LISA!23

2.5K 87 21
                                    

"SAYANG kenapa duduk saja situ? Taknak turun?" tegur Khalif tatkala melihat aku yang duduk di sofa sambil bermain dengan telefon pintar. Dari dia bangun tidur sampailah keluar bilik air, aku langsung tak berganjak dari sofa.

"Seganlah turun sorang-sorang..." ujarku seraya telefon dicampak ke tepi. Khalif mengerut kening, pelik.

"Kenapa nak segan? Tu kan umi abang. Mertua sayang. Kalau sayang tak pandai ambik hati dia, sampai bila-bila dia dingin dengan sayang. Nak ke macamtu?"

Laju aku menggelengkan kepala. Sedang aku berfikir-fikir sama ada mahu turun seorang diri atau turun sekali dengan Khalif, tiba-tiba mata aku tertancap pada enam ketul roti diperut lelaki itu. Gerak-gerinya yang sedang mencari baju kemeja dan seluar slack dalam almari aku lihat. Ditubuhnya hanya terdapat sehelai kain tuala yang membaluti pinggang. Rambutnya yang masih basah dilap menggunakan tuala kecil.

Khalif yang perasan aku sedang merenungnya, terus tersenyum sinis. Dia berjalan sehingga tiba di depan aku membuatkan kepala aku terdongak memandangnya serta-merta. Dia membongkokkan tubuh, kedua-dua tangannya mendarat di pemegang sofa, mengunci aku ditengah-tengah.

Nafas aku mula tersekat-sekat. Kedua-dua pipi aku merona kemerahan tatkala wajahnya semakin rapat dengan wajah aku sehingga jarak antara kami hanya seinci. Deruan nafasnya dapat aku rasa.

"K–k—kenapa ni?"

"Pakaikan abang baju?" aku mengemam bibir. Lantas aku menoleh ke kiri seraya cuba menolak dada bidangnya yang terdedah itu menjauhi aku. Fuh, bahaya ni! Kalau aku melayan, memang petang nanti baru aku dengan Khalif keluar bilik.

"Kenapa pandang tempat lain? Abang tak handsome ke? Ke sayang belum cukup tergoda dengan abang?" aku semakin mati kutu apabila Khalif mendekatkan dirinya dengan aku sampaikan bau sabun yang dipakainya semasa mandi tadi dapat aku hidu.

"Sayang..."

"Saya p–pakaikan awak baju! Boleh tak jauh sikit? Awak buat saya sesak nafas!" akhirnya, laju jugak kata-kata itu keluar dari mulut aku. Khalif diam sebelum menjauhkan dirinya daripada aku. Nafas lega terhela.

Tapi, tak sampai sesaat nafas aku kembali terhenti. Biji mata aku membulat besar bila dengan selambanya Khalif melucutkan tualanya di depan aku!

"Kenapa terkejut sangat tu?"

KAMU NANYAKKK?!?!

###

"UMI, awal bangun?" Puan Elina berpaling memandang anak menantunya yang baru munculkan diri di meja makan. Megat Wathiq dan Arif turut berada disitu menunggu kehadiran tuan rumah untuk bersarapan sekali.

"Kalau umi tak turun, siapa nak siapkan sarapan untuk korang semua? Isteri kamu? Batang hidung pun tak nampak, duduk melekap saja ada bilik tu, tak reti nak menolong mertua sendiri. Entah-entah masak pun tak pandai!"

Menyirap saja telinga aku dengar ayat-ayat yang keluar dari mulut mertua aku seorang ni. Siapa saja tak terasa kalau dikutuk depan ayah mertua dan adik ipar?

"Umi...kenapa cakap macamtu? Dia segan nak turun sorang-sorang. Lagipun, dia siapkan Khalif tadi..."

"Segan nak turun? Apa? Umi ni makan orang ke sampai takut sangat nak menolong umi masak dekat dapur tu?"

"Awak sudahlah tu... Jangan rosakkan suasana pagi-pagi ni. Khalif ni nak pergi kerja. Kalau awak marah Inara, tak tenteram anak kita nak mengajar nanti. Khalif, Inara meh duduk sarapan sekali dengan kami." Pujuk Megat Wathiq, cuba untuk mententeramkan susasana yang mulai tegang.

LECTURER ITU SUAMI AKU!Donde viven las historias. Descúbrelo ahora