Ep 7 : Goodbye Ryujin

45 7 0
                                    

Selepas kematian Ryujin itu pun, suasana di sekitar pelajar Byeol High kini berubah. Kesemua pelajar Byeol High berasa takut untuk ke sekolah, selain itu, Minhee telah dibuli kerana sesetengah pelajar Byeol High mempercayai bahawa Minhee yang membunuh Ryujin. 

'' Pembunuh '' kata seseorang yang lalu disebelah Minhee. Heejin, Jaemin dan Chenle yang mendengar itu terus memberikan pandangan yang sangat tajam ke arah empunya suara tersebut. '' Minhee-ya, jangan dengar apa yang dia cakap tu ya~ '' kata Jaemin. Minhee hanya mendiamkan dirinya. '' Hari ini hari pemakaman Ryujin, mari kita pergi ya '' kata Heejin sambil memegang bahu Minhee.

'' Saya  tak nak pergi, nanti mereka kata saya pembunuh lagi '' kata Minhee lalu larikan diri. Heejin, Chenle dan Jaemin hanya mampu untuk melihat. '' Rasanya kita kena hentikan semua ni, saya yakin yang Minhee tak bersalah '' kata Chenle.

.

'' Kenapa semua ni terjadi pada saya? Saya pinda ke sini bukan untuk dapat caci-maki dari pelajar sekolah ni. Kenapa semua ni terjadi?!!!! Saya tak perna pun nak berniat untuk membunuh Ryujin. Tak perna terlintas walau sedetik pun. Kenapa mereka salahkan saya? '' kata hati Minhee berkata. Minhee yang sudah tidak tahan dengan semua ini kerana dia baru sahaja berpindah ke Byeol High sebulan lalu. 

[ Di majlis pemakaman Ryujin ]

Terlihat ibu bapa Ryujin yang sedang bersedih kerana pemergian anak mereka. Pelajar-pelajar sekolah Byeol High pun menghadiri majlis itu, begitu juga dengan Sir Mingyu, Mr.Kim dan Cik Park. 

'' Minhee mana? '' tanya Heejin. Yeji yang terdengar itu terus menjawap '' Tak payahlah nak tunggu mamat pembunuh tu '' Semakin lama semakin rengang hubungan antara Heejin, Chenle dan Jaemin dengan Yiren, Yeji dan Hyewon. 

'' Tolonglah, kita tak tahu siapa pembunuh sebenar. Jangan nak tuduh-tuduh jah '' marah Heejin. '' Ah, awak tu dari kemarin sampai sekarang asyik membelah Minhee jah ya. Entah-entah awak pun terlibat juga. Tulah asyik pertahankan Minhee '' 

Kata-kata Yeji itu membuatkan Heejin naik angin '' Sekurang-kurangnya saya pertahankan orang yang betul. Saya taklah menuduh orang tanpa bukti yang kukuh '' jawap Heejin.

'' Korang boleh berhenti tak? Kita sedang berada di majlis pemakaman kawan kita jadi tolonglah jaga adab sikit '' marah Yiren. Heejin dan Yeji hanya membuat tidak kenal sesama sendiri.

Selesai sahaja majlis pemakaman itu, mereka pun balik ke dorm masing-masing. Semasa Heejin berdiri betul-betul dihadapan pintu utama dorm mereka, terlihat barang-barang Heejin telah dikeluarkan termasuklah pakaian dan barang-barang yang lain. Sayu Heejin melihat barang-barang tersebut. Ternyata dia  telah dibuang dari dorm sendiri oleh kawan baiknya sendiri.

'' Jangan datang ke sini lagi, awak sama sahaja dengan Minhee tu. Pembunuh '' kata Yeji lalu membaling barang terakhir Heejin dan menutup pintu dorm tersebut. Heejin yang sudah tidak tahan itu mengutip barang-barangnya dan beredar dari tempat tersebut.

'' Yeji, takkah awak keterlaluan buat macam tu? '' tanya Hyewon. '' Dia patut terima sebab dia menyokong pembunuh '' Hyewon tidak mampun untuk berkata-kata begitu juga Yiren.

.

.

Heejin yang tidak tahu untuk pergi kemana itu duduk di padang sekolah bersendirian. '' Ryujin. Kenapa awak kena pergi terlalu awal? Keadaan di sekeliling kita dah berubah. Yeji dah tak terima saya lagi. Saya tahu yang bukan Minhee bunuh awak. Saya tahu tu. ''  kata Heejin lalu berbaring di rumput '' Rasanya dah tiba masanya untuk saya ucapkan.. ''

'' Selamat tinggal Ryujin, kamu merupakan kawan yang baik perna saya jumpa. Saya sangat gembira kerana kenal dengan awak Ryujin. Semoga kita berjumpa lagi ''


( TO BE CONTINUE )

The RevengesWhere stories live. Discover now