LISA!22

2.6K 72 8
                                    

"MAKCIK, saya mintak maaf sebab tanya soalan-soalan yang buatkan makcik teringat kisah silam..." Mak Jelita atau lebih tepatnya makcik Laila menggelengkan kepala tanda tidak mengapa. Biasalah, sifat ingin tahu itu tengah membuak dalam diri, mesti akan ada banyak persoalan dalam minda. Dia pun tak keberatan nak berkongsi kisahnya kepada Danish. Danish ni dah macam anak dia sendiri.

"Danish...makcik nak tanya. Kamu anggap jelita ni siapa pada kamu?" Soalan Laila membuatkan Danish terdiam seketika, cuba menyusun ayat yang sesuai untuk menjawab pertanyaan tersebut.

"Sebagai seorang perempuan dan seorang ibu, makcik perasan yang Jelita ada perasaan suka pada kamu. Kalau kamu juga ada perasaan yang sama, makcik harap kamu dapat jaga Jelita dengan baik. Anggaplah dia sebagai seseorang yang sangat berharga pada kamu. Jangan sia-siakan dia. Tapi, kalau kamu anggap dia hanya sebagai seorang kawan... Tolaklah dia cara baik. Dia tu nampak saja kasar macam lelaki tapi hati dia rapuh. Dia juga manusia yang ada perasaan jadi makcik taknak kamu sakitkan dia...."

Pesanan Laila membuatkan Danish menghela nafas berat. Dia tak pernah menganggap Jelita lebih dari seorang sahabat tapi kata-kata Laila membuatkan dia tertanya, adakah Laila mengharapkan dia untuk menjaga Jelita seumur hidup?

Laila memandang keluar tingkap. Hujan dah berhenti. Kemudian, matanya beralih pula pada jam di dinding. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam.

"Dah lewat ni, Danish. Mesti mak ayah kamu risau. Esok nak kerja..." Terus sepasang mata Danish melihat jam di tangannya. Haahlah, dah lewat. Tanpa membuang masa, dia bangun dari kerusi dan mengucapkan terima kasih kepada Laila kerana menghidangkannya makanan.

"Makcik pun nak ucap terima kasih sebab hantar Jelita balik rumah dengan selamat. Duit ubat tu nanti makcik ganti, ya?"

"Eh, tak payahlah makcik. Niat saya ikhlas nak tolong Jelita. Dia kan kawan saya. Tulat saya datang rumah ambik dia sebab motor dia ada dekat kilang. Kalau saya tak ambik, dia nak pergi kerja naik apa? Saya taknaklah dia susahkan makcik hantar dia ke kilang." Balas Danish seraya tersenyum manis. Laila mengucapkan syukur dan berterima kasih buat Danish sebab ringankan beban dia.

"Nanti kalau ada masa, jemputlah datang sini lagi."

"InsyaAllah...saya gerak dulu, ya? Assalammualaikum."

"Waalaikummusalam..." Jawab Laila. Danish masuk ke dalam perut kereta lalu  enjin kereta dihidupkan. Gear diturunkan sebelum kereta yang dipandunya mula bergerak keluar dari kawasan rumah Laila.

Hilang saja kelibat Danish, Laila melangkah masuk ke dalam rumah semula. Pintu dan tingkap ditutup. Tatkala dia berpaling ke belakang, alangkah terkejutnya dia apabila kelibat Jelita muncul secara mengejut. Dada dipegang. Hish, budak seorang ni. Buat terkejut aku saja! Nasib aku ni takde sakit jantung!

"Jelita kenapa tak tidur lagi? Kalau tak rehat, macam mana diri tu nak sihat?"

"Jelita dah dengar semuanya." ujarnya tanpa riak wajah dimuka. Wajah Laila ditatap kosong membuatkan dahi wanita separuh baya itu berkerut seribu.

"Jelita dengar apa yang mak cerita pada Danish. Akhirnya, mak bukak mulut jugak pasal benda ni..."

"Apa kamu cakap ni? Mak tak faham–"

"Mak tak faham ke buat-buat tak faham?" Jelita merengus kecil. Gambar Darwisy yang tergantung di dinding dipandang jijik.

"Darwisy tu... Mak masih anggap dia sebagai sahabat sedangkan dia punca hidup mak merana? Kalau bukan disebabkan dia, atuk nenek takkan mati. Kalau bukan disebabkan dia, mak takkan jumpa dengan iblis tu dan kalau bukan disebabkan dia jugak... Jelita takkan lahir sebagai anak haram!"

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now