Chapter 26

153 8 1
                                    

Aliya: Selamat pagi semua!!

Aliya keluar dari bilik menuju ke dapur dengan penuh semangat. Dia tak sabar nak bawak Mirsha berjalan-jalan di sekitar Kampung Durian Runtuh.

Aishah memasak nasi goreng telur mata dan air teh panas dan hidangkan untuk mereka makan.

Aishah: Makanlah.

Hanisah yang duduk menunggu di meja makan segera mencapai mangkuk dan cedok nasi.

Mirsha: Lepas ni,kalau takde apa kita jalan keliling kampung nak? Bukan selalu boleh rasa pengalaman duduk di kampung.

Aishah: Takde apa yang menarik sangat. Kalau ada jiran mintak tolong tu lain ceritalah.

Hanisah: Akak nak ikut tapi rasa malas pulak nak bersiap.

Aliya: Kalau macam tu,kita bertiga jelah.

Aishah: Kakak pun sama. Ada benda nak buat.

Mirsha: Jadi....kita berdua jelah?

Aliya: Nampaknya....

Selepas sarapan,mereka berdua segera bersiap. Aliya memandang Animabot. Dia terfikir sama ada nak bawak sekali ataupun tidak.

Animabot: Kau nak bawak aku sekali ke?

Aliya: Kalau boleh dah tentu aku bawak. Masalahnya macam mana nak sorok kewujudan kau dan dalam masa yang sama,pergi bersiar?

Animabot: Senang je.

Animabot berubah menjadi kupu-kupu kecil dan hinggap di tudung.

Animabot: Macam ni,orang akan ingat kau pakai hiasan kupu-kupu je.

Aliya: Pandai jugak kau eh?

Selepas selesai bersiap,Aliya terus ke luar rumah. Sementara menunggu Mirsha,dia sempat berbual kosong dengan Animabot.

Aliya: Jadi ada banyak power sfera dekat galaksi?

Animabot: Haah. Ada banyak power sfera di galaksi. Dan dah tentu,ada alien jahat nak gunakan kuasa kami power sfera untuk kepentingan mereka.

Aliya: Jadi tugas BoBoiBoy dan kawan-kawan dia adalah mempertahankan korang?

Animabot: Bukan setakat pertahankan power sfera je,selamatkan planet dan alien lain pun dijalankan oleh TAPOPS.

Aliya: Oooooh...

Mirsha: Sorry lambat! Aku tak jumpa lipstick aku. Terpaksa pinjam yang kak Hanisah punya.

Aliya: Takpe. Bukannya kau buat lipstick tu kan?

Mereka berdua ketawa bersama.

Mirsha: Jom.

Aliya membawa Mirsha berjalan di sekitar kampung. Walaupun takde apa yang menarik,tapi bagi Mirsha, dia agak sukakan suasana kampung yang tenang.

Mirsha: Seronok jugak kampung. Takde sesak,takde berebut nak naik keretapi,takde takut terlepas bas...

Aliya: Kau hidup macam mana dekat sana?

Mirsha: Kau tak tahu kerja aku.

Mereka berdua tiba di warung U.Muthu untuk berehat seketika. U.Muthu mendekati mereka untuk mengambil pesanan.

U.Muthu: Order?

Aliya: Bagi teh o ais dua.

U.Muthu: Wokey!!

U.Muthu berlalu ke belakang untuk menyiapkan pesanan mereka berdua. Kebetulan BoBoiBoy lalu di situ semasa berjoging.

BoBoiBoy: Aliya!

BoBoiBoy: Bercuti Di Kampung!!Where stories live. Discover now