Chapter 52

86 7 0
                                    

T.Dalang,T.Aba,U.Muthu Dan Ah Tong tiba di pasaraya bandar selepas melakukan aksi lagak ngeri atas jalan. Nasib baik polis tak kejar.

U.Muthu: *menggeletar* Aiyoyo! Saya ingat saya sudah mau mati tadi!!

T.Dalang: Sikit lagi Ah Tong! Kalau aku potong kau tadi,dah tentu aku menang!

Ah Tong: Heh! Kau bawak perlahan sangat!

T.Aba: "Diorang ni.....nampak je tua tapi perangai macam budak-budak. Nasib baik polis tak kejar kita tadi."

U.Muthu: Sudahlah! Mari kita masuk cari radio baru! Saya mau dengar lagu Hindustan sambil masak!!

T.Dalang: Hati-hati Muthu. Jangan sampai masakan kau hangit sebab asyik dengar lagu.

U.Muthu: Jangan risau! Saya masak sambil menara sekali!

T.Aba: Korang rasa,apa cucu aku tengah buat agaknya? Mereka kata nak pergi taman hari ni.

Ah Tong: Mereka mau main bola rasanya. Mana ada orang pergi taman kecuali budak-budak.

SEMENTARA ITU~

Chendawawan,raksasa cendawan yang tidak diketahui asal-usulnya membuat kacau di Kampung Durian Runtuh. Terdapat banyak cendawan mulai tumbuh di merata tempat di sekitar kampung.

BoBoiBoy,Gopal dan Fang bersama Upin dan Ipin berhadapan dengan Chendawawan tetapi,Chendawawan memerangkap mereka dengan cendawan yang keras.

Chendawawan: Habislah korang!!

Tiba-tiba,ada cahaya terang datang dari balik cendawan. Kemudian....

BoBoiBoy: BoBoiBoy Kuasa Lima!!

BoBoiBoy berpecah kepada Gempa, Halilintar,Taufan,Blaze dan Ais dan mereka berjaya keluar dari perangkap cendawan.

Chendawawan: Ha...?!

Upin: Pin Pin Pom! Pin Pin Pom!

Chendawawan diangkat ke udara oleh Upin dan Taufan menyerang Chendawawan.

Taufan: Tolakan Angin!!

Chendawawan: Aaaah....!!!!

Chendawawan tercampak ke belakang. Fang berubah jadi beruang bayang dan serang cendawan di sebelahnya.

Fang: Tamparan Beruang Bayang!!

Gopal: Tembakan Roti Lembut!!

Gopal mengubah cendawan di sekelilingnya menjadi roti lembut. Ipin gunakan tongkat sakti dan apungkan semua cendawan. Dia jatuhkan mereka sehingga penyek.

Chendawawan bangun dan lihat cendawan yang dia hasilkan semuanya dikalahkan dengan mudah.

Chendawawan: Berani kau!!

Tiba-tiba,ada kabus tebal menyelubungi mereka. Chendawawan hilang dari situ bersama cendawan lain.

Gempa: Mana mereka pergi?!

Blaze: Dia dah lari kot.

Fang: *sniff* Aku tak jumpa dia. Dia mungkin dah lari dari sini.

Ais: Sia-sia je berpecah. Baik aku tidur macam ni.....

Blaze: Tidur je kerja kau.

Upin: Abang BoBoiBoy,abang tahu ke raksasa apa yang buat kacau kat kampung kita?

Halilintar: Entah. Mungkin dia datang dari sekitar sini.

Ipin: Tapi....mana ada tempat untuk dia sembunyi dari kita kat kampung ni.

Gopal: Macam mana dengan kebun durian T.Dalang? Kat situ paling banyak benda pelik jadi.

Fang: Haah. Macam masa kita kena kacau waktu kutip durian hari tu.

BoBoiBoy: Bercuti Di Kampung!!Where stories live. Discover now