Extra Story ( Part 1 )

44 9 0
                                    

Setiap manusia di dunia ini pasti akan ada cerita hidup masing-masing, ada yang penamatnya gembira dan ada sebaliknya. Setiap semua yang berlaku itu pasti akan ada cerita disebaliknya...

( Di sebuah sekolah rendah )

" Baiklah murid-murid sekalian, hari ini merupakan hari pertama kamu di sekolahkan? Marilah kita perkenalkan diri~ " kata seorang guru wanita yang agak muda. " Nama saya ialah Park Jihyo, guru kelas kamu mulai hari ini sehinggalah akhir tahun "

Hampir semua pelajar di kelas tersebut telah memperkenalkan diri sehinggalah sampai giliran seorang pelajar yang berambut hitam.

" Hi, nama saya ialah Jeon Heejin. Selamat berkenalan " kata pelajar rambut hitam itu lalu duduk semula.

Selesai sahaja sesi perkenalan itu, Cik Jihyo pun memulakan pelajaran yang pertama bagi pelajar-pelajar kelas tersebut. Sampailah ke suatu masa.

" Heejin, awak tahu tak soalan ni macam mana? " Tanya seseorang kepada Heejin, baru sahaja Heejin hendak membuka mulutnya. " Tak payah tanya dia, mari kita tanya kat mereka tu "

Pelajar yang ingin bertanya dengan Heejin itu pun membatalkan niatnya untuk bertanya dengan Heejin dan memilih untuk bertanya dengan seorang daripada ahli kumpulan pelajar popular di sekolah. Kewujudan Heejin tidak lagi di hiraukan.

( Waktu rehat )
Heejin yang masih berseorangan itu pun pergi ke sebuah kawasan di mana pelajar-pelajar selalunya akan pergi apabila waktu rehat. Sebaik sahaja Heejin hendak makan. Datang beberapa kumpulan pelajar senior ( Tahun 3 ) bersama adik-adik mereka ( Tahun 1 ) kearah Heejin.

" Eh, budak barulah " kata senior yang memakai tag nama Daehyun. Kawan-kawannya yang lain iaitu Jisoo, Chaeheon, Kyungho, dan Minkyu pula berdiri di belakang Heejin. Heejin yang masih pelik dengan hal tersebut cuba untuk menghindari mereka akan tetapi mereka berlima menahan Heejin.

" Kemana awak nak pergi ya? " Kyungho menarik tangan Heejin hingga Heejin jatuh ke lantai. Makanan yang di bawa Heejin semuanya terjatuh. Chaeheon yang berdiam diri itu pun mengambil duit yang berada di poket Heejin. " Tengoklah apa yang saya dapat ni " Chaeheon yang gembira itu bersuara sambil memegang duit Heejin. Heejin cuba untuk dapatkan semula duitnya dengan mengambil dari tangan Chaeheon. Suatu kejadiaan berlaku di mana Heejin tertolak Chaeheon hingga Chaeheon jatuh. Heejin yang sudah mendapatkan semula duitnya itu mula panik dan larikan diri.

Loceng pukul 1 petang telah berbunyi menandangkan waktu pulang, seperti pelajar lain Heejin juga mengemaskan barang-barangnya dan bersedia untuk pulang. Semasa Heejin ingin menglangka keluar dari kelasnya, beberapa orang pelajar menghalangnya. Mereka ialah Daehyun, Jisoo, Chaeheon, Kyungho, Minkyu dan seorang lelaki yang seperti dari kelas senior berdiri betul-betul di hadapan Heejin.

" Oppa! Dia nilah yang tolak Chae masa rehat tadi " kata Chaeheon sambil menunjuk kearah Heejin. Lelaki yang di panggil Oppa oleh Chaeheon itu pun memandang Heejin dengan tajam. " Berani awak tolak adik saya ya " kata lelaki itu sambil menolak bahu Heejin dengan kuat. Heejin memberitahu bahawa Chaeheon cuba untuk mencuri duitnya akan tetapi Chaeheon mereka-reka cerita kononnya dia telah memberikan semula duit itu tapi Heejin saja tolak Chaeheon. Oppa Chaeheon sangat marah apabila mendengar semua yang adiknya katakan itu.

Kawan-kawan Chaeheon mengambil sebaldi air dan menyimbahnya kearah Heejin, habis basah kuyup Heejin. Pada masa yang sama, Cik Park lalu di kawasan itu dan menyedari hal tersebut. Dengan segara dia memarahi mereka berenam. Heejin hanya mampu menangis. Dia tahu bahawa dia lemah, tak kuat untuk melawan mereka. Dia hanya mampu untuk berdiam diri sahaja.

Semenjak dari kejadiaan itu, hari-hari ceria Heejin menjadi sebuah mimpi ngeri baginya kerana dia selalu di buli oleh Chaeheon dan kawan-kawannya. Tiada sesiapa yang mampu untuk membantu Heejin. Suatu hari, semasa Heejin baru sahaja sampai di kelasnya dia di sambut dengan sebuah tamparan di muka oleh seorang dari ahli pelajar popular di kelas iaitu Gahyeon.

" Awak ni tak guna betul, sanggup awak koyakkan kertas kerja saya? Awak tahu tak, saya susah-susah buat kerja ni tau. Awak boleh-boleh koyakkannya? " marah Gahyeon. Heejin tak perna pun sentuh kertas kerja sesiapa di dalam kelasnya. " Patutlah Chaeheon benci awak, bersalah tapi tak nak mengaku pula "

Kesemua pelajar di kelas Heejin mula mengejek-ejek Heejin, begitu juga dengan peminat-peminat dari ahli pelajar popular tersebut. Hal ini bahkan sampai ke telinga pelajar senior, bukan sahaja pelajar kelas Heejin yang membulinya malah pelajar senior yang bahkan lebih tua darinya pun turut serta menbulinya. Di sekolah dia dibuli, di rumah dia dibenci oleh 2 saudaranya. Alasan mereka membenci Heejin adalah kerana Heejin sombong. Tak nak bercakap dengan mereka.

" Saya tak sombong " kata Heejin dalam hatinya. Semasa hari perjumpaan keluarga Jeon, 2 saudara Heejin itu membuat sesuai yang sepatutnya mereka tidak lakukan iaitu mencuri duit milik mak cik bongsu Heejin. 2 suadaranya, Hana dan Soojin, memasukkan duit itu ke dalam bilik Heejin. Semasa keluarga Jeon bersama-sama mencari duit tersebut, Hana berpura-pura terjumpa duit tersebut di bilik Heejin semasa mencarinya. Bertapah terkejutnya omma dan appa Heejin apabila mendengar hal tersebut. Heejin cuba untuk pertahankan dirinya akan tetapi Soojin membesar-besarkan lagi keadaan. Soojin kata yang dia ternampak Heejin mengambil duit tersebut dari beg mak ciknya dan memberitahu Soojin kalau Soojin bertahu sesiapa dia akan belasa Soojin teruk-teruk. Sebagai denda appa Heejin mengurungnya di dalam bilik dan perjumpaan keluarga itu di teruskan tanpa Heejin.

( Di dalam bilik Heejin )

Heejin hanya mampu untuk menitiskan air matanya, kenapa dunia ini sungguh kejam kepadanya? Apa salah Heejin?

" Kenapa tak ada sesiapa yang nak dengar semua yang saya nak kata? " tanyanya sambil menangis. Sejak dari tadika lagi Heejin selalu dibuli, bermula dari anak kepada guru tadika Heejin membuang kasut Heejin hingga ke beberapa budak lelaki di kelas Heejin menolak Heejin hingga kepalanya terhentuk ke rak buku.

Apa yang nak jadi dengan hidup saya??


( TO BE CONTINUE )

The RevengesWhere stories live. Discover now