Chapter 50

93 7 0
                                    

Selepas selesai memindahkan power sfera ke Pulau Rintis,BoBoiBoy dan kawan-kawan diberikan cuti tambahan bagi menggantikan cuti yang terganggu.

Mereka berlima kembali ke Kampung Durian Runtuh untuk meneruskan percutian mereka.

Gopal: Akhirnya! Balik jugak!!

Gopal masuk ke dalam bilik dan baring atas tilam. Fang duduk di tepi tingkap,menonton dokumentari dan BoBoiBoy pergi mandi.

SKIP TIME

Paginya,BoBoiBoy mengajak Gopal dan Fang keluar berjoging keliling kampung. Tapi Gopal masih tidur dan belum bangun. Hanya Fang seorang saja yang bangun.

BoBoiBoy: Nampaknya kita berdua jelah Fang.

Fang: Hm...

Mereka keluar dan memulakan larian mereka mengelilingi Kampung Durian Runtuh.

T.Dalang berada di warung U.Muthu bersama T.Aba dan Ah Tong,berbual sambil bersarapan pagi.

T.Dalang: Terkejut aku bila BoBoiBoy kena pergi pekan dua tiga hari lepas dengan kawan-kawan dia. Ada apa?

T.Aba: Hm.....bos mereka kebetulan lalu kat pekan jadi dia panggil mereka datang jumpa dia.

Ah Tong: Haiya! Tengah cuti pun kena kerja lagi?!

T.Aba: Nak niat macam mana? Masa mudalah kena cari duit,kerja keras siang malam. Bila dah berusia macam kita,bolehlah mereka goyang kaki.

T.Dalang: Betul tu. Aku ni dah tua,tapi masih kekal jaga kebun durian dan kebun pisang aku tu!

T.Aba: Hahahah. Kenapa kau serahkan je kebun kau pada cucu kau tu?

T.Dalang: Tak boleh. Dia masih belajar dekat universiti. Belum habis lagi course dia ambik.

Ah Tong: Habis,kalau kau bagi dia kebun kau,kau nak buat apa?

T.Dalang: Aku pergi jalan-jalan, melancong seluruh negara. Duit simpanan aku tak terusik sikit pun.

T.Aba: Jangan lupa ajak aku sekali.

Mereka bertiga bergelak ketawa bersama-sama. U.Muthu menghidangkan teh o panas dan duduk bersama mereka.

Di rumah,Gopal baru saja bangun. Dia tengok jam di dinding menunjukkan pukul 10:30 pagi.

Gopal: Aiyoyo! Dah pukul 10!!

Gopal capai tuala dan terus pergi mandi. Sebaik saja kakinya memijak lantai bilik air....

Gopal: SEJUKNYA.....!!!!!!!!

Yep. Dah nak tengah hari pun air kolah di kampung masih sejuk. Gopal mandi dengan terketar-ketar disebabkan kesejukan air kolah. Dia berus gigi,sabun dan syampu rambut dan bilas dengan air. Selepas itu,dia keluar dari bilik air dan lap badannya dengan tuala.

Gopal: S-S-S-Sejuknya...!!!!

Gopal balik ke bilik dan pakai baju biasa dia dan duduk di ruang tamu bersama tablet dia.

Sementara itu,BoBoiBoy dan Fang singgah kedai runcit membeli biskut dan serbuk koko. Fang tengok je BoBoiBoy bawa beg plastik yang penuh dengan biskut dan serbuk koko.

Fang: Banyaknya kau beli BoBoiBoy! Kau nak buat apa dengan semua ni?!

BoBoiBoy: T.Dalang minta tolong belikan. Dia nak buat kek katanya.

Fang: Dengan biskut dan serbuk koko ni? Banyak betul!

BoBoiBoy: Kan? Aku pun terkejut.

Mereka berdua berjalan pulang ke rumah T.Dalang setelah selesai membeli barangan. Semasa dalam perjalanan....

BoBoiBoy: Bercuti Di Kampung!!Where stories live. Discover now