Chapter 10

315 11 0
                                    

U.Muthu: Wokey! Ini dia teh o ais ikat tepi!

U.Muthu menepuk meja dan hulurkan teh o ais ikat tepi pada Fang.

Fang: Oh,okey.

Fang membayar teh o ais tersebut dan bergerak pulang ke rumah. Liya pula masih di situ,meneruskan kerjanya.

SKIP TIME

Pukul 10 malam,Gopal dan Fang duduk dalam bilik sambil makan kerepek pisang yang dibeli dari pasar.

Gopal: Berapa lama kita duduk dekat kampung ni?

Fang: Baru....beberapa hari. Lebih kurang 3-4 hari macam tu.

Gopal: Aku nak balik!! Takde kari kambing amma dekat sini!!

Fang: Banyaklah kau nak balik. Aku lagi rela duduk sini dan makan nasi lemak daripada ikut latihan tempur abang aku tu!!

Gopal: Kau lain. Kau dengan abang kau dua-dua alien.

BoBoiBoy baru lepas balik dari masjid dengan baju t hitam,hoodie oren dan seluar slack biru serta kopiah yang dia pinjam dari T.Dalang.

BoBoiBoy: Penatnya....

BoBoiBoy letak kopiah atas meja dan masuk dalam bilik dan nampak Gopal dan Fang yang tengah makan kerepek dalam keadaan bersandar di dinding. Macam orang putus harapan pun ada.

BoBoiBoy: Korang berdua ni dah kenapa?

Fang: Si Gopal nilah. Nak balik Pulau Rintis pulak...

Gopal: Aku rindu kari kambing amma aku😭

BoBoiBoy duduk bersila di hadapan mereka dan makan kerepek sekali.

BoBoiBoy: Korang berdua tak tahu kampung ni macam mana. Cuba bergaul dengan orang kampung ni sikit.

Gopal: Opah rumah sebelah tu?

BoBoiBoy: Memanglah. Tapi cuba korang buat aktiviti kampung. Tanam padi ke,ternak ayam ke,angsa ke...

Gopal: Malas aku.

BoBoiBoy: Haih. Oh ya! Aku ada terdengar cerita dari orang dekat masjid tadi.

Fang: Cerita seram ke?

Gopal dah siap berselubung dalam selimut.

BoBoiBoy: Aku dengar cerita ada satu pokok kelapa ni,rendah sangat. Kalau lalu situ,tiba-tiba ada bau wangi, jangan sesekali tegur. Sebaliknya, teruskan berjalan.

Gopal dah pucat lesi mendengar cerita BoBoiBoy manakala Fang tak percaya akan cerita tu. Padahal baru hari tu kena kacau kak Ponti.

Fang: Apa benda yang bau wangi tu?

BoBoiBoy: Bunga kemboja. Bunga yang selalu ada dekat kawasan kubur.

Gopal: Aaaah!!

Fang: Kau dah kenapa?!?

Gopal: Tu! Tengok tu!

Gopal menunjukkan bahu BoBoiBoy yang ada kelopak bunga kemboja yang melekat di situ.

Gopal: Aaaaaaahh! Habislah! Hantu nak datang!!

BoBoiBoy: Mana ada!! Aku pergi masjid takde pun lalu dekat kubur.

T.Dalang: BoBoiBoy! Apa yang bising kat dalam tu?!

BoBoiBoy: takde apa tok! Gopal ni ha! Takut dengar cerita hantu!

T.Dalang: Baik-baik sikit. Korang dah kena dengan pontianak hari tu. Lepas ni kena dengan pocong pulak baru tahu.

BoBoiBoy: Tok jangan cakap macam tu!! Mulut masin nanti!!

BoBoiBoy: Bercuti Di Kampung!!Where stories live. Discover now