. Mungkin ulat-ulat pemakan bangkai dan anai-anai tidak mampu menolak simen menyebabkan kumpulan ulat dan anai-anai tidak kelihatan di kawasan tersebut. Sebelum memasuki rumah besar, saya dan datuk mengelilinginya terlebih dahulu. Gegendang

telinga menangkap bunyi berdenggung macam bunyi nyamuk, suara yang berdenggung halus itu datang dari dinding, lantai, gelegar dan tiang rumah. Semuanya itu membuat saya jadi resah. "Jangan cakap apa-apa," Tamar." Itu yang datuk bisikan ke telinga, saya anggukan kepala sambil terus bergerak dari bucu ke bucu rumah. Syam yang mengekori di belakang, tidak bersuara sepatah apa pun. Secara mengejut datuk berhenti melangkah, saya hampir-hampir saja melangar belakang datuk, begitu juga dengan Syam. "Kenapa Tuk?" "Lihat tu." Mulut saya separuh terbuka dengan sepasang biji mata terbeliak melihat ke arah rekahan simen yang memanjang bermula dari hujung dapur Kerana rekahan itu terlalu kecil dan sempit, saya yakin ulat-ulat pemakan bangkai dan anai-anai tidak akan bermunculan disitu. "Tak mungkin ulat-ulat itu boleh keluar dari sini." Rupa-rupanya datuk sependapat dengan saya dan rekahan itu tidak kami pedulikan. Kami meneruskan pemeriksaan tetapi, kali ini kami berpecah. Datuk menuju ke arah dapur, saya ke arah tangga tengah dan Syam ke tangga depan. Semuanya melangkah tunduk dengan berhatihati merenungke permukaan simen. Dalam bahang panas yang kian menyengat itu, badan kami terus berpeluh. "Pakcik mari lihat ini," jerit Syam yang berdiri kaku didepan tangga depan. Tanpa mahu menanti arahan dari datuk saya segera mendekati Syam. Tidak lama kemudian, datuk bergabung dengan saya dan Syam. "Kenapa Syam?" Tanya datuk. "Kita naik ke rumah," kata Syam. "Naik....," datuk tidak meneruskan kata-kata. Dia gosok hujung hidung berkali-kali, macam ada sesuatu yang difikirkannya. Angin yang bertiup mengurangkan rasa panas yang mengigit tubuh. "Kita selamat, binatang laknat tu, tak ada di sini," Syam memberikan semangat dan bunyi berdenggung hilang secara tiba-tba saja. Datuk tidak memperlihatkan sebarang reaksi. "Ayuh pakcik." Syam terus mendesak dan menarik tangan datuk. Sepasang matanya tertumbuk ke wajah datuk. Dalam hati, saya mengharapkan datuk tidak akan memenuhi permintaan Syam. "Iya Syam, kita naik sekarang." Datuk bagaikan dipukau tanpa mengucapkan sesuatu, tanpa toleh kiri kanan, datuk pun memijak mata tangga. Saya gigit bibir sambil mengharapkan supaya tidak terjadi sebarang keburukan.

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Jilid 15 )(COMPLETE)Where stories live. Discover now