Chapter 33

111 8 0
                                    

Satu hari,BoBoiBoy menerima kunjungan dari kawan-kawannya bersama atoknya.

BoBoiBoy: Atok! Korang!!

T.Aba,Yaya,Ying dan Ochobot datang melawat BoBoiBoy. Sejak dia diberikan cuti,mereka jarang bertanya keadaannya semasa di kampung.

T.Aba: Lama tak jumpa. Kau macam mana? Kawan-kawan kau lagi dua tu?

BoBoiBoy: Ada je kat dalam. Tengah tidur. T.Dalang keluar pergi pekan kejap. Naiklah.

Mereka tanggalkan kasut dan naik ke atas. T.Aba memandang keadaan rumah kayu yang merupakan sebahagian kenangan silam.

Yaya: Wah! Cantik jugak rumah ni!

Ying: Banyak barangan lama kat sini!

T.Aba: Mestilah. Dalang tu suka kumpul barang-barang lama macam ni. Duit daun pisang masa zaman penjajahan Jepun pun ada lagi.

BoBoiBoy: Haah! Aku terjumpa dalam stor bawah rumah masa kemas hari tu. Duit syiling lama pun ada!

Ying: Mana diorang ni? Senyap ja.

BoBoiBoy: Kejap eh...

BoBoiBoy berlalu masuk dalam bilik untuk kejutkan Gopal dan Fang. Seketika kemudian,mereka berdua keluar dengan rambut serabai dan muka mamai.

Fang: Selamat lagi.

Gopal: Awalnya korang sampai. Kenapa tak petang je...?

T.Aba: Ish,ish,ish. Korang berdua buat apa sampai ngantuk sangat ni?

Fang: Kitorang tengah belajar memancing online.

Y&Y: Memancing?

Gopal: Fang je. Aku terpaksa teman dia dari malam sampai ke pagi.

T.Aba: *geleng kepala* Apa nak jadi korang ni?

BoBoiBoy bancuh air sirap dan bawa ke hadapan untuk dihidangkan. Dia juga letak sepinggan karipap untuk mereka menjamu selera.

BoBoiBoy: Maaflah takde makanan banyak sangat. Ini je yang ada.

T.Aba: Takpelah. Karipap pun sedap apa.

Yaya: Apa kau buat sejak kau duduk di kampung BoBoiBoy?

BoBoiBoy: Tak banyak. Joging di waktu pagi,tolong sapu sampah,bagi ayam makan,jumpa kawan sekampung....

Gopal: Ha! Korang nak tahu tak?!! Hari tu BoBoiBoy-

DUSH! DUSH! DUSH! DUSH!

Gopal terbaring selepas di smackdown oleh BoBoiBoy.

BoBoiBoy: Kau jangan nak memandai boleh tak?!!

Ying: Apa jadi?

BoBoiBoy: Er.....takde apa.

Ochobot: Mana power sfera yang datang ke sini? Kau tinggalkan diorang kat mana?

Lidah menjadi kelu. BoBoiBoy tak tahu nak balas apa sebab dia takut kalau TAPOPS ambil power sfera yang ada,dia risau Aliya mungkin akan sedih.

BoBoiBoy: Aku....tinggalkan di tempat selamat.

Ochobot: *tenung*

BoBoiBoy: Betullah! Buat apa aku nak tipu?!!

T.Aba: Biarkan jelah Ochobot. Kalau BoBoiBoy kata selamat,mesti selamat punya.

Ochobot: Baiklah atok.

PIN! PIN!

Bunyi hon motor di luar menandakan tuan empunya rumah sudah balik.

BoBoiBoy: Ha! T.Dalang dah balik!

BoBoiBoy: Bercuti Di Kampung!!Where stories live. Discover now