Chapter 12

281 17 2
                                    

BoBoiBoy,Gopal dan Fang berkumpul di beranda,duduk melepak pada waktu malam. Nak keluar makan, mereka dah makan. Nak tengok movie? Kena tunggu tablet Gopal penuh.

Gopal: Apa kita nak buat ni?

Fang: Kau sabar jelah. Cuba kau kira 1 sampai 200.

Gopal: Buat apa aku kira 1 sampai 200? Buang tenaga aku je.

BoBoiBoy: Kalau korang takde apa nak buat esok,apa kata korang ikut aku?

Fang: Pergi mana?

BoBoiBoy: Adalah.

Gopal: Kau jangan macam-macam BoBoiBoy! Kalau kena tanam padi dekat bendang sana tu,aku tak nak!!!

BoBoiBoy: Aku tahu kau tak nak turun bendang. Kau takut pacat kan?

Gopal: Dey!! Benda tu hisap darah kau tahu tak!?! Dah lah rupa dia geli!! Tak nak aku!!

Fang: Apa susah? Kau tabur garam je, nanti dia mati.

Gopal: Lagi aku geli....!!

BoBoiBoy: Dah! Dah! Tempat aku nak bawak esok takde pacat,takde lintah apa semua. Kita masuk dalam hutan.

Gopal: Nak makan buah?!!

BoBoiBoy: Tak.

SKIP TIME

Keesokan harinya,sebaik saja matahari terbit BoBoiBoy dah bersiap dengan inner baju lengan panjang, baju lengan pendek dan seluar panjang serta but getah.

BoBoiBoy: Mari kita mulakan!!

Gopal: Kau.....Kau biar betul?!?

Mereka bertiga berada di ladang getah untuk membantu mengumpul getah pokok.

Gopal: Kita nak kumpul getah pokok?! Aiyoyo!!

Fang: Takde susah mana kerja ni. Kena kumpul getah je kan?

BoBoiBoy: Itu kau kena tanya pemilik ladang getah ni.

Mereka bertiga berjalan ke arah tempat getah dikumpulkan dan ditimbang. Kelihatan seorang lelaki cina pertengahan umur berbaju merah mengira jumlah getah yang dikumpulkan.

BoBoiBoy: Uncle,kami dah sampai.

Pemilik ladang getah berpusing memandang mereka.

Ah Tong: Hah! Lu olang balu sampai!! Bagus!

Gopal: Uh...busuknya bau getah ni!!

Gopal menutup hidung,tak tahan dengan bau getah pokok.

Ah Tong: Haiya! Itu biasa saja ma!! Nanti kamu semua bau macam getah atas sampai bawah lo!

Fang: Apa kami kena buat uncle?

Ah Tong: Mula-mula,tolong saya timbang ini getah. Lepas tu bungkus ikut berat dan letak di sana. Nanti saya bawa lori masuk.

Mereka bertiga memulakan kerja di ladang getah. Gopal mengepit hidung dengan penyepit baju kerana tak tahan dengan bau getah.

Gopal: Wuhuhuhuhu!

BoBoiBoy menimbang getah yang dikumpulkan dan catat dalam rekod. Lepas tu dia serahkan pada Gopal untuk dibungkus mengikut berat dan Fang letak guni berisi getah di satu tempat.

Selepas selesai kerja,mereka bertiga berehat di dalam pondok. Gopal dah tersandar kepenatan dan Fang duduk di hadapan kipas.

Gopal: Huh.....kenapa....kenapa....

BoBoiBoy: Sabarlah. Aku ajak ni pun sebab aku nak tolong Opah.

F&G: Opah?

Mereka berdua memandang keluar. Mereka nampak Opah melambai ke arah mereka sambil mengikis kulit pokok untuk keluarkan getah.

BoBoiBoy: Bercuti Di Kampung!!Where stories live. Discover now