Chapter 8

346 21 0
                                    

BoBoiBoy,Gopal dan Fang sekarang dah demam. Lepas kena sergah dengan cik pontianak mereka terus demam panas. Nasib baik takde yang pitam.

BoBoiBoy: Tulah,aku dah cakap. Pergi tandas awal-awal taknak dengar.

Gopal: Mana aku tahu tu bukan kau!!

Mereka bertiga terbaring dengan ubat di sisi dan selimut sorang satu.

Fang: Achoo!!

T.Dalang masuk dalam bilik dengan tiga mangkuk ni bubur yang dibeli di kedai.

T.Dalang: Kesian korang bertiga. Tak pasal-pasal kena sampuk dengan pontianak. Atok hairan,mana datangnya pontianak ni?

BoBoiBoy: Maaf atok. Sebab susahkan atok...

T.Dalang: Perkara kecik je! Atok kau kawan baik atok. Jadi,memang patut atok jaga korang kalau ada apa-apa jadi.

Selepas menyerahkan mangkuk berisi bubur,T.Dalang meninggalkan mereka dan berjalan ke dapur untuk membancuh air teh.

T.Dalang: Buat air teh jelah. Sedap sikit.

Liya: Assalamualaikum!!

T.Dalang: Huh? Siapa yang datang tu?

T.Dalang membuka pintu rumah dan terlihatlah Liya dengan mangkuk tingkat.

T.Dalang: Liya! Lama tak nampak kau!

Liya: Saya sibuk sikit tok. BoBoiBoy ada tak? Saya ada bawak sikit makanan untuk mereka.

T.Dalang: Ada je kat dalam. Demam lepas kena sampuk hantu.

Liya: Saya tahu. BoBoiBoy ada bagitahu saya dalam telefon.

Liya naik ke atas dan berjalan ke dapur. Dia tanggalkan mangkuk tingkat satu persatu,menunjukkan sup ayam,nasi goreng biasa dan sikit sambal buatan tangan.

Liya: Liya ada bawak makanan sikit. Mana tahu kalau mereka lapar ke.

T.Dalang: Atok dah bagi bubur kat mereka tadi. Kalau mereka lapar, suruh mereka makan. Atok nak keluar kejap ni.

Liya: Tok nak pergi mana?

T.Dalang: Pergi warung Muthu kejap! Ada benda nak bincang katanya!

T.Dalang menghidupkan motor lamanya dan bergerak ke warung U.Muthu.

Liya: Hm...

Liya berjalan ke bilik yang menempatkan abang hero kita yang kena sergah hantu. Dia mengetuk pintu perlahan sebelum suara serak seseorang menyahut.

BoBoiBoy: Siapa tu?

Liya: Ini saya. Liya.

BoBoiBoy dengan pantas memakai baju t kosong dengan seluar pendek bawah lutut. Dia membuka pintu dan memandang Liya.

BoBoiBoy: Bila sampai?

Liya: Baru je. Saya ada bawak sikit makanan untuk awak bertiga. Kalau awak bertiga laparlah.

BoBoiBoy baru lepas makan bubur tapi bau nasi goreng menaikkan selera makannya. Dia duduk di meja makan dan ambik pinggan dan senduk.

BoBoiBoy: Saya makan sikit. Lebih nanti saya tinggalkan untuk mereka berdua.

Liya: Silalah. Saya nak kena balik ni. Nak sambung manuskrip saya.

BoBoiBoy: Baik. Hati-hati balik tu!!

Liya meninggalkan rumah T.Dalang meninggalkan mereka bertiga yang demam untuk uruskan semuanya sendiri.

BoBoiBoy: Sedapnya nasi goreng ni~

BoBoiBoy: Bercuti Di Kampung!!Where stories live. Discover now