Chapter 60

77 3 0
                                    

Wakil dari setiap puak kembali ke petempatan mereka untuk mengumpulkan pahlawan terbaik bagi bertemu Semangat Naga.

Chendawawan kembali ke kampung cendawan dan kumpulkan pahlawan terbaik yang ada.

K.Kokodok dan Mawarana turut kembali untuk mengumpulkan pahlawan terbaik mereka untuk pergi ke gunung di timur.

BoBoiBoy dan kawan-kawan berada di dalam hutan,tak jauh dari petempatan puak cendawan. Mereka sedang berbincang tentang apa yang patut dilakukan dan siapa nak ikut siapa.

BoBoiBoy: Okey,siapa nak masuk dalam gunung dengan mereka?

Fizi: Huh!? Masuk dalam gunung!?

Upin: Kenapa kita nak masuk dalam gunung abang BoBoiBoy?

BoBoiBoy: Bila fikirkan balik,rasanya Semangat Naga tinggal dalam gunung tu. Kalau tak,kat mana kita nak cari Tasik Bintang yang dijaga Semangat Naga?

Fang: Boleh jadi. Ataupun Tasik Bintang tu ada di tempat lain,dan Semangat Naga hanya penunjuk jalan saja.

Yaya: Pun boleh jadi. Ada banyak kemungkinan yang kita kena fikirkan.

Aliya: Kalau macam tu......apa kata kita berpecah? Senang nak cari Semangat Naga kalau berpecah.

Gopal: Tak bahaya ke?

Aliya: Bahaya atau tak,kita kena tolong mereka dapatkan balik harta puak mereka.

Yaya: Kalau macam tu,kau duduk luar dengan yang lain.

Aliya: Huh?!! Apasal aku!?

Ying: Haiya! Kau ada Animabot dan Toybot! Boleh kau bantu yang lain masa kami masuk dalam gunung.

Gopal: Kejap! Aku pun sama!?!

BBB,F,Y,Y: *nod*

Gopal: Wuhuhuhuhuhuhu!! Aku tak nak kena makan dengan naga!!

Ehsan: Naga makan orang ke?

Mail: Orang gemuk macam kau jelah...

Ehsan: 💢💢

Jarjit: Dua tiga ikan laga,mereka semua akan kami jaga!!

Ipin: Betul betul betul! Kami boleh lawan guna tongkat kami!

Upin: Dan yang paling penting,kak Aliya boleh bantu kami dengan power sfera kakak!

Aliya: Hehe.....boleh je...

Toybot: *bisik* Kita akan berlawan?

Animabot: Nampak gayanya macam tulah.

Chendawawan datang ke arah mereka dengan 200 pahlawan cendawan. Kebanyakan dari mereka mempunyai kepala merah dan kuning dengan tompok putih.

Chendawawan: Kami dah sedia!

BoBoiBoy: Mm! Kami pun sama!

Upin: Mari kita dapatkan balik harta puak cendawan!

Semua: Mari...!!!!

Mereka memulakan perjalanan ke timur untuk mencari gunung tempat Semangat Naga beradu. Sementara itu....

Lacroll: *intense shrieking*

Arabu,Argodia dan Gladias mengheret Baran dan Lacroll pergi dari gunung yang mendung dengan awan ribut kerana dibaling jauh oleh Semangat Naga. Mereka berlima tak boleh balik tanpa bawa pulang Embun Pelangi dari Tasik Bintang.

Argodia: Memalukan....kita tak dapat selesaikan tugasan yang tuan berikan pada kita...

Arabu: Ya.....dan Semangat Naga....lebih kuat dari yang dijangkakan....

BoBoiBoy: Bercuti Di Kampung!!Where stories live. Discover now