LISA!25

2.5K 86 13
                                    

"BUKAN aku taknak beli, tapi asyik SOLD OUT SAJA!" Kataku geram. Semua buku Anjell aku dah beli cuma SATUUU SAJAAA yang susah sangat nak dapat.

Novel Rose's.

"Why?"

"Dia tak terbit bawah company macam novel-novel dia yang sebelum tu. Novel tu terlalu limited, duh. Memang asyik sold out saja. Tiap kali dia buat ig story aku akan tengok so that aku tak ketinggalan kalau dia dah keluarkan buku tu. Tapi, kau faham-faham sajalah assignment kitakan berlambak. Dengan exam lagi, koku lagi. So, bila tiba-tiba dia bukak google form tak sampai 4 minit dah sold out tau! Memang melepaslah aku! Rasa nak meraung pun ada..."

"Tu maksudnya takde rezeki. Habistu, bila dia reprint buku tu?"

"Next year. Aku akan pastikan aku grab buku tu!" Ujarku dengan tegas. Nasib baik dia jual online, kalau secara fizikal aku sanggup main tarik-tarik rambut dengan customer lain semata-mata nak grab buku tu.

"Kalau takde rezeki jugak?"

"Nak taknak aku kene tunggu 10 tahun lagilah jawabnya. Tunggu ada yang buat pre-love, baru aku beli. Tapi, tak samalah feel nak baca sebab buku tu dah jadi second hand kan?"

"Itupun kalau ada yang nak jual pre-love. Iyalah, buku tu kan li-mi-ted. Mesti orang sayang nak jual buku tu. Macam mana susah nak dapatkan, macamtulah susah nak jual semula."

Aku mengeluh. Kalau ada jodoh dengan buku tu, dapatlah dekat tangan aku nanti. Kalau tak, move on sajalah. Benda dah taknak tak boleh dipaksa. Kita jugak yang sakit hati nanti.

###

SELEPAS puas membeli-belah di Shopping Mall, aku menghantar Mel pulang ke rumah sewanya. Telefon aku keluarkan dari beg tangan. Mana tahu Khalif ada chat atau call aku tapi aku tak perasan?

10 missed call

Aku menggigit bibir bawah. Alamak! Macam mana aku boleh tak perasan dia call aku? 10 kali pulak tu...

My Lect hubby🦧❤️
Sayang kat mana?
Abg call tak angkat☺️
Abang dah ada dkt umah ni
Umi dgn papa dh balik..

You
Otw balik
Hehe🏃

Tanpa membuang masa, lantas aku turunkan gear dan tekan pedal minyak untuk balik. Sekilas mata aku memandang jam digital di radio. Dah pukul 6.30 petang, patutlah Khalif tanya keberadaan aku sekarang. Nasib baiklah dia tu lelaki yang bertolak ansur, kalau perangai dia tu panas baran memang dimakinya aku nanti sebab lambat balik.

20 minit kemudian, akhirnya aku sampai juga di depan pintu rumah. Gear ditarik sebelum aku menyandar tubuh pada kerusi, melepaskan nafas lelah. Satu hari berjalan buatkan kedua-dua batang kaki aku terasa lenguh yang teramat. Aku ni pulak jenis orang yang tak suka sangat keluar kalau tak diajak, melekap saja dalam rumah buat apa yang patut.

Bila dah tak berjalan lama sangat inilah padahnya. Kaki lenguh macam baru lepas marathon 20km.

Kepala aku disengetkan ketepi, memandang beg tangan buat seketika. Hati aku terdetik untuk keluarkan semua resit yang aku dapat hasil membeli barangan di Mall tadi. Setiap resit aku teliti satu per satu dari atas sehinggalah bawah dimana terletaknya harga-harga barangan yang aku beli.

"Banyaknya..." Tanpa sedar aku meneguk liur kelat. Bila dilihat semula resit-resit ni, baru aku perasan betapa banyaknya duit Khalif yang aku guna sepanjang harini. Baju, jeans, tracksuits, kasut, sneakers, beg, novel...

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now