Ep 8: Next Victim?

40 8 0
                                    

Seperti biasa pelajar Byeol High akan datang ke sekolah dan keadaan Yeji dengan Heejin masih lagi rengang. Apabila Heejin bertemu dengan Yeji akan adalah cacian maki dia yang dikeluarkan begitu juga dengan Minhee. Yiren dan Hyewon juga tidak lagi bercakap dengan Heejin malah makin kasar. Nampaknya mereka bertiga telah membenci Heejin sepenuh hati mereka.

'' Heejin, awak nampak pucat jah kenapa? '' tanya Chenle. Heejin hanya mendiamkan diri sahaja. '' Senyumlah Heejin, jangan buat muka begitu, Senyum~ '' Chenle cuba untuk menceriakan suasana antara dia dan Heejin akan tetapi tidak berjaya. '' Jangan risau kebenaran akan terungkai juga nanti. '' Heejin sedikit tersenyum.

[ Semasa balik sekolah ]

Jam tepat pukul 5 dan loceng sekolah pun berbunyi menandakan waktu pulang telah tiba, Yeji bergegas ke lokernya untuk segera pula. Sebaik sahaja Yeji membuka lokernya dia ternampak sesuautu di dalam lokernya itu. Ianya surat yang tertulis ' Berjaga-jaga~ '

'' Siapa lagi yang nak buat prank ni? Tak lawak okay '' kata Yeji dan merenyukkan kertas tersebut dan membuangnya.

'' Saya dah bagi amaran~ '' kata seseorang sambil tersenyum.

[ Pagi di dorm Yeji, Yiren, dan Hyewon ]

'' Baiklah hari ini biar saya yang buat bekal untuk kamu '' kata Hyewon sambil memotong sayur. Terkejut Yiren dan Yeji mendengarnya. 

'' Uwaa, pertama kali saya dengar Hyewon nak buatkan kita bekal '' kata Yiren lalu duduk di meja makan dan diikuti oleh Yeji.

'' Saya cuma nak berlatih memasak, nanti dalam kelas memasak taklah saya malu tak pandai nak masak '' kata Hyewon. '' Baguslah tu '' 

Sebaik sahaja Hyewon selesai menyiapkan bekal mereka, mereka bertiga pun pergi ke sekolah bersama-sama. Seperti biasa bunyi sahaja loceng sekolah, waktu pembelajaran pun bermula hinggalah waktu rehat. Yiren, Yeji dan Hyewon pun makan bekalan mereka di dalam kelas seperti biasa begitu juga dengan Heejin, Jaemin, Chenle dan Minhee. Walaupun masih dicaci-maki oleh Yeji tapi mereka tetap juga berada disana. Mesti pelikkan kenapa polis tidak menyiasat Minhee, polis telah menyiasat Minhee bahawa Minhee bersih dan tidak terlibat pun dalam kes pembunuhan Ryujin ini. Hanya Yeji, Yiren dan Hyewon sahaja yang masih dengan pendirian mereka sendiri, iaitu Minheelah pembunuh Ryujin.

Bekal yang dibuat Hyewon itu terlihat sangatlah sedap, Yeji pun mula mengambil telur gulung yang terlihat kemas dalam bekal miliknya. Yeji pun makan telur gulun tersebut dan menggunyanya seperti biasa. Tiba-tiba, Yeji terbatuk dan mulut dia mengeluarkan darah. Yiren dan Hyewon pun terkejut.

'' Yeji awak okay tak ni? '' tanya Yiren sambil memegang bahu Yeji. Yeji yang dari tadi batuk itu terus terjatuh lantai hingga orang disekelilingnya pun memandang Yeji. Yiren terus memanggil cikgu untuk meminta bantuan dan selepas itu. Yeji disahkan keracunan makanan dan telah meninggal kerana racun tersebut telah racuni saluran darah Yeji. 

'' Takkanlah, kita baru jah kehilangan Ryujin dan kini Yeji? '' tanya Yiren.

'' Saya nak tanya siapa yang masak makan dalam bekal Yeji ni?'' tanya guru kesihatan mereka iaitu Seokjin. '' Sa..sa..saya '' kata Hyewon.

Kesemua pelajar di dalam kelas 127 itu pun memandang Hyewon. '' Saya yang buat tapi saya bersumpa dan tidak memasukkan apa-apa selain perasa dalam makanan tu. Kalau saya masukkan racun dalam makanan tu pasti Yiren dan saya pun akan teracun juga '' kata Hyewon mempertahankan dirinya.

'' Huh, rasanya kita kena serahkan semua ni kepada pihak polis ''

Oleh itu, pihak polis pun datang dengan segera. Hyewon dibawa ke balai untuk di soal siasat.

'' Sekarang ni hanya tinggal saya dan Hyewon sahaja '' kata Yiren sedih. Heejin, Chenle, Minhee dan Jaemin hanya mampu melihat takut nanti dicacinya lagi. Tiba-tiba seseorang di kelas itu yang bernama Kyungwon menuduh bahawa ini semua perbuatan Minhee.

'' Ni mesti kerja Minheekan, tahulah dia tak puas hati dengan Yeji. Awak dah bunuh dua orang dan masih tak tertangkap lagi. Hebat '' kata Kyungwon. Mereka mula memandang Minhee dengan pandangan yang tidak berpuas hati. Sekali lagi Minhee dituduh.

'' Jangan dengar cakap mereka '' kata Heejin sambil menutup telinga Minhee '' Mereka semua sama hanya tahu untuk menuduh tanpa periksa ''

Didalam kelas mereka itu, terlihat seseorang yang sedang tersenyum dengan bangganya. Dia telah berjaya membunuh mangsanya tanpa ada sesiapa yang perasan.

[ Keesokkan harinya ]

Majlis permakaman Yeji pun telah selesai di lakukan dan orang-orang yang menghadiri majlis tersebut pun balik ke rumah, tinggal Yiren dan Hyewon sahaja di sana. 

'' Kami akan teruskan hidup kami, semoga kita berjumpa lagi ya Yeji. Tenanglah awak disana dengan Ryujin '' kata Hyewon. Hyewon telah dilepaskan kerana dia didapati tidak bersalah.


( TO BE CONTINUE )

The RevengesWhere stories live. Discover now