Chapter 49

103 7 0
                                    

Aliya sedang merenung keluar tingkap,mencari idea untuk ditulis dalam bukunya.

Aliya: *humming*

Animabot: Kau tengah cari idea ke tu?

Aliya: Haah. Aku tengah cari idea untuk sambung buku aku.

Animabot: Banyak ke yang kau nak tulis?

Aliya: Tak banyak. Tinggal 10 bahagian je lagi.

Animabot: Mak aih💧

Aliya: *sigh* Kenapalah mereka takde waktu macam ni?

BoBoiBoy dan kawan-kawan sedang dalam misi memindahkan power sfera ke Bumi. Aliya tak boleh ikut mereka sebab dia bukannya anggota TAPOPS.

Animabot: Apa kata kau jalan-jalan dulu? Mana tahu dapat sebarkan kepala kau.

Aliya: Betul jugak tu. Mari.

Aliya galas beg dan berjalan keluar. Hanisah,Aishah dan Mirsha takde sebab mereka pergi pekan.

Aliya berjalan-jalan di sekitar kampung,menikmati angin pagi yang sejuk dan suasana kampung yang aman dan tenteram.

Aliya duduk di tepi sungai, memandang budak-budak kampung bermandi-manda bersama. Dia kemudian mengalihkan pandangan ke kanan. Terdapat sekumpulan lembu sedang meragut rumput.

Aliya terus berjalan sehingga dia tiba di kedai runcit. Dia singgah dan beli beberapa peket keropok untuk dia makan dalam bilik nanti.

Toybot: Banyaknya keropok! Macam sedap je!

Animabot: Kita mana boleh makan. Kita cuma boleh cas je.

Toybot: Alah....

Aliya berjalan lagi hingga dia tiba di kebun durian T.Dalang.

Aliya: Eh? Sampai sini?

Aliya leka berangan sampai dia tak perasan yang dia dah sampai ke kebun durian. Dia duduk di pangkin kayu dan memandang pokok durian di hadapannya.

Aliya: Sekali-sekala berjalan sorang-sorang macam ni seronok juga.

Aliya letak beg galas dan bersandar di tiang kayu. Dia biarkan imaginasinya bebas berlari di padang ilusi bagi mengisi minda dengan suasana fantasi. Animabot dan Toybot keluar dan duduk di sebelah Aliya.

Animabot: Seronok jugak macam ni. Takde bunyi bising,takde masalah, cuma habiskan masa menikmati saat tenang.

Toybot: Betul tu.

Mereka bertiga habiskan masa yang lama di kebun durian. Aliya sedang berimaginasi dia berada di taman yang penuh dengan pokok berwarna-warni dan rama-rama yang pelbagai warna mengerumuninya.

Aliya: *mutter* Cantiknya...

SKIP TIME

Aliya bangun awal,mandi dan bersiap untuk berjoging. Tetapi....

Aliya: *sigh*

Hujan lebat turun membuatkan dia berkurung dalam bilik bersama Animabot dan Toybot.

Toybot: Tak dapat pergi joging.

Aliya: Itulah. Kalau macam ni,cuma satu perkara saja boleh dibuat.

Aliya ambil keropok yang dia beli di kedai runcit,duduk di meja dan buka tablet.

Aliya: Kita tengok movie.

Animabot: Nak tengok jugak!

Toybot: Nak!

Mereka bertiga tengok filem Pirates Of Carribean sama-sama sambil makan keropok. Aliya je sebab Animabot dan Toybot tak boleh makan.

Selepas habis tonton Pirates Of Carribean,Animabot dan Toybot mengecas bateri di tempat pengecas power sfera dan tidur. Aliya buka laptop dan mula menulis. Setelah itu, dia bersandar di kerusi dan rehatkan diri setelah penat menulis.

BoBoiBoy: Bercuti Di Kampung!!Where stories live. Discover now