LISA!18

2.6K 98 12
                                    

SETELAH selesai mengemas meja makan, Mel melabuhkan punggung di kerusi meja makan untuk menyambung tugasannya yang tergendala. Disebabkan cuaca sekarang panas, jadi dia membuat keputusan untuk buat kerja di bawah dengan tingkap-tingkap terbuka luas.

"Mel, aku keluar dulu tau? Kunci rumah aku bawak." Beritahu Azira yang baru turun dari tingkat dua. Kunci rumah yang berada di atas meja tv dicapai lalu dimasukkan ke dalam beg tangan.

"Kau nak pergi mana? Balik pukul berapa?" Soal Mel sambil menyusun barang-barang dan kertas-kertas yang akan digunakan di atas meja.

"Pukul 12 macamtu aku baliklah. Boyfriend aku accident tadi."

"Accident?! Macam mana boleh accident?" Azira mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Aku tak tahu duh. Mak dia tiba-tiba call aku suruh datang hospital. Tu yang aku nak pergi tengok ni. Dahlah family dia duduk jauh." Mel menganggukkan kepala.

"Pergilah. Kirim salam keluarga dia sekali." Azira angguk sebelum mempamitkan diri untuk keluar. Langkahnya terlihat tergesa-gesa. Boyfriend accidentkan? Girlfriend mana yang tak terkejut?

Selang beberapa minit selepas itu, ketika Mel sedang menyemak kertas-kertas assignmentnya yang berselerak di atas meja tiba-tiba telefonnya berdering minta diangkat.

DR. ZAFRAN (SUAMI NARA) 🤡

Butang hijau diseret ke kanan lalu telefon diletakkan ke telinga.

"Hello, Dr. Kenapa call saya malam-malam ni?" Talian bersambung. Suara Mel menyapa pendengarannya.

"Inara ada dengan awak tak sekarang?" Soalan Khalif membuatkan kedua-dua kening Mel bertaut hairan. Bukanke diorang pergi dinner malam ni?

"Erm...takde Dr. Dia cakap malam ni dia ada dinner dengan Dr. kan?"

"Dia cakap dengan awak macamtu?" Mel mengiyakan. Kedengaran dengusan Khalif kasar. Macam tengah tahan marah.

"Kenapa Dr.?"

"Dia cakap dengan saya, dia ada study group dengan awak dekat library. Tapi, maid saya cakap pulak dia pergi sambut birthday kawan dia." Mel mengetap bibir. Rasanya dia tahu birthday 'kawan' yang ditujukan Inara.

Kalau bukan birthday dia, siapa lagi kalau bukan ex boyfriend dia kan?

Kalau dah sanggup menipu suami macamtu, sah-sahlah Inara tengah jumpa ex dia sekarang.

"Dia jumpa ex dia lah tu." Ujar Mel tanpa rasa bersalah. Sebagai seorang sahabat, kalau tindakan Inara tu tak betul tetap dia tak sokong. Sanggup membelakangkan suami demi ex boyfriend? Bukan suami dia saja, sahabat sendiri pun ditipu!

Siapa yang tak marah?

"Danish Taufiq?" Soal Khalif. Mel mengiyakan. Khalif mengetap rahang sekali lagi. Mata dipejam buat beberapa ketika.

"Biasanya Inara sambut birthday dia dekat mana?"

"Dekat tepi tasik. Tiap-tiap tahun dia sambut birthday Danish dekat situ." Khalif mengangguk seraya mengucap terima kasih. Talian dimatikan.

Mel merenung skrin telefonnya sebelum dicampak ketepi. Nafas kasar dihelakan. Rambut panjang ikal mayangnya diselak ke belakang.

Pertama kali Inara tipu dia semata-mata nak keluar sambut birthday Danish. Danish ni pun satu! Dah tahukan Inara tu dah jadi isteri orang? Kenapa still nak terhegeh-hegehkan lagi dekat perempuan tu?

Huh!

I'm sorry, Nara. Aku taknak kau jadi isteri derhaka. So, kau bincanglah baik-baik dengan suami kau. Pandai buat, pandai tanggung.

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now