Chapter 42

93 6 0
                                    

Upin,Ipin,Ehsan,Fizi,Jarjit dan Mail sedang bermain bola sepak di taman.

Upin: Halang dia Mail!

Ehsan: Ish! Tepilah!

Mail: Sambut Ipin!

Ipin menyambut bola dan tendang masuk gol.

Ipin: Yeah!! Gol!!

Setelah puas bermain,mereka balik rumah masing-masing.

Upin dan Ipin balik rumah dan terus naik ke atas. Mereka tinggalkan bola di tepi pintu dan duduk di hadapan tv untuk menonton cerita kegemaran mereka.

Upin: Cepat Ipin! Dah nak mula ni!

Ipin mencapai remote dan hidupkan tv. Tetapi,tiada apa yang terjadi.

Ipin: Eh? Kenapa tak boleh ni?

Ipin mengetuk remote itu beberapa dan cuba lagi tapi skrin televisyen masih gelap.

Upin: Rosak ke?

Ipin: Entah.

Mereka berdua buat keputusan untuk keluar berjalan-jalan di sekitar kampung memandangkan alat kawalan jauh televisyen mereka tak berfungsi.

Upin: Tak dapat tengok cerita kita.

Ipin: Betul betul betul.

Mereka pergi ke warung U.Muthu dan ternampak Ehsan dan Mail yang sedang makan ABC.

Upin: Ehsan! Mail!!

Ehsan: Hm? Upin,Ipin. Marilah duduk dengan kami.

Upin dan Ipin duduk semeja dengan Ehsan dan Mail.

Mail: Aku ingat korang dah balik rumah dah.

Upin: Takde apa nak buat. Nak tengok tv,tak boleh tengok.

Ipin: Sebab tu kitorang keluar jalan-jalan.

Mail: Oh...

Ehsan: Oh ya. Lepas ni kita pergi rumah abang Salleh. Mak aku ada tempah baju dekat dia.

Mail: Boleh jugak. Aku pun takde apa nak buat hari ni.

Upin: Kitorang nak ikut boleh?

Ehsan: Boleh je.

Selepas makan,mereka pergi ke rumah Salleh.

U.Muthu: Dey! Sudah makan,mau masuk buku ka?!

Ehsan: Eh?! Alamak! Aku lupa nak bayar! Hehehe....

U,I,M: Ish,ish,ish,tak patut.

SKIP TIME

Mereka berempat pergi ke rumah Salleh untuk mengambil baju.

Ehsan: Abang Salleh! Oh abang Salleh! Ada orang tak?!!

Pintu rumah dibuka. Seorang lelaki lembut dengan bandana merah menyambut mereka dengan rambut serabai,mata kuyu dan kain di leher.

Salleh: *yawn* Awalnya kau datang. Nak ambik baju eh?

Ehsan: Haah.

Salleh: Masuklah. Hati-hati,bersepah sikit.

Mereka masuk ke dalam. Mereka nampak lebihan kain bertaburan sana sini,pembaris pelbagai saiz dan bentuk,hiasan bertaburan di sudut ruang tamu dan sofa yang terbalik. Entah macam mana jadinya.

Salleh: Nah. Ini dia baju mak kau.

Ehsan: Terima kasih.

Mail: Bersepah sangat ni abang Salleh. Abang Salleh buat apa dengan semua ni?

BoBoiBoy: Bercuti Di Kampung!!Where stories live. Discover now