Chapter 20

201 10 1
                                    

Fang membuka panel kawalan kapal dan cuba baiki PSS dengan sendiri untuk cari keberadaan BoBoiBoy dan Gopal.

Fang: Aduh! Kalau terlambat,habis kita bertiga kena teruk dengan laksamana macam ni!!

Sementara itu,BoBoiBoy dan yang lain berada di perkampungan kaktus. Dan mereka berjumpa dengan seseorang yang mereka dah lama tak jumpa.

BoBoiBoy: Apa khabar pakcik? Sihat?

Pok Poktus: Sihat macam biasa. Anak-anak pokok ni buat apa datang sini?

Gopal: Kitorang.....saja bawak mereka datang melancong.

Gopal melangkah ke tepi, membenarkan Upin,Ipin dan kawan-kawan melihat Pok Poktus dengan lebih baik.

Jarjit: Marvelous! Marvelous! Ini alien macam pokok kaktus!

Ehsan: Hebatnya...!!

Pok Poktus: Anak-anak pokok ni datang dari mana? Tak pernah nampak pun?

Fizi: Kami dari Bumi! Pakcik tahu?

Pok Poktus: Bumi? Tahu! BoBoiBoy ni pernah bantu kampung kami masa kena serang raksasa hari tu! Macam mana raksasa tu sekarang?

BoBoiBoy: Cattus ada je dekat TAPOPS. Dia seronok tinggal sana.

Pok Poktus: Sejak dia takde,kampung kami kembali aman dan damai. Takde raksasa,senang kami nak dapatkan air.

Upin: Eh? Mana nak cari sumber air? Inikan planet padang pasir.

Pok Poktus: Anak-anak pokok ni tak tahu lagi ni. Mari ikut pak cik!

Mereka mengikuti Pok Poktus ke kawasan penuh kaktus yang terletak di hujung kampung. Di situ,ada banyak pokok kaktus.

Pok Poktus: Inilah tempat kami dapatkan air.

Ehsan: Dari....pokok kaktus ni?

Upin: Ha! Aku tahu!

Fizi: Tahu apa?

Upin mengeluarkan tablet lukisan entah dari mana untuk tunjukkan pada mereka.

Upin: Macam ni. Dalam pokok kaktus tu ada air yang digunakan untuk bertahan dalam keadaan panas macam ni. Jadi....

Ipin: Air yang terkandung dalam pokok kaktus ni akan digunakan untuk cecair yang hilang semasa cuaca panas.

Pok Poktus: Pandai anak-anak pokok ni. Cumanya,kami ambik air dan..... pokok kaktus ni kami guna untuk hiasan rumah.

Ehsan: Hiasan? Tak bahaya ke?

Pok Poktus: Bahaya kenapa? Kami semua ada duri di seluruh badan. Setakat duri kecil tu takde hal.

Gopal: *bisik* Nasib baik dia dah lupa yang aku tukar semua pokok kaktus jadi gula-gula getah.

BoBoiBoy: *bisik* Kan? Nasib baik dia dah lupa.

Mereka berbual lebih lanjut tentang keadaan kampung,macam mana mereka pertahankan kampung dan ekologi sekeliling. Pok Poktus memberi mereka air yang diambil dari pokok kaktus.

Pok Poktus: Nah! Minum air ni! Dibuat khas dari pokok kaktus sana...

Upin: *slurp* Sedapnya~

Ehsan: Haahlah! Rasa air ni manis! Dan masam sikit tapi sedap!

Gopal: Tak tahu pulak air kaktus rasa macam ni.

BoBoiBoy: Aku dah pernah rasa air kaktus macam mana.

Gopal: Macam mana?

BoBoiBoy: Thorn....

Gopal: *faham* Ouch....

Tiba-tiba,ada kapal angkasa muncul di atas mereka.

BoBoiBoy: Bercuti Di Kampung!!Where stories live. Discover now