Ep1 : Ryujin

139 13 8
                                    

[ author pov ]

Di sebuah sekolah yang dikenali sebagai Byeol High School telah menyimpan satu rahsia yang hanya pelajar dan kaki tangan sekolah itu sahaja yang tahu, dimana pada tahun 2XXX seorang pelajar sekolah tersebut telah ditemui tidak lagi bernyawa didalam satu kelas yang kini menjadi bilik larangan untuk para pelajar memasukinya mahupun menggunakan kelas tersebut. Sebab dan kenapa pelajar itu meninggal masih lagi tidak terjawap kerana pihak atasan sekolah tersebut tidak mahu untuk memaklumkan kepada polis atas alasan takut nama sekolah tersebut tercemar dengan kes-kes sebegini. Hinggalah ke hari ini, misteri kematian pelajar itu masih lagi tidak terjawap.

Pagi ini merupakan pagi yang sangat indah di Byeol High School, burung-burung berkicauan kedengaran. Angin dingin yang bertiup menambahkan lagi suasana musim bunga di J-Sun City. Terlihat laluan dari asrama Byeol ke Byeol High sedang dipenuhi oleh pelajar-pelajar Byeol High. Begitu juga dengan 3 pelajar yang dikenali sebagai Yeji, Ryujin dan Yiren.

'' Mana perginya Hyewon dengan Heejin ni? '' tanya pelajar yang memakai nametag Shin Ryujin kearah kawannya Yeji dan Yiren. Mereka berdua hanya menganggakat bahu tanda tidak tahu. '' Setahu saya Hyewon dan Heejin selalunya datang awal ke sekolah lagi-lagi hari isnin.. ''

Semasa Ryujin sedang rancak mengata Heejin dan Hyewon, seseorang menepuk belakang Ryujin dengan kuat. Ryujin yang terkejut itu terus memusing belakangnya lalu melihat siapa mangkuk piring yang memukulnya itu.

'' Panjang umur anda, Hyewon '' kata Yeji sambil memeluk tubuh. '' Seronok mengata orang eh~ '' Ryujin hanya tersenyum kambing hehehehe.

'' BTW, awak ada nampak Heejin?'' tanya Yeji pada Hyewon. Hyewon hanya mengganggakat bahu tanda tidak tahu. 

Sebaik sahaja mereka memasuki kelas mereka iaitu kelas 127, kelibat Heejin dan seorang lelaki sudah berada di dalam kelas tersebut. Heejin yang perasan keberadaan mereka itu pun menyambut mereka dengan senyuman.

'' Good morning guy '' ucap Heejin sambil tersenyum lebar. Yeji, Ryujin, Yien dan Hyewon memandang Heejin dengan muka bila masa kau sampai ni?  '' Sorrylah hari ni saya tak jalan dengan korang sebab sebelum ke sekolah kitaorang pergi 'situ' '' 

Setelah mendengar perkataan Heejin itu suasana di sekeliling  Yeji, Ryujin, Hyewon dan Yiren menjadi suram kerana mereka masih teringat akan kejadiaan yang berlaku 2 tahun lepas semasa mereka masih bersekolah menengah rendah. 

'' Helloooo everybodyyyy!!! '' kata seseorang sambil memasuki kelas tersebut, suasana yang suram itu menjadi ceria semula apabila kelibat seseorang ni memasuki kelas itu. Tak lain tak bukan, Na Jaemin.

Jaemin yang tersenyum lebar itu mendekati Yiren yang sudah membuat muka tidak selesa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jaemin yang tersenyum lebar itu mendekati Yiren yang sudah membuat muka tidak selesa. Yup, Jaemin menyukai Yiren dan dalam misi untuk mendekatkan dirinya dengan Yiren. 

[ Skip ke lepas kelas ]

Sebaik sahaja kelas telah selesai, kesemua pelajar pun kembali ke asrama masing-masing. Di bilik yang bertanda 1306 dimana Yiren, Yeji, Hyewon, Ryujin, dan Heejin merupakan dimana mereka ditempatkan. Terlihat Yeji dan Yiren sedang menyiapkan makan malam manakala Hyewon dan Heejin mencuci baju mereka ber-5. 

'' Eh, mana perginya buku nota saya ni?'' tanya Ryujin pada dirinya sendiri sambil menyelongkar beg sekolahnya. Akibat tidak dapat menjumpainya Ryujin bercadang untuk mencari buku tersebut di kelasnya kalau-kalau buku itu tertinggal di kelas. Dengan cepat dia keluar dari dorm mereka dan menujuh ke bangunan kelas mereka yang tidak terletak jauh dari dorm mereka. Suasana di luar sudah pun gelap kerana jam telah pun menunjuk 7 malam, Ryujin kini ditemani dengan cahaya dari bulan dan lampu jalan.

'Chak' 

Bunyi kunci pintu kelas 127 dibuka oleh Ryujin, sangkaannya sangat betul bahawa buku nota yang di carinya itu berada di atas meja milik '' Kenapa buku saya di atas meja Jaemin? '' Jaemin?

[ Ryujin POV ]

Kalau bukan Jaemin pinjam tadi tak juga saya pergi kelas jam-jam begini even baru jam 7 lebih tapi tempat ni seram betul. Saya pun mempercepatkan langka saya untuk keluar dari bangunan ini, sampai sahaja saya di hadapan kelas larangan itu. Saya ternampak seperti ada kelibat seseorang yang berada di dalam kelas itu. Setahu saya kelas ni dah lama terkunci dan tak ada sesiapa yang boleh masuk kelas ni. Jangan-jangan itu.. hantu??

Langkah yang perlahan itu saya lajukan untuk segera keluar dari bangunan ini akan tetapi pintu utama untuk bangunan ini tertutup dan terkunci dengan sendiri. Saya cuba untuk membuka pintu itu sekuat hati akan tetapi masih tidak berhasil. Tiada cara lain selain melalui laluan belakang, saya pun menujuh ke laluan belakang dan hasilnya masih sama. Apa yang saya nak buat ni? Minta bantua? Phone saya tertinggal kat dorm.

Tiba-tiba, seperti ada tangan yang sejuk menyentuh bahu kanan saya, setahu saya tak ada sesiapa yang berada di bangunan ini selain saya seorang dan sekiranya dia manusia tangan dia taklah sesejuk begini. Tak tahu kenapa tapi badan saya memandang orang yang berada di belakang saya itu. Bertapah takutnya saya apabila orang yang berada di belakang saya itu berlumuran darah dan memakai baju sekolah kami. Selepas itu yang saya nampak ialah kegelapan diikuti dengan suara ' RYUJIN...RYUJIN '

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


Keesokan paginya, saya dapati yang saya sudah berada di dorm kami. Adakah yang terjadi semalam itu betul atau sekadar mimpi sahaja? Banyak pertanyaan berada di otak saya.



                                                                                                                                                        ( TO BE CONTINUE )

The RevengesWhere stories live. Discover now