LISA!70

1.2K 84 18
                                    

"NAH, ni semua rakaman CCTV yang aku dapat dekat rumah parents Imran. Ini pulak rakaman CCTV yang aku dapat di Hospital Pantai. Im dan Bob kena tahan dekat sinilah sebelum diorang meninggal dua hari lepas." Tiga biji pendrive diletakkan di atas meja. Aku dan Mel melabuhkan punggung di kerusi bertentangan Meor dan Kahar.

"Tapi, security kata rakaman malam tu dah kena delete." Kataku dengan nada berbaur kekecewaan.

"It's okay. Aku cuba restore rakaman malam tu dulu. Kalau nak restore semua kena ambik masa yang lama." Ujar Kahar. Dua buah laptopnya dikeluarkan dari dalam beg lalu diletakkan di atas meja.

Meor bangun dari kerusi kemudian satu papan putih dikeluarkan dari dalam bilik stor.

"Kau beli whiteboard?"

"Akukan cikgu. Setiap kali musim exam, aku akan suruh pelajar-pelajar aku datang sini buat kelas tambahan." Mel menjungkit bibirnya.

"Rajin sangat kau ni, patutlah taknak layan aku."

"My students my priority. Kalau result diorang teruk, aku yang kena menjawab dengan pengetua tahu tak?" Mel mengguling biji mata.

"Kau dah jalankan tanggungjawab kau kan? Kalau result diorang teruk, tu salah dioranglah. Bukan salah kau!"

"Aku tak boleh salahkan diorang seratus-peratus. Mungkin diorang tak faham cara aku mengajar? So, aku kenalah ajar diorang betul-betul sampai faham. Itu tugas cikgu. Fahamkan pelajar-pelajar. Kalau tak, ibarat kau makan gaji buta sajalah." Mel berdecit. Aku dan Kahar memandang antara satu sama lain sebelum menggeleng kepala.

"Sekarang ni, korang nak tolong aku ke tak? Kalau nak bertekak, keluar sekarang." Serta-merta pergaduhan antara Mel dan Meor terhenti. Mel merengus kasar manakala Meor menyambung aktivitinya yang tergendala.

30 minit kemudian, Kahar dan Meor berjaya memulihkan semula rakaman yang telah terdelete pada malam kejadian.

"Aku tak rasa Dr. Zaf yang buat semua ni." Kahar mula bersuara membuatkan aku dan Mel berpandangan. Meor menganggukkan kepala.

"Aku pun rasa macamtu." Sokongnya. Klip video yang telah di-screenshot diprint. Kemudian, Meor menampal gambar tersebut pada papan putih. Selepas itu, dia meminta pula sekeping gambar Khalif daripada aku untuk ditampal disisi gambar tadi.

"Kalau korang amati gambar ni betul-betul, ketinggian Dr. Zaf adalah 178 cm manakala ketinggian lelaki bertopeng ni pulak dianggarkan lebih kurang 183 cm. Cuma, mungkin boleh berlaku kesilapan sebab rakaman ni tak berapa jelas dan lelaki bertopeng ni pulak full in black."

"Tapi, korang still boleh perasan ada perbezaan pada bentuk badan Dr. Zaf dengan lelaki bertopeng ni. Walaupun Dr. Zaf pendek sikit dari dia tapi Dr. Zaf lebih berotot berbanding lelaki bertopeng ni, tinggi dan kurus."

Aku mengamati kedua-dua gambar itu silih-berganti. Betul jugak apa yang diorang cakap. Badan Khalif lebih berisi berbanding lelaki bertopeng itu.

"Aku dah tengok video pergaduhan antara kau dengan Dr. Zaf. Pergaduhan tu berlaku around pukul 11 malam. Then, lepas kau keluar dari rumah tu, Dr. Zaf lepaskan kemarahan dia sehinggalah dia tenang. Lepastu, aku nampak dia menghilang untuk beberapa minit. Tepat pukul 2 pagi, baru Dr. Zaf keluar dari rumah full in black with his bag." Kahar mula memberikan penerangannya.

"Berdasarkan rakaman video di Hospital Pantai ni pulak, aku nampak lelaki bertopeng ni masuk ke dalam wad Im. Dia bunuh Im tepat pukul 12 tengah malam sebelum keluar dari wad tu enam minit kemudian. So, tak logiklahkan kalau Dr. Zaf yang bunuh Imran sedangkan pukul 12 dia masih berada dalam rumah?"

Aku menghembus nafas lega. Aku meraup wajah dengan ucapan kesyukuran. Aku tahu, Khalif takkan buat semua tu. Aku percaya yang dia dah berubah. Dia takkan buat kerja terkutuk tu lagi.

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now