Ep3 : Hyewon

52 7 0
                                    

[ No one pov ]

Sebuah pagi yang cerah di Byeol High School, terlihat pelajar-pelajar Byeol High datang ke sekolah dengan wajah yang sangat happy apabila berjumpa dengan kawan-kawan mereka. 

'' Heejin, awak makan dengan siapa nanti rehat?'' tanya Hyewon.

'' Huh? Dengan Chenle,Jaemin dan kawan-kawan mereka. Kenapa? '' tanya Heejin

'' Oh, boleh saya join? Lagipun Ryujin, Yeji dengan Yiren sibuk hari ni''

'' Oh, boleh jah. Bolehlah awak dekatkan diri dengan Jaemin '' kata Heejin sambil berbisik.

Hyewon yang mendengar kata-kata Heejin itu pun mula malu. Baginya ada betul juga apa yang dikatakan oleh Heejin itu. Hyewon dah lama menyimpan perasaan pada Jaemin dan hanya Heejin sahaja yang tahu mengenai hal itu.

Seperti yang dikatakan tadi, Hyewon pun mengikuti Heejin,Chenle dan Jaemin makan sama-sama di atas bumbung sekolah seperti pelajar sekolah selalu lakukan.

'' Tak sangka setiap kali rehat korang makan dekat sini ya '' tanya Hyewon

'' Yup, awak boleh jah join kitaorang makan kat sini. Lagi banyak lagi bagus '' kata Jaemin sambil memandang Hyewon. Hyewon yang tidak mampu untuk menyembunyikan perasaannya itu hanya mampu menunduk malu.

'' Kawan awak ni pemalulah, Heejin'' 

'' Huh, malu ada sebab tu '' kata Heejin sambil tersenyum sinis.

Hyewon hanya memandang Jaemin lalu Jaemin tersenyum melihat Hyewon. Oh my god, adakah ini suatu tanda?????

 Oh my god, adakah ini suatu tanda?????

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Skip ]

Setelah waktu rehat telah habis, kesemua pelajar Byeol High pun meneruskan sesi pembelajaran mereka seperti biasa. Terlihat Hyewon duduk berseorangan memandangkan Yiren masih lagi sibuk dengan Ryujin dan Yeji. Semasa khyusuk Hyewon menyelesaikan kerja matematiknya, seperti seseorang sedang memanggil namanya. 

'' Hyewon ''

'' Ya? '' kata Hyewon sambil berdiri, dikiranya Miss Park yang memanggil akan tetapi tidak.

'' Ada apa-apa persoalan, Miss Kang? '' tanya Miss Park iaitu Park Jihyo.

'' Tak ada apa-apa '' jawap Hyewon lalu duduk semula.

Kejadiaan itu menghairankan, Hyewon yang sekejap tadi tertanggu itu kembali membuat kerjanya semula hingga waktu mata pelajaran matematik selesai. Jam tepat menunjukkan pukul 5 petang menandakan waktu pulang untuk pelajar-pelajar sekolah Byeol High School. Hyewon yang bersendirian itu menujuh ke perpustakaan sekolah. Sebenarnya Heejin nak teman dia tapi Hyewon tak nak sebab kalau ada Heejin mesti akan ada Chenle dan kalau ada Chenle mesti ada Jaemin. Katanya malu kalau ada Jaemin. Back to story.

Semasa seronok mencari-cari buku di dalam perpustakaan yang kosong dan tak ada sesiapa kecuali Hyewon itu, kedengaran seperti seseorang memanggil nama Hyewon lagi. Suara dan nada itu sama seperti suara yang memanggil namanya di kelas tadi.

Hyewon pun mencari tahu dan didapati suara itu milik....

'' Heejin? '' panggil Hyewon.

Heejin pun memandang Hyewon dengan senyuman dan memintanya untuk mengikutinya. Tanpa sebarang rungutan Hyewon pun mengikuti Heejin. Sampai sahaja mereka ke tempat yang dituju mereka Hyewon berhenti. Mereka betul-betul berdiri  di hadapan kelas larangan itu. Dengan senang Heejin membuka pintu kelas tersebut dan memasukinya.

'' Heejin, bukan ni kelas larangan? Kita tak boleh masuklah '' Heejin yang sudah berada di dalam tu hanya memandang Hyewon yang masih terkial-kial di luar kelas tersebut. Hyewon cuba untuk memasuki kelas tersebut dengan tiba-tiba seseorang memanggilnya...

'' Hyewon?? ''panggil seseorang itu, Jaemin. '' Apa awak buat kat sini? ''

'' Tadi saya dengan Heej.. '' kata-kata Hyewon terputus apabila melihat semula kearah pintu kelas itu. Manga pada pintu itu masih lagi kemas dan rapi berada dekat pintu tersebut. 

'' Bukan Heejin dah balikkah dengan Chenle tadi. '' kata Jaemin.

Hyewon masih lagi dalam keadaan tidak percaya. '' Tadi saya nampak ada Heejin kat sini ''

Dengan itu, Hyewon pun balik ke asrama bersama-sama dengan Jaemin memandangkan asrama pelajar lelaki dan perempuan dekat sahaja. Hal itu telah menyebabkan Hyewon terlupa tentang Heejin dan Kelas larangan tadi. 

[ Malam ]

Malam telah menjelang, Yiren, Ryujin dan Yeji pun telah balik dari urusan mereka. Jadi mereka berempat pun malam bersama seperti biasa. Apabila selesai makan malam, Hyewon pun masuk ke biliknya untuk masuk tidur. Di dalam mimpi Hyewon terlihat seperti seorang perempuan berpakaian seperti pelajar Byeol Junior di buli oleh beberapa orang pelajar....

'' Hyewon tolong!!!!! '' kata perempuan itu, Hyewon cuba untuk menolong akan tetapi wajah perempuan itu bertukar menjadi sangat menakutkan. Sebelum Hyewon terbangun dari mimpinya sempat perempuan itu berkata 'TERLAMBAT'.

Hyewon yang terkejut itu terus bangun dari tidur dan apabila menyedari itu hanyalah mimpi dia kemudiannya kembali tidur semula...


[ TO BE CONTINUE ]

The RevengesWhere stories live. Discover now