LISA!33

1.9K 69 5
                                    

KHALIF menghela nafas berat. Pelipisnya diurut. Dia cuba untuk menahan sakit dikepala sambil memandu. Jikalau Inara ada sekarang, sudah tentu dia akan suruh isterinya itu memandu. Tapi, apakan daya? Inara balik dengan lelaki lain.

Depan matanya. Tanpa rasa bersalah. Kadang-kadang dia terfikir, siapa dirinya pada wanita itu? Suami? Lecturer? Kawan? Kenapa Inara layan dia seperti bukan seorang suami?

Dia juga ada tahap kesabaran. Dia sayangkan isterinya tapi dia tahu jika barannya keluar, Inara akan takut pada dirinya. Malah menegurnya juga tak mahu.

Sedang Khalif memikirkan masalah rumahtangganya, tiba-tiba dia terlihat sebuah kereta terparkir di tepi jalan. Pada mulanya, dia mahu biarkan saja tapi apabila terlihat susuk yang amat familiar membuatkan dia turut memarkir keretanya ke tepi jalan.

"Tiara?" Seru Khalif. Tiara yang membelakanginya terus berpaling.

"Eh? Khalif? You buat apa dekat sini?"

"Patutnya I yang tanya you. Kereta you rosak ke?" Tiara menghela nafas berat seraya mengangkat bahu.

"Entahlah. Tiba-tiba saja mati dekat tengah jalan. Padahal I dah servis. Dari tadi I tunggu grab but langsung takde..." ujarnya dengan nada kecewa. Khalif memandang kiri kanan. Bayangan kereta pun susah nak nampak memandangkan ni bukan jalan utama jadi tak ramai guna.

"Kalau macamtu, you tumpang jelah I. I ada kawan kerja bengkel, nanti I suruh dia ambik kereta you dekat sini."

"Eh, tak payahlah. Sebelum balik, I kena pergi kedai dulu cari barang-barang untuk persembahan lepastu nak beli barang dapur sikit. Kalau you ada, nanti you kena tunggu I lama."

"Small matterlah. Kitakan kawan? Apa salahnya kalau I tolong you? Lagipun, esokkan cuti? I tidurlah puas-puas." Tiara tersenyum. Dalam diam dia memasang niat lain.

Inilah masanya untuk dia spend time dengan Khalif. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Kesempatan yang ada dia takkan sia-siakan.

"Okay! I pergi ambik barang kejap."

###

AKU mencelikkan mata perlahan-lahan. Lengan aku naik meraba sisi katil. Dahi berkerut. Eh, mana Khalif? Tak balik lagi ke dari semalam? Aku bangun dari perbaringan. Jam di dinding aku lirik. 3.40 pagi.

Dia tak balik ke atau dia taknak tidur dengan aku malam tadi?

Drt! Drt! Drt!

Skrin telefon yang bercahaya mengalihkan pandangan aku. Aku bergerak ke sisi katil. Telefon pintar di atas meja lampu aku capai. Ini telefon Khalif... Bermakna dia dah balik.

Drt! Drt!

Notifikasi yang keluar pada chatbox aku lihat. Tatkala aku menekan chatbox dari aplikasi Whatsapp, terpapar ruangan password. Aku mengeluh kecil. Apa password telefon dia ek?

Dua tiga kali aku cuba masukkan nombor pin yang berbeza tapi gagal. Kali keempat, aku masukkan tarikh birthday Khalif. Tetap gagal. Masukkan nombor plate kereta pula, gagal. Gagal! Gagal! Dan gagal! Macam result aku pulak. Asyik gagal saja. Huh!

Aku berteleku buat beberapa minit, cuba mengerah idea pagi-pagi buta semata-mata mahu mendapatkan 4 nombor pin. Takkan tarikh birthday aku kot? Dia tahu ke birthday aku bila? Yang aku tahu dah lama lepas.

"Cuba try test lah." Dengan ucapan bismillah, aku memasukkan tarikh birthday aku sebagai password telefonnya.

Dan....dapat!

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now