Chapter 29

144 10 0
                                    

Upin: Abang okey?

BoBoiBoy: *batuk* Okey je...

BoBoiBoy,Gopal dan T.Dalang demam selepas terserempak dengan hantu di kebun. Upin dan Ipin datang melawat mereka dengan kawan-kawan mereka.

Mail: Nah,ayam goreng. Mak suruh bagi.

Gopal: Yeay!

Fang masuk dalam bilik dengan air panas dan tuala. Dia basahkan tuala dengan air panas dan letak di dahi.

Fang: T.Dalang dah tidur jadi korang semua kena senyap.

Upin: Baik....

BoBoiBoy: Kau....nak buat apa?

Fang: Aku duduk tengok tv jelah. Dah takde apa nak buat.

Ehsan: Boleh tak kamu naik kapal angkasa lagi?!

Fang: Tak boleh! Hari tu dah kena marah dengan tuan punya kapal!

Sebenarnya dia tak kena marah pun. Dia cuma malas nak bawa mereka pergi jalan-jalan di galaksi.

Fizi: Alah~ Ingatkan dapat pergi planet lain...

Mail: Kalau tak boleh naik kapal angkasa,abang ada tak mainan dari luar angkasa?

Fang: Mainan eh....rasanya takde.

Upin: Takpelah kalau macam tu.

Ipin: Betul betul betul.

Gopal: Dey. Bagi jelah. Bukannya boleh jadi apa-apa pun.

Fang: *roll eye* Yelah tu. Kejap.

KEESOKANNYA~

Fang: Nah.

Fang bawa mereka ke taman bawah tanah dan pasang skrin besar dengan game console dan masukkan game yang dia pinjam dari Gopal.

Ehsan: Fuh! Semalam mintak,hari ni baru dapat!

Fizi: Haah...

Fang: Ada sebab kenapa kena tunggu. Nah,saya dah pasang jadi korang boleh main dalam ni.

Jarjit: Dua tiga buah kelapa,nak main game apa?

Skrin di hadapan mereka menyala. Seketika kemudian,mereka disedut masuk dalam game itu.

Ehsan: Aaaah...!!

Ipin: Kita masuk dalam game ke?!

Ipin: Haah!

Mereka jatuh atas lantai keras. Mereka dah termasuk dalam game!

Mail: Adui....belakang aku....

Jarjit: Aiyo! Kita ada di mana ni??

Upin: Wah....

Mereka memandang dunia game tu. Ada platform terapung,ada bangunan dan keretapi sebagai background dan yang paling penting,ada bar status yang menunjukkan berapa banyak nyawa mereka ada.

Ehsan: Eh? Game apa ni? Aku tak pernah main pun.

Fang: Ini game Papa Zola. Dalam game ni,korang kena sampai ke tahap terakhir,kalahkan bos game dan dapatkan piala.

Fizi: Eh? Eh?! Takde game lain ke? Tak sakit ke dalam game ni..?

Fang: Hm.....takde sakit mana. Tapi jaga-jaga dengan musuh korang.

Mail: Musuh apa? Sunyi je tempat ni.

Fang: Tu....

Tiang lampu yang mereka sangkakan normal ternyata raksasa yang menyamar! Semua raksasa berkumpul dan bergerak ke arah Upin dan Ipin dan kawan-kawan.

BoBoiBoy: Bercuti Di Kampung!!Where stories live. Discover now