Ep 9: Not Finish Yet...

42 8 0
                                    

Suasana di dalam dorm Yiren dan Hyewon sangatlah sunyi selepas pemergian Ryujin, Heejin dan Yeji. 

'' Semenjak pemergian mereka, kita dah makin sunyikan?'' tanya Yiren. Hyewon yang sedang termenung ke luang tingkap itu pun menjawap '' Ya, kita dah tak macam dulu ''

Mereka pun mula merenung jauh.

[ Skip ]

Memandangkan hari ini ialah hari cuti bagi pelajar Byeol High, pelajar bebas untuk berbuat apa disekolah tersebut ada yang balik dan ada yang masih berada disekolah. Heejin, Chenle, Jaemin dan Minhee berada di perpustakaan untuk mengulangkaji mata pelajaran manakala Yiren dan Hyewon berada di kelas membersihkan kelas.

'' Chenle, apa jawapan untuk soalan ni? '' tanya Heejin dengan segera Chenle menjawap. '' Tengoklah mereka tu dah macam pasangan kekasih dah '' bisik Minhee ke Jaemin. Jaemin hanya tersenyum sahaja '' Awak tahu tak, mereka sangat susah untuk dipisahkan tau ''

Jaemin dan Minhee hanya ketawa kecil sambil memandang Heejin dan Chenle. Semenjak pemergian Yeji, Yiren dan Hyewon tidak lagi menganggu Minhee dan juga kawan-kawan dia. Mereka dah mengalah dengan Minhee sebab walau macam mana pun tuduhan mereka berikan Minhee tetap tidak bersalah.

'' Saya nak pergi tandas dulu ya~ '' kata Chenle lalu keluar dari perpustakaan itu dan menujuh ke tandas yang berdekatan. Semasa dia pergi ke tandas itu, Chenle terlihat seseorang yang sedang dalam keadaan yang agak mencurigakan memasuki makmal sains mereka. Chenle yang mula curiga itu mengekori si dia yang memasuki makmal sains itu. Si dia sedang membongkar stor makmal sains. Chenle cuba untuk mendekati si dia dan terdengar rancangan si dia.

'' Saya akan hapuskan dia hari ini juga ''

'' Awak akan ikut Ryujin dan Yeji juga '' 

Chenle yang terkejut itu menyembunyikan dirinya, sehinggalah si dia selesai mendapatkan barang yang dia inginkan di dalam makmal sains itu. 

'' Takkanlah dia yang bunuh Ryujin dan Yeji? '' tanya Chenle. Tiba-tiba, seseorang memegang bahu Chenle hingga menyebabkan Chenle mengeluarkan suara dolphinnya. '' Apa awak buat dekat sini Chenle? '' tanya Heejin.

.

.

Tanpa mereka sedari seseorang memerhatikan mereka dari jauh. '' Selepas dia, saya akan hapuskan awak Zhong Chenle ''


[ Petang di sekolah ]

Pelajar Byeol High diminta untuk berkumpul di dewan sekolah  untuk menyaksikan tayangan slide oleh guru kesihatan mereka iaitu Mr. Kim Seokjin. Semasa mereka sedang kusyuk mendengar ceramah Mr. Kim, seseorang meminta Hyewon ke sebuah tempat. Hyewon pun pergi ke tempat tersebut. Chenle perasan kejadian tersebut dan memerhatikan si dia itu. Si dia memandang tajam kearah Chenle.

'' Rasanya kita kena selamatkan dia '' bisik hati Chenle.

[ Hyewon pov ]

**** meminta saya temankan dia ke makmal, katanya Mr.Kim meminta dia ambilkan barang. Saya pun temankan dia untuk mencari barang tersebut. Semasa kami mencari barang tersebut seseorang menolak saya hingga jatuh ke lantai dan **** pun memijak tangan saya.

'' Dah tiba masanya awak untuk mati, tak guna!!!! '' jerit **** pada saya. Eksperisi dia sangat menakutkan '' Lepaskan saya ''

'' Awak patut mati!!!! Dengan mereka yang tak guna tu!!!!! '' kata **** lalu menghayunkan sebilah pisau, hampir sahaja pisau itu sampai ke tubuh saya seseorang datang dan memberhentikan ****.

'' Berhenti '' kata Chenle sambil memegang tangan ****. '' Tolonglah Yiren, takkan awak nak bunuh kawan awak sendiri? ''

Heejin, Jaemin dan Minhee pun datang ke tempat kejadiaan.

[ Author pov ]

'' Yiren sanggup awak buat begini? '' tanya Heejin. Yiren yang masih memijak tangan Hyewon itu pun menukar pandangannya ke arah Heejin. '' Kenapa awak buat macam ni? Awak dah bunuh Ryujin dan Yeji, kawan baik awak sendiri '' kata Jaemin.

'' Ada sebabnya kenapa saya buat begini '' jawap Yiren. '' Kalau bukan Ryujin dan Yeji bunuh Tzuyu, mereka berdua masih lagi ada di dunia ni. Mereka bunuh Tzuyu tahun lepas dan pihak sekolah tak laporkan hal ini kepada pihak polis sebab nak tutup nama keluarga Yeji. Yeji tak guna tu gunakan kuasa dia untuk hal begini.'' kata Yiren.

'' Apa pula kaitan dengan Hyewon? '' tanya Jaemin.

'' Hyewon pun terlibat dalam hal ini, saya tahu semasa Ryujin dan Yeji membunuh Tzuyu dengan memukul Tzuyu dengan benda keras, dia ada di sana, dia saksikan kejadiaan itu. Tapi dia tak tolong malah dia menggambarnya... DAN.. selain dari membunuh Tzuyu mereka juga bunuh Jisung ''

Sebaik sahaja Yiren menyebut nama Jisung itu, Heejin dan Chenle terkejut. '' Mereka bunuh Jisung untuk menutup kesalahan mereka, Jisung nampak hal tersebut. Saya dengar semua perbualan kamu '' kata Yiren lagi.

'' Tiba masanya untuk saya hapuskan kamu semua baru saya hapuskan awak Hyewon~ '' kata Yiren sambil tersenyum. Target pertama dia ialah Chenle. Yiren menghayunkan tangannya yang memegang pisau itu untuk menikam Chenle akan tetapi bukan Chenle yang ditikamnya...


( TO BE CONTINUE )

The RevengesWhere stories live. Discover now