LISA!34

1.9K 80 2
                                    

"NUHA! NUHA! STOP!!" Afeef berlari mendapatkan Nuha yang berjalan menjauhinya. Lengan wanita itu direntap kasar membuatkan langkah Nuha terhenti.

"Sakitlah!"

"Nuha, aku boleh explain-"

"Nak explain apa?! Lepaskan tangan aku! Aku jijiklah tengok muka kau!" Nuha berang. Lengannya yang digenggam Afeef direntap kasar sehingga terlepas.

"Rupanya inilah perangai kau sebenarnya kan? Dekat kampung bukan main lagi pakai kopiah 24 jam, solat lima waktu tak pernah tinggal, rajin solat sunat, rajin pergi masjid... Tapi sebenarnya kau ni HIPOKRIT!!" Afeef menelan liurnya kelat. Kiri kanan dia pandang apabila mereka berdua sedang menjadi perhatian orang yang lalu-lalang.

"Nuha, kita bincang tempat tertutup eh? Dekat sini ramai orang."

"Kalau ramai orang pun kenapa? Biar semua orang tahu kau ni hipokrit!" Afeef lantas mencapai tangan wanita itu, memohon agar Nuha berlembut hati untuk berbincang dengannya di tempat yang lebih tertutup.

Nuha menarik nafas dalam seraya memejam mata. Tangan Afeef yang memegangnya ditepis.

"Fine!"

.

"Nuha...please jangan bagitahu mak dengan abah pasal benda ni. Aku janji.. Aku akan berubah!" Nuha berdecit seraya memeluk tubuh. Kepalanya berpaling ke arah lain, tak mahu memandang si abang yang mula berwajah pucat.

"Dah berapa lama kau buat kerja ni, long? 2 tahun? 3 tahun? Atau sejak kau mula duduk bandar? Kau tak rasa berdosa ke buat kerja-kerja terkutuk ni?"

"Adik-"

"Jawab soalan aku." Cantas Nuha sebelum Afeef berkesempatan untuk memutarbelitkan kata-kata. Afeef menghela nafas berat.

"Lepas sebulan aku duduk bandar. Aku-"

"Culture shock? Huh! Habis, selama ni duit-duit yuran aku yang kau bayar? Yang kau bagi pada mak abah.. Semua tu duit haram?" Afeef tak memberi sebarang balasan membuatkan Nuha mengetap bibir. Air mata yang bertakung di tubir mata dia biarkan jatuh membasahi pipi.

"Aku tak sangka kau macam ni, long. Kau tak fikir ke kalau mak abah tahu apa yang kau buat selama ni belakang diorang, diorang akan kecewa? Duit haram yang kau bagi pada kitorang selama ni dah jadi darah daging. Patutlah aku pelik, kerja apa yang kau buat sampai dapat duit sebanyak tu. Rupa-rupanya... Kau jadi pengedar dadah, berjudi...."

Nuha menekup wajahnya yang banjir dengan air mata. Kecewa hatinya melihat abang yang dia sayang dan hormat, buat kerja terkutuk macam ni.

Afeef mengelap air matanya sebelum duduk melutut di depan si adik. Tangan adiknya dicapai lalu digenggam kuat.

"Nuha...aku mintak maaf. Tolong, jangan bagitahu mak dengan abah pasal benda ni.... Aku merayu, Nuha. Aku cuba untuk berhenti tapi aku tak boleh."

"Serah diri kau pada pihak polis kalau kau betul-betul nak berubah."

"No! Aku takkan buat macamtu! Aku taknak jadi banduan! Aku taknak masuk lokap!"

"Habistu? Sampai bila-bila pun kau takkan berubah, along! Kenapa kau sanggup jadi macam ni? Mak dengan abah didik kita dengan agama. Abah kita tu ustaz, mak tu ustazah.... Apa pandangan orang kampung kalau diorang tahu anak Ustaz Yahaya seorang pengedar dadah? Berjudi? Kaki mabuk dekat kelab malam? Kau nak orang kampung pandang serong pada keluarga kita ke?!"

Afeef menggeleng laju. Dia tahu dia sudah tersilap langkah tapi untuk hentikan apa yang sudah lama dia lakukan... Sangat sukar.

"Sudahlah, long. Lebih baik kau berubah sebelum semuanya terlambat. Jangan menyesal di kemudian hari." Usai berkata begitu, Nuha mencapai begnya dan berlalu pergi. Afeef terduduk di atas lantai. Susuk tubuh Nuha yang mula menjauhinya dipandang dengan perasaan-perasaan negatif yang berbolak-balik dalam diri.

LECTURER ITU SUAMI AKU!Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin